Wednesday, August 19, 2009

Tertidur...


Baru ni my wife cerita kat I yang anak saya Jeehan tertidur di kelas semasa ujian sekolah ugama. Apa yang melucukan, ustaz yang mengajar tu menjerit sekuat hati sehingga Jeehan terkejut dan bangun. Tapi alhamdulillah dalam tidur tu pun dapat score 92% dalam ujian tersebut. I cerita la kat my wife, sebenarnya dia bukan tidur, dia menghafal dan tertelap agaknya macam I pun selalu cam tu masa sekolah dulu. Kalau nak menghafal sesuatu kena pejam mata especially benda-benda yang payah nak ingat.. Tapi biasa la kan kadang bila dah pejam mata tu memang kadang terus tidur.

I ingat lagi masa balik sekolah; fasal penat sangat sampai tertidur dalam bas. Masa tu ada bas T Hakim yang bawa masuk terus ke kawasan rumah. Yang best bila dapat kusyen bahu orang yang duduk sebelah. Lagi la lena. Kadang-kadang sedar-sedar bila dia kejut kan "Dek2 akak nak turun.."fasal dia dah sampai destinasi dia. Kadang saya tersenyum malu fasal tidur siap keluar air luir lagi hehehehe. Kalau nasib tak baik tak dapat tempat duduk kenalah berdiri. Itu pun tertidur juga....hehehe. Bayangkan la kalau orang tidur berdiri cam ne. So kalau ada yang kesian tu di berilah tempat duduk.

I ni sepanjang hidup ni memang kena cukup tidur. Even masa belajar dulu pun memang kuat tidur. Kadang tidur awal tapi bangun pagi dalam pukul 3 ke 4 untuk mentelaah pelajaran. Ingat lagi masa darjah satu bila kena ulangkaji pelajaran kat rumah pun tertidur juga sampai kena marah dengan abang ipar. Dia kata nak jadi apa nanti asyik tidur aje tak belajar? Kalau malas belajar jadi aje tukang potong rumput... Tapi masa kecil kan memang la memberontak tapi nak buat cam ne nangis aje la bila kena marah tu. Tapi kata-kata tula yang buat saya sedar dan boleh menilai hala tuju diri hingga saya berada di mana saya sekarang. Terima kasih la kepada mereka yang tak jemu-jemu memberi semangat, nasihat, perangsang agar saya terus berjaya.


1 comment:

N A Z M I E S K I said...

Jeehan memang bijak org nya.Jeehan kuat berimaginasi. Pagi2 dia dah awal bgn. Thanks for the advice daddy.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com