Sunday, August 30, 2009

Dugaan Dengan Nickie

Tu la orang kata, tak de keje cari keje dah ada keje tercongang-congang...

Nak sambung cite fasal kuching lagi ni. Semalam si Nickie ni seperti biasa asyik mengikut aje mana saya pergi sampai semalam terpijak kaki dia, meraung dia. Lepas tu terus merajuk duduk bawah meja. So saya pujuk la dia cakap sorry. Lepas tu dia ikut lagi saya ke dapur memasak. Masak lauk asam pedas salmon hmm sedap gak masak main hentam jadi pulak. So dalam sibuk saya memasak; Nickie pun sibuk juga ... rupanya membeser... apa lagi angin la saya dan terus kurung dia dalam bilik air sampai marah2 kat dia "Tak reti-reti ke pergi kat litter? Bukan tak sedia dan sedia..."

Tu la dah duduk sorang-sorang rasa sunyi ... ha sekarang hot pulak.... Saya biarkan dia kat bilik air semalam-malaman dengan harapan dia sedar.... so pagi tadi konon nak tengok la perkembangan dia... Hai tak makan saman. Merata dia berak kat bilik air tu. Terpaksa la pulak kena di bersihkan. Mujurlah bangun awal-awal pagi. Geram punya fasal, saya letakkan dia, makanan, air dan tempat litter dia kat balcony. I kata you have to behave yourself. ... Selama ni tak de massalah saya bela kuching kalau saya cakap dan marah dia faham. Ini bukan aje tak faham tak reti bahasa pulak tu. Agaknya owner dulu tu arab agaknya.. asyik ajar cakap arab mana faham bahasa inggeris atau melayu kan???.

Tak pe saya tak akan putus asa. Orang kata kalau nak melentur buluh biarlah dari rebung. Harap-harap si Nickie ni masih rebung la. Hai nampak gaya kisah Nickie ni macam cite Natrah di zaman 60 han dulu.

So we will see how it goes and I will try to train him until I succeed. Doakan la ye.

1 comment:

Zimah said...

Ye!betul tu A.Mat,owner dia dulu Pak Arab,so...A.Mat kena la ckp arab ngan dia.Sabo aje le cakap sorang2 ngan kucing,kik!kik!kik! anyway...smoga berjaya mendidiknya.
Selamat Hari Merdeka Malaysia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com