Saturday, June 28, 2008

Kata-kata dan Puisi Tun Mahathir - Melayu Mudah Lupa dan Perjuangan Belum Selesai

Melayu Mudah Lupa

Dibacakan oleh
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad

di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa

Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah

Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah

Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...



Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Friday, June 27, 2008

Dalam Kenangan


Hari ini genap 2 tahun pemergian Kekandaku yang tercinta Hajjah Rogayah... Just miss her so much...

I dah compile some of her pictures sepanjang hayat beliau sebagai kenangan. Sama-sama la kita mesedekahkan fatihah dan surah yassin kepadanya. Agar allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin



Wednesday, June 25, 2008

Coins Collection



I received some coins from my friend Nicolae from Romania in exchange with Malaysian coins. While I was sorting out my coins collection, I was trying to find out what was the oldest coins I have in my possession. I am surprised I have 1801 straits settlement 1/4 cent coin. 207 years old coin!. I wonder how much is the value right now. Tried to refer to some coins book but nothing reach that year.

Bruj Dubai



One of my staff was fortunate enough to be involved in the construction of the tallest tower in the world after having involved with the PETRONAs Twin Towers. Nor Shahrom Mansor is his name and the picture above was taken a few months back and was feature in Singapore newspaper. Wonder when our local paper going to interview him.

Syabas Shahrom.. Malaysia Boleh

Ayat Suci Yang Tidak Di Makan Anai-Anai

Email dari Sahabat untuk meyaksikan kebesaran dan kekuasaan Allah






Kebesaran AL-QUR’AN sebagai satu mukjizat Nabi Muhammad S.A.W. :-

Di dalam rumah seorang muslim bernama En. Md. Farooq, penduduk Tappachabutra, Hyderabad, ANAI – ANAI telah memakan sebuah AL-QURAN yg berusia 100 tahun….keseluruhan kulit naskah Al Qur’an dan kotak yang melindungi AL Quran tersebut telah ROSAK / HAMPIR MUSNAH kerana dimakan oleh ANAI – ANAI termasuklah ‘TERJEMAHAN AL QURAN TERSEBUT KE DALAM BAHASA URDU’….. APA YANG MENAKJUBKAN ialah….anai-anai tersebut
LANGSUNG TIDAK MENYENTUH ‘HURUF-HURUF ASAL AL-QUR’AN YG BERTULIS DALAM BAHASA ARAB’…SUBHANALLAAAH !!

Pengorbanan Seorang Isteri

Semalam saya ada terima email dari seorang teman menceritakan tentang pergorbanan seorang kawan dan isteri.. Kisahnya amat meyayat hati dan kalaulah cerita ini benar, saya tak sangka ada orang yang tidak berhati perut macam itu. Tapi sekarang memang rata-rata cerita serupa pernah kita dengar. Moga ianya menjadi iktibar kepada kita dan agar kita berdoa kehadrat illahi agar janganlah dia duga kita dengan dugaan yang tidak tertanggung oleh kita. Moga kita semua selamat hendaknya. Begini kisahnya....

Kisah benar utk dijadikan renungan terutama bg lelaki. Setiap yg Allah swt kurniakan tak kira sempurna atau tidak pada pandangan mata kita, ia adalah anugerah, am ana h yg tak terhingga nilainya. Isteri dan ana k utk disayang sampai bila2, bukan utk dibuang bila dah "tak berguna"..

Ini cerita pasal rakan baik saya. Wife dia kena kanser payudara... .dia dah mula cari spare tayar, dapat lak student ipta..muda lagi. wife dia kena buang sebelah buah dada... kawan saya ni dah geli utk bersama dengan wife nya.Bln 12 tahun lepas kawan saya kawin dengan 2nd wife dia yg baru umur 21 tahun... .

Masa cuti thaipusam hari tu, kawan saya bawa wife no.2 tinggal dengan wifeno.1 dan yg paling kejam... wife no.1 kena keluar dari bilik master bedroom..untuk kasi laluan kat wife no.2... kejam kejamsaya sampai sekarang tak boleh terima perbuatan kawan baik saya tu yghalau wife no.1 keluar bilik, walaupun tindakan dia kawin tu..saya tak kisahsangat... tapi jauh di sudut hati saya... memang terasa kejam... sebab wife dia masih sakit dan tak terfikir ke dia pengorb ana n wife no.1 jaga dia dulu dan 4 orang ana knya.masa thaipusam tu, saya sempat lah cakap dgn dia kat luar rumah, coz kawan saya tu jiran sebelah rumah- we all sama2 beli rumah masa bujang. sayacakap sampai hati dia buat camtu kat wife no.1, kawan saya marah saya balik,hal rumahtangga dia, saya jgn campur..dah kena camtu... .saya malas lah nak bertekak... saya ada gak suruh dia asingkan dua dua isteri... dia tak nak... dia katapayah dia nak berulang alik. lantaklah... ..biar tuhan je balas di atasperbuatan kejamnya ke atas wife no.1.kawan saya tu sebaya gan saya umur 35 tahun, wife no.1 kawan saya tu umur39 tahun. Tua dari kawan saya tu.

Masa kawan saya belajar dulu... memula dia dengan wife no.1 sebagai kakak dan adik angkat... .wife dia dah kerja sebagaioperator kilang... so wife no.1 tu banyak support study kawan sayatu... lepas tu dah jodoh dia orang kawin..mungkin sebab perbezaan umur yg perempuan lebih tua, menyebabkan kawansaya berubah arah.. tak tahu lah saya nak cakap... tapi yg buat saya bengang... ade ke... kawan saya tu... .selalu pujuk saya sampai lah ni supaya jadi cam dia... cari no.2... tak sampai hati saya nak duakan isteri tersayang saya tu.saya memula tak tahu gak yg kawan saya tu , bawa wife no.2 dia tinggalsama ngan wife no. 1 masa thaipusam..tapi bila saya dengar kecoh dari rumahsebelah... saya jengoklah... saya nampak kawan saya tengah campak baju2wife no.1 dari balconi... .wife saya sampai nangis bila tengok peristiwa tu... kat bawah... saya tengok... ana k2 dia yg 4 org tu dgn maid... menangis2pungut baju mak dia... kawan saya menjerit2 dari atas balconi..cakap... "kau org cakap gan mama kau... kalau nak papa jaga sampai mampus... jgn lawan cakap papa... "tak boleh saya bayangkan macam m ana perasaan ana k2 dia bila dengar papa dia cakap camtu... ana k ana k no.1&2 perempuan, 3 & 4 lelaki. saya rasa tujuan utama dia halau wife no.1 dan bagi laluan kat wife no. 2 ialah sebab ada jacuzzi dalam bilik utama tu... so... seronoklah dia berendam & mandi sama2 gan wife no.2 dalam jacuzzi tu. saya ingat lagi..saya dengan kawan saya tu... sama2 pi pilih jacuzzi dan pasang kat bilik masing2 dulu... maaf lama saya nak sambung cerita kawan saya nie.

Ini ker ana saya sibuk menguruskan urusan pengebumian, dan kenduri aruah wife no.1 kawan sayatu.aruah baru je meninggal dunia pada hari sabtu 25/1/03... sedangkan suaminya - rakan baik saya tiada di malaysia ker ana honeymoon dengan wife no.2 ke France .

Rakan saya sudah berlepas pada malam 24/1/03 lagi.apabila saya balik rumah setelah menghantar rakan baik saya ke airportchangi, Maid arwah call mengatakan yg aruah mengalami sesak nafas... saya kelam kabut ke rumah sebelah..utk bawa arwah ke hospital... sebelum arwah pergi kehospital... dgn kepayahan aruah mencium dua ana k kembarnya(no.3,4) yg berusia 3 tahun yg sedang tidur. arwah juga berpesan kepada 2 ana k perempuan ( no 1 dan 2) yg berusia 6 dan 5 tahun supaya menjaga adik-adiknya. Mungkin arwah dah tahu yg dia akan pergi

Hanya saya dan maid arwah sahaja yg menghantar arwah ke hospital. wifesaya menunggu di rumah rakan saya. beberapa kali masa dalam perjal ana n aruah berpesan kat saya supaya tolong tengok2 kan ana knya... Saya masa tu hanya menginggalkan pes ana n sms kat rakan saya yg isterisakit ker ana rakan saya masih dalam penerbangan. saya juga sempat menelefon abg aruah yg berada di Kluang supaya datang segera .arwah hanya mempunyai dua beradik sahaja, mak& ayah aruah sudah tiada.masa kat hospital, arwah sempat berpesan dengan doktor, jgn lakukanrawatan yg teruk2 ker ana dia dah nak pergi... memang sedih masa tu. dah puas saya menangis dua/3 hari ni.masa abg arwah sampai dari kluang ke hospital... arwah masih dalam bilik rawatan... .abg arwah terlampau geram bila tahu, adik iparnya pergi melancong. masa tu arwah dah koma dan tak lama lepas tu, arwah pergi dengan tenang. dan abg arwah yg membuat keputusan agar jenazah aruah segera di kebumikan tanpa menunggu kepulangan suaminya.saya dengan abg arwah yg sibuk menguruskan urusan utk mengeluarkan jenazah.

Banyak perkara saya pelajari, seperti mendapatkan pengesahan kematian oleh doktor, lepas tu kena buat laporan kematian di balai polis, dan balai polis mengeluarkan sijil kematian dan permit pengebumian , kemudian dengan sijil kematian dan permit pengebumian, kami terpaksa ke hospital utkpengeluaran jenazah dan juga urusan2 lain.

Alhamdulilah utk urusan pengembumian jenazah,jawatankuasa masjid telahbanyak membantu saya. semua urusan pengebumian seperti pembelianperalatan, mengali dsbnya diuruskan oleh jawatankuasa masjid. satu malam saya dan abg aruah tidak tidur.dalam pukul 10 lebih 25/1/03 pagi barulah jenazah arwah dapat di bawakerumahnya dan selepas zuhur jenazah aruah selamat di kebumikan.

Suami arwah hanya menelefon semasa jenazah arwah di bawa pulang ke rumah dan saya memberikan jaminan bahawa semua urusan akan saya selesaikan dan supaya rakan saya tu meneruskan percutian, dalam kepala saya masa tu tak de fikir utk marahkan rakan saya tu, hanya yg terlintas utk selesaikan urusan pengebumian sahaja.masa jenazah dirumah ana k2 aruah yg no.1 dan 2 dah tahu ibunya sudah tiada, tapi yg kembar tu..sibuk tanya kenapa mama tidur kena tutup..sedih sgt saya. saya hanya berupaya memeluk dua kembar tu supaya senyap... tapi airmata saya meleleh juga.saya kenal arwah masa saya form 4 di mrsm, masa tu saya saya dan rakan saya sama2 belajar di mrsm. masa form 4 lah rakan saya menjadi yatim piatu ker ana bapanya meninggal dan arwah yg selalu menjadi perangsang kepada rakan saya tu. Lepas spm, we all dapat tawaran ke USA . setiap bulan rakan saya tu mendapat kiriman wang dari arwah kak zai tidak kurang dari $100 USD.masa pengebumian saya antara yg menyambut jenazah dari dalam lubang kubur utk diturunkan ke liang lahad. saya memegang bahagian kepala jenazah, dan saya merasakan bahawa aruah sedang menenung saya, sedih masa tu.

Masa urusan pengebumian tu, ana k2 aruah yg kembar hanya memandang sahaja.Tetapi bila t ana h di kambus, barulah yg kembar tu menangis, tapi dipujuk oleh wife saya.suami aruah akan kembali pada hari rabu 29/1/03. dan sehingga hari ni,setiap malam ke empat2 ana k aruah tidur bersama sama saya... mereka rindukan aruah mama mereka, dan juga papa mereka. Boleh dikatakan budak2 tu selalu je mengigau bila tidur panggil mama... mama... mama... dan saya terpaksa memujuk dgn mengatakan... senyap2 sayang... papa ada... dan saya berharap agar allah..berikan hidayah kat rakan saya tu... supaya dia sedar akan kekejaman dia dan AL-FATIHAH lah kiriman kita semua yg masih bernafas dibumi ini untuk arwah kak zai...

Wanita yg baik adalah wanita yg tak kan sanggup melihat wanita lain dihina macam ni..(diambil dari sebuah laman web, penulis asal tidak dinyatakan..bg mereka yg dah bace, fikir2kan isi tersirat dalam kisah ni..)


Sedih juga kisah ini, moga kita mendapat iktibar dari kisah ini. Maaflah kalau susunan ayat tidak berapa molek dan kemas almaklumlah main cut and paste aje....

OK la tunggu aje kisah selanjutnya.

Erti Seuah Persahabatan

Erti sebuah persahabatan

Assalamualaikum semua, Hai lama juga saya tak menulis ya. Maklumla asyik sibuk memanjang. Lagi pun saya sedang mencari ilham akan topic apa yang sesuai saya paparkan di blog saya ni. Memang sedari mulanya kosep blog menceritakan tentang kehidupan. Jadi saya rasa elok saya paparkan juga tentang kehidupan dan pengalaman hidup saya atau rakan-rakan. Hari ini saya ingin memaparkan kisah atau luahan hati seorang teman yang amat rapat dengan saya tentang "Erti Sebuah Persahabatan" Begini kisahnya..

Alhamdulillah saya di beri kesempatan lagi untuk mencoretkan sesuatu di dalam ruangan ini. Topikya ialah erti sebuah persahabatan.... Menyingkap kembali nostalgia silam .. saya terkenangkan zaman saya di bangku sekolah. di ketika itu saya tak berapa ramai kawan... dan kalau ade pun hanya dua tiga orang saja yang betul-betul rapat. Lantas kerana ingin kan ramai kawan saya telah mengambil keputusan untuk mempaparkan wajah dan biodata dalam ruang kenalan di majalah Salina...

Masa tu ade la juga dapat response. Dan yg saya baik sekali masa tu seorg kakak dari Parit Jawa. Kami berkenalan agak lama tapi sehingga kini tak pernah berjumpa...

Di sekolah saya amat baik dengan Roseli.. sahabat sekelas dari tingkatan 1 hingga 5. Dia banyak membantu dan terkadang kami sering belajar sekali... Kerana keakraban kami, saya sering menjadi resah kalau dia tidak hadir ke sekolah kerana sakit.. Selepas sekolah kami sambung belajar di tempat yang sama.. dan mungkin krusus yang saya ambil juga kerana mengikuti jejaknya... mungkin pada ketika itu masih belum bersedia untuk berdikari..Dan pada ketika itu juga saya mendapat kejutan budaya kerana pertama kali keluar dari negeri kelahiranku johor.. Alhamdulillah kami akhirnya berjaya dan membuat haluan kerja masing2 tetapi sering juga berutusan dan berhubungan....

Tapi kini amat sukar mencari seorang sahabat yang sejati.. yang jujur yang tulus dan yang ikhlas... terkadang terasa di hati ini.. Terutama teman2 yang kita jumpa dalam internet.. Ade yang suka memainkan perasaan orang, ada yang mengambil kesempatan, ade yang mempunyai sesuatu muslihat untuk kepentingan sendiri. Adakah ini di sebabkan oleh arus pembangunan moden sehingga hilang nilai2 murni hati dan budi... hilang ketulusan dan kejujuran. Persahabatan yang penuh dengan kata2 manis dan menmpunyai seribu muslihat di sebalik itu... Terkadang saya kecewa mendapat sahabat yang sebegini... Terkadang terasa hati ini bagai di hiris2.... Tapi apa kan daya ... mereka semua ade pendirian sendiri... ade objektif tersendiri... Adakah aku harus pasrah tetapi yang pasti aku harus berhati-hati..... Ini la lumrah alam...

Cuma yang menjadi tanda tanya yang bermain di fikiran .... tidakkan mereka merasa ape2 melakukan sedemikan ... Telah hilang kan kewarasan fikiran, ketulusan hati atau perasaan.... Itu lah persoalan yang masih belum ku terima jawabannya....

Terkadang amat sukar mengubati hati yang terluka tetapi ku terpaksa pasrah kerana inilah lumrah alam... Cuma terkadang ku ingin mereka merasaai ape yang ku rasa dan ku alami agar mereka lebih berperasaan....

Dan saya masih tertanya dan menanti ade lagi kan insan yang akan menjadi sahabat yang sejati... yang dapat di kongsi kisah suka duka kehidupan ini...

Pernah seorang sahabat saya mengatakan "you can't force somebody to love you, all you can do is to be someone to be loved"

Mungkin saya ingin menjadi orang itu tapi ianya memerlukan pengorbanan perasaan yang amat besar... kerana kita manusia punya hati dan perasaan....

Oklah itu aje la coretan teman saya yang dapat saya berkongsi bersama di ruangan saya ini.. Doakan kesejahteraan, kejayaan dan kecemerlangan kita semua dan insyallah agar kita mendapat sahabat yang membawa kita bersama-sama ke syurga.... Amin Insyallah.


Sunday, June 15, 2008

Fish Therapy






Masa di Klang Parade ada lah namapk this Fish Therapy. Saya pun cuba la. Hmmm mula-mula tu rasa pelik sangat. Macam kaki kena geletek dek ikan-ikan kecil tu. Rasa tak puas ikan-ikan kecil tu mengerjakan kaki saya tu.. 30 mins for Rm33. Hmm mahal juga tapi that was my personal treat for Father's Day...

Happy Father's Day to all fathers out there...

To know more about Fish Therapy click http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/beauty/massage_spa/?PostID=90649

Happy Father's Day




I had an outing today pergi ke Klang Parade tengok Mr Selangor Body Building competition. Balik-balik rumah dapat gift dari anak-anak untuk Father's Day....

Maaflah peminat blog saya .. kerana lama tak tulis. Bukan nya apa.. terperanjat dek kenaikkan harga minyak. so sekarang baru reda.... Dah nak buat cam ne. Nanti la bila tenang saya akan tulis padangan saya tentang kenaikkan harga minyak..

Monday, June 2, 2008

Ten Steps to Jannah







Afamosa animals





Wedding in Kuala Kangsar





Well masa publish blog ni tak sempat tulis apa-apa Bukannya apa, saya nak tau pembaca setia blog saya Kak Ana kenal tak pengantin dalam gambar tu. Tu lah anak Pak Andak. Kami sekeluarga bertolak ke Kuala Kangsar bersama dengan ibu dan bapa mertua saya.

Kami bertolak jam 10 pagi dan sampai di sana dalam pukul 12 tengah hari. Memandangkan waktu masih awal so sempat singgah ke rumah di mana pengantin lelaki bersiap-siap. Pengantin pun terpaksa menyiapkan diri sendiri.

Rupanya kami la pengiring pengantin lelaki. Sampai di rumah pengantin perempuan, kami disambut dengan paluan kompang dan mercun di ikuti dengan azan zuhor yang turut berkumandang.

Siap ada acara silat lagi. Lepas makan kami pun beredar dan pergi solat zuhor di Mesjid Ubudiah. Cantik juga mesjidnya sekarang. Terkenang masa zaman persekolahan dulu. Mesjid Ubudiah menjadi cover untuk buku Bahasa Malaysia.

Kami pulang ke KL pada petang hari dan sempat singgah di Ipoh untuk beli Water Lily di Jalan Kuala Kangsar.. Biasalah saya ini pantang nampak pokok mesti beli.. tapi dah tak tau nak tanam kat mana lagi...

Afamosa











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com