Monday, August 31, 2009

Juz 10

Etiquettes of Ramadhan











Sejarah Binatang Kesayangan Dalam Hidup Saya - Part 4


Kiranya ini episod terakhir fasal kuching. ...

Tinggal di Doha ni sunyi juga kadang terasa.. so entah satu hari tu bila pergi ke Souq Waqif, teruja pula nak beli kuching. Bukannya apa kesian tengok penjual tu treat binatang-binatang tu. Di kurung dan di biarkan di luar di dalam cuaca yang panas melebihi 40 darjah. Terjelir-jelir lidah kuching tu. Kerana tak sampai hati, tu yang buat saya beli iaitu pada tarikh 26 August 2009. Rasanya dia dalam 4 - 6 minggu dan saya namakan Nickie. Hai bila dah ada kuching ni .. asyik kan kena layan dia aje. tu la kan tak de kerja cari kerja. Tapi sekurang-kurangnya ada la teman....

OKlah nanti kalau ada perkembangan terbaru fasal Nickie ni.

Solat Taraweeh Night 4

Merdeka

Alhamdulillah, walau diri jauh dari tanahair, tapi tanggal 31 August tetap berada didalam ingatan. Saat kemerdekaan negara Malaysia. Moga negara akan lebih makmur, aman dan damai menuju ke wawasan 2020. Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Sunday, August 30, 2009

Juz 9

Nadra @ Maria Hertogh In Memory

Not many younger Malaysian know about Nadra @ Maria Hertogh but we need to learn from the past when dealing with the sesitive issue like this. Here are some chornology of events of her life, doucmentary and interview about her life. She passed away recently in July 2009.

  • 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
  • Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
  • Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
  • 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
  • 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
  • September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
  • 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
  • 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
  • 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
  • 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
  • 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
  • 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
  • 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
  • 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
  • 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
  • Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
  • 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
  • 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
  • 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
  • Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
  • 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
  • Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
  • Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
  • 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
  • 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
  • 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
  • Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
  • 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
  • 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
  • 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
  • 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
  • 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
  • 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
  • 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
  • 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
  • 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
  • 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
  • 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
  • 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
  • Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
  • 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
  • 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
  • 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga... Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
  • Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarikat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu petikan]
  • Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.














Sejarah Binatang Kesayangan Dalam Hidup Saya - Part 3


Selepas Kiara agak lama saya tidak membela kuching kerana nasihat doktor tak elok bela kuching kalau ada budak-budak kat rumah. So saya terpaksa la akur. sehinggalah satu hari anak saya yang nombor dia menyuara kan hasrat untuk membela kuching.Dan saya izinkan. Dia kasihankan kuching yang di jumpa di sekolah yang tiada ibu. Kami bawa pulang kuching tu dan beri makan susu dengan syringe tapi kuching tu dak survive. Akhirnya saya kata okla dan kami beli Cindy kuching persian macam kuching siam. Tapi Cindy ni angah yang banyak jaga dia. Fasal saya ni terlalu la sibuk dengan kerja... Sekarang Cindy dan dua kali beranak. Anak kelahiran pertama ialah Cun dan Cute dan keliharan ke dua Candy. Baru-baru ni Cindy beranak lagi dan terpaksa bagi kat orang. Hanya yang tinggal Cun dok kat KL dan Cindy dan Candy di Johor.

Dugaan Dengan Nickie

Tu la orang kata, tak de keje cari keje dah ada keje tercongang-congang...

Nak sambung cite fasal kuching lagi ni. Semalam si Nickie ni seperti biasa asyik mengikut aje mana saya pergi sampai semalam terpijak kaki dia, meraung dia. Lepas tu terus merajuk duduk bawah meja. So saya pujuk la dia cakap sorry. Lepas tu dia ikut lagi saya ke dapur memasak. Masak lauk asam pedas salmon hmm sedap gak masak main hentam jadi pulak. So dalam sibuk saya memasak; Nickie pun sibuk juga ... rupanya membeser... apa lagi angin la saya dan terus kurung dia dalam bilik air sampai marah2 kat dia "Tak reti-reti ke pergi kat litter? Bukan tak sedia dan sedia..."

Tu la dah duduk sorang-sorang rasa sunyi ... ha sekarang hot pulak.... Saya biarkan dia kat bilik air semalam-malaman dengan harapan dia sedar.... so pagi tadi konon nak tengok la perkembangan dia... Hai tak makan saman. Merata dia berak kat bilik air tu. Terpaksa la pulak kena di bersihkan. Mujurlah bangun awal-awal pagi. Geram punya fasal, saya letakkan dia, makanan, air dan tempat litter dia kat balcony. I kata you have to behave yourself. ... Selama ni tak de massalah saya bela kuching kalau saya cakap dan marah dia faham. Ini bukan aje tak faham tak reti bahasa pulak tu. Agaknya owner dulu tu arab agaknya.. asyik ajar cakap arab mana faham bahasa inggeris atau melayu kan???.

Tak pe saya tak akan putus asa. Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebung. Harap-harap si Nickie ni masih rebung la. Hai nampak gaya kisah Nickie ni macam cite Natrah di zaman 60 han dulu.

So we will see how it goes and I will try to train him until I succeed. Doakan la ye.

My PFAA Fans






Memandangkan Azimah dan Liya kerap singgah di Blog ni; nak juga letak gambar you all masa datang ke rumah. Tak salah masa tu hari raya kot. Hai siap bergambar kat garden lagi kan. Tu la Azimah dulu aku cuba la juga padukkan Liya tu dengan Melmes; tapi tu la orang kata jodoh di tangan tuhan. Tak de jodoh agaknya. Hai kalau tidak dah ramai dah zuriat dia....

Saturday, August 29, 2009

Sejarah Binatang Kesayangan Dalam Hidup Saya - Part 2

Setelah selesai pengajian saya di peringkat sarjana muda di UK; saya pulang ke tanah air. Alhamdulillah saya mendapat kerja di sebuat firma consultant dia Damasara Utama dan Saya menyewa bersama dengan adik saya di Taman Koperasi Polis Fasa 1. Saya ingat saya ada membela kuching juga di situ bernama Shiela sempena mengambil nama Shiela Majid; penyanyi pujaan saya masa tu. Shiela is very understanding dan amat faham cakap saya. Tapi saya bela Shiela tak lama kerana terpaksa selalu outstation dan akhirnya saya berikan pada kawan saya Kodi untuk menjaga shiela. Tapi hayat dia tak lama dan di kuburkan kan di Kajang berdekatan dengan rumah kawan saya tu.

Selepas Ketiadaan Shiela; teringin pula saya untuk membela kuching Parsi. Akhirnya saya berkenalan la dengan Kak Mah memlalui teman saya Masnoor. Dan saya namakan kuching tu Kiara. Kita ni macam Datin, very proper dan faham cakap saya. Pernah saya bercakap-cakap dengan dia sampai cina sebelah rumah heran... Saya cakap dia faham cakap saya. Memangnya dia faham. Kalau saya panggil nama dia terus dia datang. Selalu nya kalau saya sibuk nak mandi dan bersiap nak pergi kerja dia pun sama naik sibuk masuk bilik air.

Tapi bila saya berkawin, dia perang dingin dengan isteri saya. Kalau isteri saya masuk ruang tamu dia di pergi ke dapur dan bila isteri kedapur dia akan duduk luar; sampai la saya balik kerja waktu petang baru dia akan masuk ke rumah. Perang dingin tu berlarutan sehinggala Kiara ingin melahirkan anak. Isteri sayala tolong menunggu sehingga dia selesai melahirkan anak dan sejak dari itu barulah Kiara dan isteri saya berbaik.

Ada sekali kami pulang berhari raya agak lama kerana masa raya tu juga isteri saya bersalin. Jadi kami pesankan pada jiran untuk memberi makan Kiara. Mungkin kami pulang kali ini terlalu lama; bila saya pulang ke KL, Kiara telah hilang. Puas saya bertanya jiran-jiran kalau mereka terjumpa Kiaran tapi tak de yang jumpa. Dan setelah putus ikhtiar, saya pun berpesan pada arwah kakak saya yang kebetulan hendak pergi buat umrah agar dia doakan Kiara pulang ke rumah. Bila arwah kakak balik dari umrah dia cakap dia dah doakan. Tapi dia sempat cakap; "ini doa fasal kuching ingatkan doa untuk kau.." Tak berapa lama selepas tu ada jiran yang ternampak Kiara di longkong. Saya pun pergi mencari dan betula Kiara. Dia amat comot sekali dan keadaan nya amat kurus.

Saya mandikan dia dan kesihatannya masih macam tu juga. Saya ingat lagi di sehari sebelum dia meninggal; dia seolah-olah ingin berkata sesuatu dengan says semasa saya hendak keluar rumah, saya cakap dengan dia esok kita pergi klinik ye... Keesokkan harinya saya tercari-cari mana Kiara tapi tak kelihatan; dan jiran saya berkata cuba tengok ada kuching mati dekat padang sebelah rumah saya tu. Dan sah la itu mayat Kiara.. Inalillah hi wainnal illahirajiun......


750 Post to date


This is my 750th post eversince I started blogging way back on 18th May 2007. Two years has passed and Insyallah I will keep on writing and posting article about the facts of life and life experiences. One of my desire is to write my life right from my childhood day till now. It is hope my life experiences can be the source of inspiration to some who are still struggling in their life. From what I see in life, we had to go through almost the same path to success and there is no short cut. One have to take certain risk and have to make decision and we learn through decision we made whether it is good or bad and improve from there.

Thank you to Masnoor who have inspire me to write the blog and my son Nazmi for improving the look of my blog to what it is right know. Without both of you I would not have my own website. May allah bless both of you in the blessed month of Ramadhan.

I hope allah will give me this strength to keep writing and to all by bloggers... Happy reading.

Friday, August 28, 2009

Juz 8

Huda TV

Lately I have been watching this channel which tells us more about islam. Especially the program Ask Huda. I suggest Astro in Malaysia should also air this channel for the benefit of our muslim brothers and sisters in Malaysia. You can watch Huda TV @ http://www.huda.tv/default_web.html

Especially for Wawa Favourite Show - Tom and Jerry

Haris Aktar - Immitating famous Quraa

President Obama Ramadhan Greetings

Juz 7

Juz 6

Adengan Lucu Wawa

Pagi-pagi lagi lepas sahur saya call Wawa. Wish dia Happy birthday and tanya dia samada dia dah dapat present dari saya ke belum. Dia kata belum lagi; rupanya kakak-kakak dia dah berpakat buat-buat tak tau....

Wawa memang minat sangat Tom and Jerry. Masa di Doha dulu pun siang malam tengok Tom and Jerry. Dan kepala dia pun ligat macam tu dan dari situ dia belajar la bahasa inggeris sikit. So pagi tadi dia tanya Along.. What day is today? Along kata " Today is Friday". Dia kata no and dia jawab "Today is my birthday". Hai budak bijak seorang tu.

Memandangkan dah duduk jauh begini; saya bagi hadiah untuk tidak orang sekali yang akan menyambil hari jadi di bulan August, Ocotber dan November. So untuk Kak Uda saya beri handphone dan untuk Aan and Wawa... Costume Tom and Jerry.

Menurut isteri saya gelagat mereka macam Tom and Jerry... Jerry siap pijat ekor Tom lagi.. HAHAHAHAHA... Well I really miss them...

Sejarah Binatang Kesayangan Dalam Hidup Saya - Part 1






Hurairah

Sedari kecil saya memang suka pada binatang terutama kuching. Saya ingat lagi masa kecil-kecil kami ada pelihara kuching yg arwah abah jumpa di pasar. Kami namakan dia Cheneng fasal dia selalu sangat mengiyau. Di sebabkan masa tu masih dara; ramaila romeo-romeo kampung yang nak mendapat hati Cheneng, akhirnya Kuning menjadi pilihan hati Cheneng dah akhirnya dia melahirkan tak salah saya 3 ekor. Dan yang paling cun seekor yang berbulu kuning mirip bapa kuching. Kami nama kan dia Cindy. Cindy ni macam Garfield. Masa kecil-kecil kami selalu bermain dengan Cindy dan dia di kira berani. Malangnya lebih kurang di mati kerana bergaduh dengan anjing.

Melihatkan kami bersedih kehilang Cindy; arwah abah pergi kerumah adiknya Mak Chah di Century Garden untuk meminta kuching kerana dia pun suka pada kuching dan di rumahnya banyak kuching perliharaannya. Akhirnya Mak Chah setuju memberi kami Jimmy dan Johnny yang berbulu hitam berbelang dan putih di dada. Antara Jimmy dan Johnny; Jimmyla menjadi pujaan kami kerana amat manja dan reti bahasa. Tapi malangnya setelah beberapa tahun Jimmy di timpa sakit begok sehingga membawa maut. Selepas kematian Jimmy, Johnny mendapat perhatian. Lama juga kami dengan Johnny ni; tapi lama-lama Johnny ni menjadi nakal dan memakan ayam sepupu saya yang tinggal di sebelah rumah. Sepupu saya mengadu kepada arwah abah dia kata di mengendap dan nampak Johnny yang makan ayam dia. Kerana marah; arwah ayah terus mebuang Johnny. Tapi seminggu selepas tu, Johnny balik dalam keadaan letih dan lesu. Kami hairan macamana dia boleh balik ke rumah. Menurut kata mak; kuching bertanya rumput hala ke rumah.. tak tau la macamana? Kami kesiankan Johnny kami bagi makan dan dia kembali bertenanga dan sihat. Tapi Johnny mengulangi tabiaat lama dia makan ayam dan arwah ayah terus buang Johnny ke tempat yang lebih jauh lagi. Dan dia pergi tak kembali lagi.... Dan demikian la tammat riwayat Johnny.

Selepas tu saya pun sibuk dengan sekolah dan masuk institusi pengajian tinggi dan tak hiraukan sangat fasal kuching. Cuma dalam hati memang berhasrat nak membela kuching bila dah bekerja nanti.

Semasa saya belajar di London dulu, saya ada juga mebela kuching saya beli di wet market di Woolwich, London. Kalau tak salah dalam 20 pound. Saya namakan dia Hurairah. Satu perangai Hurairah ni dia selalu tidur sekali dalam quilt maklum la sejuk kat UK bila tiba waktu subuh dia akan kejut solat subuh dengan bejalan dari kaki ke muka. Sambil cium2 muka saya.. sampailah saya bangun. Pernah sekali saya berjalan dan tak balik beberapa hari, sesampai saja saya di rumah; Hurairah terus memanjat dari kaki sampai ke bahu mungkin kerana kerinduan agaknya. Tapi lepas tahun pertama saya terpaksa keluar rumah dan saya bertanya student2 Malaysia kalau ada yang nak bela Hurairah dan ada yang berminat. Dengan sedih saya membawa Hurairah menaiki bas ke West End London. Semasa di dalam bas, Hurairah hanya diam aja. Saya keluarkan dia dan dudukkan dia di atas ribaan saya. Dia diam tidak membantah. Hati saya teramat sayu hendak berpisah dengan Hurairah tapi apakan daya sudah terpaksa. Sesampai aje saya pun menyerahkan Hurairah pada tuan yang baru. Apa yang saya tau; malam tu Hurairah berak atas katil yang mana dia memang selalu toilet train. Mungkin mereka tak sediakan tempat litter dia agaknya. Begitu la kisah Hurairah. Nanti la sambung episod seterusnya fasal kuching ni.

Seribu Tahun - Aliff Aziz

Seroja - Aliff

Suria Hati Ku - Taufik Batisha

Happy Birthday Wawa






This day 6 years ago was the day I will not forget my entire life. It was the day my fifth daughter Nur Leila Najwa was born. It was at wee hours in the morning. I was happy and thankful to Allah for giving my wife a safe delivery.... I thought for once the long awaited suspens was over but it was just the begining.

As I returned home from the hospital that morning to bury her "termuni"; I received a called from my wife that Najwa had some complications. She was kept in the incubator for almost a week and finally the doctor told me that they had to send her to the general hospital. I was reluctant at first but the doctor was giving me with no choice. The ambulance took us to the Ipoh general hospital where the doctor there examined her and told me that her condition was critical and had to be awarded at NICU.

I had mixed feelings and confused. Don't know how to react and handle. I asked the doctor on the chances; he said even an adult will have difficulty to survive. I got the message and felt helpless and I heart was filled with tears. All I had to do was just hope she will survive. I pray day and night and recite yassin almost at every instances. I touched her tiny body and pray.... I my heart I talked and wisphered to her wanted her to live. After almost a week there I kept telling everyone I called or who called me to help me pray for her.

And finally miraculously she recovered. Syukur alhamdulillah was the best prayer I could say. Allah listens.

To me she is so special, different and understanding. I believe one day she would become a good leader in her field.

I am sad for not being able to celebrate your birthday as before this time around but I do hope you like my little gift to you. A gift that you probably be wanting so much.... Jerry costumes.... I know you like Tom and Jerry so much. I do hope you like.

Wishing warm birthday greetings right here from Doha. Happy Birthday Wawa may there be more to come and hope you be a pious daughter.

Tuesday, August 25, 2009

Pos kad Hari Raya


Seperti tahun-tahun yang sudah, alhamdulillah tahun ini saya masih sempat mereka kad hari raya limited edition. Selalunya tidak melebihi 100 keping. Sebenarnya dari dulu lagi dah seolah-olah menjadi tradisi, saya akan mengirim kad hari raya pada saudara mara dan sahabat handai.

Dan hari ini saya telah mengepos sejumlah besar kad-kad hari raya tersebut. Itu pun saya hantar pada mereka-mereka yang saya ada alamat. Yang saya tak de alamat tu minta maaf la. Tapi kalau nak boleh je saya hantar tapi kenalah bagi alamat mereka. To all my bloggers teringin gak nak bagi kad kat you all especially my Follower yang setia. To all my followers, please email me your full name and address and insyallah I will send a card to you.

Tapi tak tahu la berapa lama nak sampai kat Malaysia. Harga postage dari Qatar ke Malaysia ialah QAR2.50. Katanya dalam 1 minggu.. tapi yang best dekat coutner tu dia tulis

Normal Mail - 1 month or 2 weeks or 1 week
Registered Mail - 1 week
Express Mail - 3 days

Hai janji sampai ye tak.

Bagi mereka-mereka dan blogger yang tak sempat saya kirim kad... insyallah saya akan post my Hari Raya card di blog di hujung bulan Ramadhan. So nantikan la ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com