Sunday, April 27, 2008

Latif's Pencil Drawing Test

Painting "Tepak Sireh" by Abul Latif Maulan



Anyone interested to buy can contact me or Latif himself...

Kenangan Lalu Meniti Kejayaan...Dulu dan Sekarang

Aku anak ke sembilan dari sepuluh orang adik beradik, di lahirkan di 16K Jalan Teberau Johor Baharu. Seorang Pemuda pemalu dan pendiam. Tapi sedari kecil bercita-cinta tinggi ingin menjadi seorang yang berjaya dan keluar dari belengu kemiskinan...

Hanya pada usia 15 tahun, aku buat pertama kalinya menjelajah keluar dari negeri tanah tumpah darahku di Johor Baharu ke Pulau Pinang. Perjalanan yang bagi aku amat jauh ketika itu dan terpaksa singgah ke Ipoh, rumah abang aku yang ketika itu menuntut di Politeknik Ungku Omar. Di Penang, aku tinggal di umah adik abang ipar aku di Seberang Perai dan keesokkan hari nya aku berjalan-jalan ke Pulau Pinang dan Bukit Bendera. Di situ aku tertarik dengan keindahan bunga-bunga Dahlia dan bunga Matahari yang pelbagai warna. Dan aku membeli beberapa benih pokok Dahlia untuk di tanam bila pulang ke rumah nanti. Memang aku minat pada tumbuh-tumbuhan sedari kecil lagi....


Selepas tammat SPM, keputusan tidak berapa memuaskan dan aku tak layak untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti tempatan. Aku ingin cuba memohon untuk memasukki Uitm tapi aku di beritahu yang aku ni tak layak ke situ. Aku hampa dan terus memohon ke Politeknik agar aku dapat keluar dan berhijrah ke tempat baru. Aku hanya berjaya memasuki Politeknik Kuantan untuk melanjutkan pelajaran di dalam Awam Pembinaan. Krusus yang aku ikuti sekadar mengikut kawan kerana aku lebih cenderung menjadi seorang Arkitek. Sebaik saja aku menjejak kan kaki ke Kuantan , aku berazam untuk menebus kegagalan aku semasa di alam persekolahan. Mana tak nya masa di sekolah, tak boleh concentrate belajar, tak mampu nak pergi tuisyen dan belajar pun tak faham. Dulu kalau kami belajar kenala ikut initiatif sendiri... Itu la kadang kala di sebabkan ingin menghilangkan bebosanan aku sering tengok wayang lepas balik sekolah. Bukannya apa, sekadar menghilang penat kerana penat berjalan kerana dulu terpaksa berjalan beberapa kilometer menuju ke stesen bas. Dan kadang kena juga jalan beberapa kilometer untuk ke rumah kerana bas hanya lalu di jalan besar.


Di Kuantan, aku tinggal di rumah abang angkat aku, Abang Jaafar kerana pihak politeknik tidak menyediakan asrama so terpaksa mencari umah sewa. Abang Jaafar ada seorang anak Boboy namanya. Kerana Akak dan boboy sering tinggal di KL dan kami sering tinggal bertiga di rumah tu. Roseli, Amir Hamzah dan aku. Abang Jaafar pula masa tu bekerja di Kuantan hanya ada rumah masa hari kerja aje dan hujung minggu dia akan ke KL melihat Akak dan Boboy. Rumah abang Jaafar di Kuantan Garden tu adalah lebih kurang 4 km dari Bandar Kuantan. Selalunya kalau aku balik dari kampung aku akan berjalan kaki dari stesen bas ke rumah maklumlah student mana ade duit nak naik teksi. Dan lagi aku memang kena budget. Fasal adek perlu ke sekolah dan Abah dah lama bersara dari Polis. Arwah Abad dulu terpaksa bekerja di kilang untuk menyekolahkan kami. Harapkan duit biasiswa aje la nak bebelanja dan kenala budget betul-betul.

Satu peristiwa yang tidak boleh aku lupakan ialah apabila aku pulang dari cuti semester, ke rumah sewa abang Jaafar di Kuantan Garden, kami lihat barang-barang penuh di depan rumah. Rupanya abang Jaafar di beri notis keluar kerana Tuan Rumah nakkan rumah tu balik. Kami berasa hambar dan terpaksa tumpang rumah kawan-kawan buat sementara. Abang Jaafar berjanji akan mengajak kami tinggal dengan dia kalau dia dapat rumah lain. Kami terpaksa akur dengan keadaan. Akhirnya abang Jaafar dapat rumah kerajaan di Transit Quaters. Tapi hanya aku aje yang tinggal di situ kerana Roseli dan Amir Hamzah dah dapat rumah lain.

Keluarga abang Jaafar baik sekali dengan aku, kadang ajak kami makan...hmm faham-faham aje la student jimat duit. Selalunya aku akan ke stadium Darul Makmur untuk membeli makan malam. Hanya sekadar menghilang lapar dengan makan nasi dagang berharga 50 sen. Akak memang jarang masak kerana dia tak berapa sihat di sebabkan asthma. Aku masih kenang jasa baik Abang Jaafar sekeluarga dan tak lupa menghantar kad hari raya pada setiap menjelangnya hari raya. Aku pernah juga menziarah Abang dan Akak semasa mereka tinggal di Rompin semasa balik bercuti dari UK. Aku masih ingat lagi akak kata, ingat lagi awak kat kita ye Mad... terharu rasa di hati. Saya sempat bermalam di sana dan bermain-main dengan Boboy yang dah pun besar masa itu. Dan pada ketika tu Boboy dah ada adik perempuan Farah.... Rupa nya perjumpaan itu lah perjumpaan yang terakhir buat saya dan Akak Lynn kerana beliau telah kembali kerahmatullah di sebabkan penyakit Asthma.. Alfatihah. ... Jasa mu akan tetap ku kenang Akak. Hingga kini aku masih lagi keep in touch dgn Boboy dan Abang Jaafar. ...


Lepas dari Politeknik aku bekerja di JKR tapi semangat untuk terus belajar hingga menjadi seorang Jurutera terus membara. Alhamdulillah aku telah berjaya memasuki Uitm akhirnya. Walaupun pada mula nya aku terpaksa menduduki 14 kertas di semester pertama tapi aku gagahi juga. Di Uitm aku belajar the art of survival dan bergaul dengan kawan-kawan yang masing2 mempunyai satu cita-cita dan impaian menjadi orang yang berjaya. Saffaruan, Zakaria dan Farid (seperti gambar di atas) adalah rakan-rakan se kolej yang berasal dari Johor... Alhamdulillah di tahun akhir, keputusan aku agak memuaskan dan aku berjaya mendapat tempat di Thames Polytechnic di London. Seolah-olah impian menjadi kenyataan.


Masa sampai aje di UK musim gugur.. Suatu pengalaman yang tak pernah di lalui sebelum ni melihat daun-daun berguguran. Gambar tu berposing di Poly..

Masa baru-baru sampai sempat juga ke Birghton untuk menziarahi rakan masa di Poly Kuantan dulu Zulkifli. Masa di Brighton la aku mengecapi pengalaman pertama merasai Salji. Bersyukur sangat-sangat.


Lepas musim Salji timbul pula musim bunga. Seronok menlihat bunga yang berwarna- warni dan suka sangat pergi park masa tu. Dengan bunga Cherry Blossom, Tulips, Roses... hmm indah sungguh pemandangannya.


Bergambar di Dartfort Kent.


Ni pulak berposing dekat belakang umah Mak Angkat Peggie. Baik orangnya. Masa aku belajar aku kerap ke rumahnya di Surrey. Dia adalah Cikgu kepada suami sepupu saya yang berbangsa Inggeris. Dan Peggie pernah datang ke Malaysia meraikan perkahwinan sepupu saya. Masa di Malaysia abang saya telah membawa Peggie menziarahi saudara mara di Muar dan dia kata I went to 10 houses in a day. hehehe It was a new expereince for her I guess. Masa aku konvo dulu sempat juga bawa my mom and sis jumpa Peggie. Seronok dia dan kami pun tidur di rumah dia.

Aku sempat menziarah Peggie a few years back. Memang nampak uzur dia sekarang. Tapi alhamdulillah masih mengenali aku tapi dah tak boleh banyak bergerak. Pada mulanya dia melarang aku datang, mungkin kerana dia kurang selesa dengan keadaan dia sekarang but I told her I insist to see her... dan akhirnya dia mengalah.. Kesian melihatkan keadaan dia sekarang tinggal sendirian tiada suami dan anak-anak untuk menjaga dia.... Moga allah memberi dia hidayah... Kadang-kadang aku lihat Mat & Minah Salleh ni mempunyai sifat yang lebih baik dari orang islam. Tapi kerana sikap dan sifat sesetengah orang islam membuat mereka tu menjauhkan diri dari memluk agama islam. Ape yang aku dapat lihat hidup mereka tu kosong dan menraba-raba mencari-cari Jalan Yang Lurus. Moga Allah memberi seluiruh umat Muhammad saw hidayah dan Allah senantiasa tetapkan iman aku agar senantiasa berada di Jalan Yang Lurus....

Kadang-kala masa weekend di UK dulu ketika musim panas, kami akan sewa kereta dan pergi fruit picking. Yang bestnya kita boleh pilih dan petik buah-buahan tu sendiri. Sambil Pilih sambil rasa hmm bestnya.

Ini pokok buah epal. Rendah aje dan senang nak petik...

Ni pokok strawberry di tanam di tanah..

Rakan satu Poly Meor Roslan dan isterinya Kerry masa pergi Fruit Picking

Ni masa pergi tour Britain temankan Karniza siapkan assignment on Mosque in UK for her degree in Architecture. Pergi sekali dengan Dini.. Lepas dari university days terus lost contact tapi alhamdulillah jumpa Dini semula semasa saya buat projek UTP. Masa tu she was attached dengan USM. Tapi setelah contract dia tammat dengan USM dia pulang ke UK bersama anak-anak dia kerana suami dia menetap di UK. Masa di Ipoh dulu sya sering juga ke rumah Dini di Gunung Rapat dan sempat berkenalan dengan ibu dan ayahnya. Tapi ibu and ayahnya telah pergi ke rahmatullah.. alfatihah sekali lagi...

Bergambar denga Suami dan anak-anak Dini di UK semasa aku ke sana untuk urusan kerja. Masa di sana terkenang semasa zaman belajar. Masih tak banyak yang berubah. That is something I liked about UK.


Sempat juga bergambar di Tower Bridge memasa ke UK


Itulah kenangan lalu yang telah mewarni diri dan hidup saya, yang mejadikan saya dari seorang yang pemalu dan pendiam kepada seorang yang lebih matang, perihatin, lebih ceria.. Moga pengalaman yang saya lalu itu boleh menjadi iktibar buat orang lain...

Saturday, April 26, 2008

Tahniah Iman....

Alhamdulillah... pagi Isnin lalu saya dapat SMS dari abang ipar saya pesan saya beli surat khabar KOSMO. Tertanya-tanya pula apa pula cerita yang keluar kali ni. Maklumlah saya pun pernah keluar 2 kali dalam paper KOSMO... Tu lah tak kan keluar lagi???? Rupa-rupanya anak saudara saya Iman masuk paper kerana pencapaian yang cemerlang semasa tammat pengajian beliau. Hai tumpang gembira juga dapat anak buah yang mengorak langkah menjadi insan Malaysia yang cemerlang agar dapat menjadi contoh warga Malaysia yang lain....


Melihat kejayaan anak buah menyingkap kembali kenangan silam saya dan kejayaan saya masa belajar di UK. Suatu kenangan paling indah yang sukar di lupakan. Senyum the whole day. Fasal asyik ambil gambar aje. Yang lebih mengembirakan ibu dan kakak saya hadir menyaksikan saya semasa konvokesyen. Saya bekerja di sektor pembinaan untuk menyediakan duit tambang ibu saya. Alhamdulillah tercapai juga cita-cita saya yang membawa ibu ke UK untuk melihat saya menerima ijazah.



Gambar kenang-kenangan Abdul Malek, Zaleha dan Saya di London selepas Graduation

Information about MALAYSIA

Want to know more about Malaysia? Visit http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia

Yahoo Mail Setting on Outlook

If you want to retrieve your yahoo mail in your Microsoft Outlook, you can visit this link to assist you http://help.yahoo.com/l/us/yahoo/mail/original/mailplus/pop/pop-06.html.

All the best to you

Tuesday, April 22, 2008

Murtabak Singapura



Pernah kah anda merasa Murtabak Singapura? Dari saya kecil lagi jika saya pergi ke Arab Street mesti saya tidak ketingalan singgah ke kedai Murtabak yang terletak di hadapan Masjid Sultan. Ada tiga buah kedai di situ dan masing-masing akan berebut-rebut memanggil dan menarik pelanggan untuk singgah di kedai mereka. Saya sering ke kedai Zam-Zam yang terletak di tengah-tengah. Selalunya kedai tu lebih laris dari yang lain nya. Selepas duit Singpura meningkat saya jarang sekali ke Singapura melainkan kalau ada majlis-majlis kenduri saudara-mara yang masih tinggal di sana. Jadi selalunya masa balik tu mesti la singgah kedai Zam-Zam tu. Tapi sekarang dah ada jual Murtabak tu di Johor Bahru dekat Jalan Sungai Chat. Selalunya kalau balik kampung memang tak miss untuk order. Best.... berlainan dari Murtabak yang di jual di mana-mana di merata negara... so yang terliur tu jilat aje la tapak tangan...

Sunday, April 20, 2008

My heliconia collection

Untuk menjawab soalan apa jenis heliconia yang saya ada/ Lihat aje la slideshow ni...

Ziarah Pusara Ayahanda dan Kekanada





Alfatihah buat ayahanda dan kekanda...

Sempat juga saya menziarahi pusara ayahanda dan kekanda semasa balik ke kampung baru-baru ni. Kadang rasa they are so close and alive.... Rasa tak puas bermanja dengan mereka. Itula saya selalu nasihatkan pada kawan-kawan dan anak-anak. Hargailah orang yang tersayang selagi mereka masih hidup. Taburi la hidup mereka dengan bunga-bunga cinta jangan nanti hanya menaburi bunga-bunga di puasara setelah mereka pergi. Alfatihah... Moga allah mencucuri rahmat ke roh ayahanda Haji Abdul Jamal dan kekanda Hajjah Rogayah...

Happy Birthday Mummy and Daddy



This week we decided to visit my in law and my mum. We thought we wanted to give them a surprise visit and celebrate their birthday. My father in law birthday on 21 April and my mother in law on 20 April. So yesterday we went to Angasana and bought some gifts( belikan baju aje untuk mereka) for them and my wife bought them a birthday cake.

So sambil nonton AF 6 yang boring malam semalam, masa break tu anak-anak saya pun bawala kek sambil menyanyikan lagu Happy Birthday... Mereka puzzled and surprised. I told them that I am gonna take some pictures and they said, "we are not properly attired". Kita kata tak kesah la... fasal kita pun pakai baju tidur. Abah kat sepanjang umur abah.. dah 70 tahun baru celebrate Birthday dan dapat present. Terharu juga mendengarnya. Tu la kadang kita anak-anak ni terlepas pandang dan lupa yang mereka pun ingin di hargai... Kami harapkan kunjungan kami di hujung minggu tu telah menceriakan mereka. Walaupun hanya sekejap, kami berharap kehadiran kami memberi makna buat mereka.

Dapat Pingat Anugerah Sultan Johor....

Pingat Ibrahim Sultan(Depan)

Pingat Ibrahim Sultan (Belakang) Arwah Rogayah

Pingat Sultan Abu Bakar (Depan)


Pingat Sultan Abu Bakar (Belakang) Tuan Haji Musa

Hari ini adalah hari yang bersejarah dalam hidup saya kerana mendapat Pingat Anugerah Sultan Johor. Siapa la tak bahagia, gembira dan ceria bila di beri penghargaan begitu terutama sekali dari Sultan dan Pemerintah Negeri Johor Darul Takzim. Rasa diri ini amat di hargai. Sebenarnya pingat tu bukan di anugerahkan kepada saya tapi sebaliknya di anugerahkan kepada Bapa Mertua dan Arwah Kakak saya oleh Sultan Johor di atas jasa-jasa mereka kepada Negeri Johor.

Sebenarnya niat hati pada mulanya hanyalah untuk mengambil gambar pingat tu aje dan nak masukkan dalam Blog. Tapi abang ipar saya dengan murah hati berkata ambil la pingat Arwah Long tu buat kenangan... Moga pingat peninggalan dia itu memberi semangat kepada saya untuk menjadi insan contoh macam dia sehingga mendapat anugerah sepertinya. Memangla teringin sangat nak dapat pingat... Syukur alhamdulillah... Mana la tau satu hari nanti ada Agung ke Sultan ke yang nak menganugerahkan pingat buat saya pula.. Insyallah..

Balik rumah my in law, ceritala kat my father in law... dan dia kata dua pun di anugerahkan pingat dari Sultan Johor dan dia kata ambil la pingat tu abah bagi kat awak. Syukur Alhamdulillah... hai bertuah punya menantu. Moga-moga dengan adanya pingat-pingat tu aura mendapat pingat sendiri mungkin semakin cepat kot... hehehe. Ingat nak mula hobi baru pula la kumpul pingat lak...

Friday, April 18, 2008

Currency Converter


For those who are travelling you can use the currency converter. You may visit this website.

Another SMS Scam


TAHNIAH Simcard and memenangi undian bertuah cek tunai RM 20,000 dari peraduan CELCOM sila hubungi Call Centre 006285241601122 Penghantar: CELCOM

Pernah kah anda menerima SMS seperti tertera di atas. Jika ada AWAS!. Baru-baru ni, my brother call me. Dia tanya samada I ada account Maybank. SO I kata ada dan bertanya kenapa?
DIa kata dia menang RM20K peraduan Celcom. I kata wah untungnya. Mungkin itu rezeki anak-anak. So I pun beri la dia account Maybank saya. Selepas dua jam dia call lagi. Dia kata dia nak jumpa secepat mungkin fasal katanya wang tu akan di masukkan ke dalam account tetapi orang tu kata my brother dan saya kena pergi ke ATM machine dan talipon dia semasa di ATM mesin utk arahan selanjutnya. I dah mula syak mesti ada sesuatu yang tak kena.... I suruh my brother sms the text. So dia pun sms la. Tengok aje I dah tau itu Scam. I pun pernah terima sms begitu dan I tak layan pun. So untuk nak memastikan saya talipon kawan yang berkerja di Celcom ada ke pertandingan sebegitu. Dia kata itu semua TIPU!. Saya pun pelik cam mana kita ni mudah sangat terpedaya dengan skim-skim cepat kaya cam ni? Hakikatnya tiada jalan mudah atau pintas untuk menjadi kaya. Kita kenalah kerja kuat dan berusaha.

So I told my brother alasan-alasan itu satu penipuan...
1) kalau ianya betul dari CELCOM kenapa celcom tak call sendiri. Selalunya benda2 cam ni celcom ada bagi promosi panggil akhbar lagi dan bergambar dgn cek besar tu.
2) kenapa guna no indonesia? mungkin kerana mereka akan sukar di kesan. Fasal no di tu di daftarkan di Indonesia.
3) Kita pun perlu berhati-hati kerana Panggilan kita ke no itu sama seperti kita talipon Indonesia!
4) Dan lagi kot la kita pergi ke ATM machine tu.. Entah apa-apa di manderemnya kita terus keluar semua duit masuk ke account si PENIPU tu.

Hai ada juga orang yang cam ni ye? Haraplah pihak berwajiba membuat sesuat bagi orang yang menipu macam ni. Tidak membangun minda langsung

So my blogger berhati-hati la. Jika anda mengalami perkara yang serupa. BErkongsi la bersama..

Salam Jumaat Untuk Semua

Hari ni saya cuti. ingat nak balik kampung melihat orang tua di kampung. Lama juga tak balik. The last time balik masa my father inlaw accident dulu. Now my mother in law pula tak berapa sihat. Sambil-sambil nak tengok rumah baru my brother in law. Tula kadang terasa macam nak cari kerja di Johor aje. Dekat sikit dengan mereka. Sakit pening mereka boleh juga attend. Tapi nak buat macam mana dah kerja. Mungkin ade hikmah semuanya ni. Saya ni kalau balik kampung memang tak duduk diam di rumah. Maklumla adik beradik semuanya di sana. So kadang memang ronda satu hari kat sana. So jom la pergi melawat Johor YOK!

Thursday, April 17, 2008

A day trip to Avillion Port Dickson



It was the first time for me to go to Avillion for an official trip. We had to do a presentation to the our management there. It was something different and the place is really nice. Nantilah kalau ade rezeki nak gi sana lagi bawa family ke sana.

Saturday, April 12, 2008

Ada tokoh professional photographer

My Cucu

My cucu...

Outing @ Alamanda


Pingat or Medal


Hmm baru-baru ni saya pergi ke kedai menjual stem dan wang kertas bagi membeli album untuk stem dan wang kertas. Apa yang mengasyikkan saya ialah saya baru melihat koleksi baru di kedai tersebut. Iaitu pingat atau medal. Memang la kalau di tanya sesiapa mesti orang akan bangga kalau di beri pingat. Tahun demi tahun tunggu juga tak de pulak Sultan atau Agung yang nak beri saya pingat.... Nampaknya kalau ade rezeki lebih saya ingat nak beli aje la pingat tu. Mungkin ianya akan menjadi koleksi baru saya...

Tuesday, April 8, 2008

My VW Daffodil


I was first married to a VW in mid 90s with a 'mas kahwin' or dowry of RM2,500. I named her Daffodils which reminds on my good old days walking through the garden of Daffodil on the way to college in Newcastle Upon Tyne. She had a fair biege colour with registration number BS 6168. I later sent her for a face uplift and turned her bright yellow. She was so caring, so understanding and we had good moments together. I felt safe with her and I don't have to worry of locking the doors whenever I left her. Eventhough I knew people would not blink at her but I adored her, liked her and felt safe with her. She served me well. We had good 5 years together until one day she had slight ailments and complaint of a bleeding.... oil.

I tried to send her to the regular workshop but the mechanic had dissapeared due to expansion of Jalan Gombak and I don't know where he had moved to. I had to go around to search for a workshop who can treat her but to my disapointment, no one wanted to treat her. I finally resorted to an alien mechanic who looked so promising. The mechanic convinced me that he could change the engine and she would be as good as new. I was delighted. I waited weeks after weeks but she had no sign of recovery. He striped her off. I had no choice to just wait until she recovered because she could not move. After months of waiting, the mechanic finally called me and told me that he couldn't repair her because he had to close his workshop to pave way for the Putra LRT project. I had no choice. I had to take her to another mechanic. When I saw her, she was in a bad shape. Her engine was spoiled and some of the accessories were also gone. My heart sank. I had to send her to my friend's workshop in Sungai Besi. I escorted her and on the way I consoled her and assured her that she will be in good hands after months of nightmares she had gone through.

At the new workshop I told my friend to wait until I had sufficient money to pay for the repairs. But at that time I could hardly save and pay for the cost to repair. Sadly enough I had to keep her waiting again. I was trying hard to earn some extra cash and also waiting and hoping for bonus to repair and take her back. But when things happened, it couldn't wait.... My friend told me that he had to move his workshop to make way for a new highway to the Mines.. I tried to get her done before the deadline but I was late. By the time I was there she had dissapeared and gone.... I was sad... we had sweet moment together. It was just the circumstances that put us in the difficult situation. Until today I don't know where she finally resided and hope she will rest in peace my sweet daffodil...


Now I wish I could still drive a VW but the new VW beetle. I really wish my dream will come true one day. Amin insyallah....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com