Tak de commision pun setakat tolong kekawan yang suka berkarya. Sebenarnya saya pun belum baca lagi nanti la bila balik Malaysia kena minta signed copy for myslef...
NOVEL TERBARU DARI ALAF 21
KINI BERADA DI PASARAN!
Tajuk: Sebening Rindu
Halaman: 384
Harga: RM15.00
ALAf 21 menampilkan novelis terbaru, Azhan Kamal dengan karya sulung beliau, ‘Sebening Rindu’. Pastikan anda dapatkannya di kedai-kedai berhampiran anda sekarang!
Perit rasa hati bila orang yang disayangi pergi jauh meninggalkan segala-galanya di muka bumi ini. Di mana kasih, sayang, rindu dan cinta bila kesemuanya tidak kesampaian? Tetapi, kenapa perasaan itu tidak mahu turut pergi sedangkan ada insan lain yang sudi bertapak di hati?
Nazatul...gadis pujaan dua jejaka. Antara Kamarul dan Faizal, dia hanya mendambakan cinta kepada yang satu. Namun, mampukah penyakit yang ditanggungnya itu membahagiakan si dia?
Kamarul…cita-citanya untuk memiliki gadis itu terlalu tinggi. Namun, tuntutan tugas dan keluarga menggamit kesabarannya. Dia masih mengenggam satu harapan untuk memastikan cintanya tetap mekar.
Faizal…punya karisma yang tinggi dalam kerjaya. Status ‘metrosexual guy’ yang dipegangnya memungkinkan dia mendapat apa sahaja yang diingini. Perangai anehnya merentap jiwa insan yang amat menyayanginya.
Iryanti...gadis seberang yang tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidupnya. Mencintai dan dicintai itulah yang sangat diimpikan. Dia bersyukur masih ada yang sudi mengisi ruang di hatinya. Namun, mengapa saat-saat akhir hidupnya, baru dia merasai kebahagiaan itu?
“Cintailah dia yang menyayangi dirimu.” |
No comments:
Post a Comment