Thursday, April 28, 2011

Believe it or Not about Pigeon






Sebenar sedari kecil saya amat kagum dengan burung-burung yang allah ciptakan. Hidup terbang bebas untuk kemana saja. Pernah salah satu cita-cita saya ialah memegang burung yg jinak dan kemudian lepaskan ia pergi dan terbang. Pernah sekali saya dapat berkesempatan menolong dan memegang seekor burung yg sesat di bangunan Komplex Canselor yg saya bina. Kerana terlalu letih burung tu telah terlalu buntu tak tau nak kemana kerana sesat dalam bangunan berkaca.

Akhirnya saya ambil burung tu dan tunjukkan dia jalan keluar.. Alhamdulillah burung terbang ceria. Dan alhamdulillah juga kerana tercapai cita2 saya dari kecil memegang dan melepaskan burung.

PErnah juga saya membela burung merpati yg jenis besar sebelum ni. Itu pun kerana terpaksa... kawan yg suruh jaga kerana dia berpindah ke apartment dan tiada tempat utk membela burung. Nak tak nak terpaksa la bela. Apa yg saya perhatian kan burung merpati ni memang romantik.. kemana pergi berdua dan bila yg betina tu bertelur yg jantan tu senantiasa berada di sininya..

Kadang bintang ni pun boleh mengajar kita erti kasih sayang.

Memandangkan hobi memanam pokok telah di semai dari kecil, hobi ni terbawa2 sampai ke Jeddah, Jadi balcony yg sekangkang kera tu saya hiasi dgn pokok2 yg tahan cuaca panas di sini. So dalam banyak2 pasu tu ada la dua tiga pasu yg kosong. Dalam nak memikir nak tanam pokok apa, tetiba ada pulak burung bertelur di situ.. Alhamdulillah biarkan aje la rezeki allah bagi... mgkn tempat tu conducive utk mereka. Malangnya batch pertama gagal entah mengapa mungkin terencat agaknya fasal terganggu tiap kali nak mengeram. Batch kedua alhamdulillah telah kian membesar dan batch ketiga baru saja menetas.

Tilik punya tilik perhati punya perhati, rupanya merpati ni kalau bertelur hanya dua biji aje. dan bila di kaji rasanya ianya sepasang.... maha suci allah yg mencipta sekian makhluk penuh dgn rahsia yang mana hanya allah saja yg maha mengetahuinya... Subhannallah..

Jadi hari ni teruja pula ke birds market macam2 ada jual di sini dari ayam, merpati, merak, rusa pun ada.. hai nasib la duduk apartment aje kalau ada kawasan dan tentu ada ladang.... ini lah serba sedikit cara saya menghabiskan masa di sini..

Mencari Ketenangan di Tepi Pantai






Alhamdulillah setiap ciptaan Allah sungguh indah dan penuh dengan pelbagai hikmah bagi setiap makhluk yang menghuninya. Dari dulu lagi hati ini amat tertarik dengan pantai bagai ada suatu kedamaian dengan deruan ombak yang menghempas pantai setiap detik. Seolah-olah mengalunkan suatu irama yang dapat memberi ketenangan pada jiwa.

Saya masih ingat lagi semasa saya kecil, pertama kali saya di bawa ke pantai Lido di Johor Bahru oleh bapa saudara saya Pak Ali. Masa tu dia baru-baru kawin rasanya. Puas kami mandi tak ingat dunia. Tapi saya memang hantu air walau tak pandai berenang. Masa tu kami pergi tiap2 hari selama seminggu sampai hitam satu badan.

Mulai dari sini tiap kali apabila saya nak pergi sambung belajar, salah satu criteria ialah samada tempat tu berdekatan dengan pantai. Di Kuantan saya dekat dengan Teluk Cempedak, masa di UiTM Shah Alam di Kelang dan bila di UK pula dekat dengan Sungai Thames.

Bila berkerja pula, masa di Ipoh dekat dengan Lumut, di Doha dekat dengan Corniche dan kini di Jeddah pun begitu juga alhamdulillah...

Bagi di atur atau secara kebetulan atau it is the law of attraction... Apa-apa pun ianya sekurangnya ianya menjadi terapi semula jadi buat saya di kala sepi...

Aman tenang dan damai. Saksilah koleksi gambar yg saya ambil hari ni di Corniche berdekatan dengan Kharaj..

Sunday, April 10, 2011

Hidup di Perantauan....

Setiap orang sering di hinggapi dengan pelbagai masaalah diri dan hidup. Terkadang kita terpaksa membuat penilaian apa yang terbaik untuk kita lakukan untuk mencari jalan penyelesaian. Terkadang bukannya mudah untuk kita lalui tanpa berkat tabah, sabar dan berdoa....

Menyingkap kembali semasa saya berkerja di Malaysia dulu, setiap hari selepas subuh terpaksa bergegas ke pejabat. Masa itu riuh rendah dengan anak2 yang sama2 bergegas untuk ke sekolah. Kekandang sempat makan kadang2 terpaksa makan di dalam kereta.

Di dalam perjalanan ke pejabat sering saya dengar ceramah2 motivasi pagi dari Ustaz wan Sohor Bani Leman untuk menceriakan pagi. Selalunya bila tiba di tol Jalan Duta, kenderaan dah mula sesak tapi selalunya alhamdulillah dapat sampai ke pejabat on time. Selalunya apabila setiap hari melalui routin yang sama, terfikir di benak fikiran sambil bilakan saya harus hidup begini. Dengan anak2 semakin membesar dan lebih mengugat bila harga minyak semakin meningkat.

Walaupun orang akan lihat kita bergaji besar tapi hakikatnya tiap2 bulan tiada yg dapat di simpan. Kekadang bila sampai hujung tahun terharap2 la dapat bonus lebih agar boleh menampung kekurang sepanjang tahun. Dan bila tak dapat bonus lebih, perasaan mulai suram dan fikiran menjadi buntu tentang bagaimana dan menyelesaikan deficit sepanjang tahun...

Memandangkan kegetiran ini, isteri saya yang menjadi suri rumah sepenuh masa, mula bergiat dengan menjual frozen food di bukit beruntung. Alhamdulillah boleh lah menampung barang2 dapur apa yg kurang...

Di sebelah petangnya pula, di sebabkan tanggung jawab kerja, selalunya saya tak balik on time. Jadi al maklumla saja bila bekerja di segi tiga emas, kalau lewat 5-10 minit terpaksa merangkak dalam kesesakan jalan raya berjam-jam. Bila balik muka pun monyok dan letih.

Hari demi hari, keletihan mengamit diri, saya berbincang dgn isteri, memandangkan selalu balik lewat, saya bercadang utk tinggal di rumah kakak saya di Pandan agar senang nak berulang-alik ke pejabat. Walau kesepian melanda berjauhan dari keluarga namun tanggung jawab kerja menyibukkan diri ini sepanjang minggu dan dapat kembali bersama mereka di hujung minggu.

Setiap hari saya selalu berfikir, apakah jalan keluar utk menampung keluarga.... yg perlukan pelajaran yang baik, makan, pakaian dsb.

Telah berkali2 saya volunteer utk syarikat menghantar saya ke luar negara agar dapat duit lebih. Tetapi di tolak hanya kerana tiada siapa yang boleh menganti saya untuk menjaga projek saya itu. Sayalah orang yang terbaik utk projek itu katanya.... Tapi saya rasa it is unfair... kerana kalau nak keep me, I should be compensated accordingly.

Entah macamana satu hari saya saja aje menghantar CV saya kepada kawan saya yg bertugas di Hill di Abu Dhabi, mana tau ada kekosongan... alhamdulillah beberapa minggu selepas itu saya menerima panggilan talipon untuk di interview dan beberapa minggu seterusnya saya di terima untuk bekerja di Doha, Qatar.

Hati ini gembira tak terperi, impian selama ini menjadi kenyataan. Tapi di sebalik kegembiraan itu timbul kesedihan.. kerana terpaksa berpisah dengan yang tersayang. Bagaimanakah mereka nanti bila saya hidup berjauhan. It was a difficult decision but I had no choice kerana apa yg saya buat adalah untuk mereka. Ini la pergorbanan yg terpaksa saya lakukan....

Saya masih ingat lagi semasa mereka menghantar saya di airport, terlalu berat hati ini meninggalkan mereka. Masih teringat lagi suara mereka memanggil2 "Daddy.. Daddy.." Macam cite hindustan dan cite P Ramlee pun ada.

Semasa mula bekerja di Qatar saya rasa amat tertekan. Selalu kena pressure dgn boss baru berbangsa Lebanon. Hampir setiap hari mengadu pada isteri...katanya " Nak buat cam ne Bang sabar aje la. Tak kan nak berpatah bali?, banyakkan berdoa. Abg jangan risau anak2 saya akan jaga.... abg tumpukan kerja abg.." Kata-kata itu memberi semangat utk saya dan terus untuk belajar memahami boss dan beri keyakinan kerja.

Rupa boss arab ni, you have to prove your capabilities baru la dia taruh kepercayaan kepada kita. alhamdulillah lepas lebih kurang 3 bulan dia dah ok dan dah boleh buat kawan...

Isteri pun gembira mendengar yang saya dah boleh adapt hidup di Doha. Bila di beri kesempatan saya ajak isteri utk datang ke Doha. Memandangkan disini senang utk warga Malaysia mendapat visa on arrival, jadi tak jadi masalah untuk mereka. honestly I am happy there.

Tapi itulah bak kata perpatah langit tak selalu cerah, di sebabkan crisis ekonomi yg melanda Gulf, banyak projek di tangguhkan. Termasuk la projek2 saya... Saya terpaksa bepindah dari projek ke projek dan akhirnya saya menjaga projek 5 buah apartment di Pearl. Alhamdulillah boleh la bernafas... tapi rupanya di situ pun mengalami nasib serupa.

Pada masa yg sama saya di lamar pula oleh sebuah syarikat di Jeddah. Tanpa berfikir panjang saya terima tawaran tersebut. Bukannya mudah utk memulakan hidup baru di tempat org. Belanjanya cukup la besar, dengan rumah perkakas rumah dsb. Dan saving saya yg saya kumpul semasa ke Qatar habis di situ bila nak mulakan hidup baru....

Alhamdulillah sekarang telah hampir setahun saya di sini, diri ini mula terasa sepi, rindu dan macam2 lagi. Dan lagi di sini tak la semudah di Doha. Macam2 procedure utk bawa family ke sini... Entah la hanya kena kuatkan ketabahan dan berterusan berdoa utk kekal lama di sini ..... tapi sampai bila?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com