Friday, August 14, 2009

Jumpa Blogger

Tengahari tadi lepas solat pergi makan kat Restoran Indonesia Central. Kalau pergi makan kat situ memang hilang pantang.. Orang kata pantang jumpa la. Ari ni makan tempe, sotong, telur masak curry dengan terung masak pedas. Memang menyelerakan. Lepas makan siap order "Ais teller" sebagai dessert. Sedap la juga.

Dalam masa makan tu nampak la macam orang Malaysia makan meja sebelah. Dengan ramah nya saya pun bersembangla. Rupanya dia keje di industrial Area dan tinggal di Dafna. Namanya kalau tak silap Baiduri. Setelah saya menghulurkan kad saya, dia pun membelek dan kemudian bertanya.. You ada website mohamadj.com ke? Haha pelawat blog saya rupanya dan jumpa face to face. Gelak besar saya... fasal tak sangka bertemu dengan membaca blog. What a small world. Salam perkenalan untuk Baiduri dan selalu-selalu la singgah di blog saya ni..

1 comment:

vios said...

Salam

Sampai ketemu lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com