Saturday, August 29, 2009

Sejarah Binatang Kesayangan Dalam Hidup Saya - Part 2

Setelah selesai pengajian saya di peringkat sarjana muda di UK; saya pulang ke tanah air. Alhamdulillah saya mendapat kerja di sebuat firma consultant dia Damasara Utama dan Saya menyewa bersama dengan adik saya di Taman Koperasi Polis Fasa 1. Saya ingat saya ada membela kuching juga di situ bernama Shiela sempena mengambil nama Shiela Majid; penyanyi pujaan saya masa tu. Shiela is very understanding dan amat faham cakap saya. Tapi saya bela Shiela tak lama kerana terpaksa selalu outstation dan akhirnya saya berikan pada kawan saya Kodi untuk menjaga shiela. Tapi hayat dia tak lama dan di kuburkan kan di Kajang berdekatan dengan rumah kawan saya tu.

Selepas Ketiadaan Shiela; teringin pula saya untuk membela kuching Parsi. Akhirnya saya berkenalan la dengan Kak Mah memlalui teman saya Masnoor. Dan saya namakan kuching tu Kiara. Kita ni macam Datin, very proper dan faham cakap saya. Pernah saya bercakap-cakap dengan dia sampai cina sebelah rumah heran... Saya cakap dia faham cakap saya. Memangnya dia faham. Kalau saya panggil nama dia terus dia datang. Selalu nya kalau saya sibuk nak mandi dan bersiap nak pergi kerja dia pun sama naik sibuk masuk bilik air.

Tapi bila saya berkawin, dia perang dingin dengan isteri saya. Kalau isteri saya masuk ruang tamu dia di pergi ke dapur dan bila isteri kedapur dia akan duduk luar; sampai la saya balik kerja waktu petang baru dia akan masuk ke rumah. Perang dingin tu berlarutan sehinggala Kiara ingin melahirkan anak. Isteri sayala tolong menunggu sehingga dia selesai melahirkan anak dan sejak dari itu barulah Kiara dan isteri saya berbaik.

Ada sekali kami pulang berhari raya agak lama kerana masa raya tu juga isteri saya bersalin. Jadi kami pesankan pada jiran untuk memberi makan Kiara. Mungkin kami pulang kali ini terlalu lama; bila saya pulang ke KL, Kiara telah hilang. Puas saya bertanya jiran-jiran kalau mereka terjumpa Kiaran tapi tak de yang jumpa. Dan setelah putus ikhtiar, saya pun berpesan pada arwah kakak saya yang kebetulan hendak pergi buat umrah agar dia doakan Kiara pulang ke rumah. Bila arwah kakak balik dari umrah dia cakap dia dah doakan. Tapi dia sempat cakap; "ini doa fasal kuching ingatkan doa untuk kau.." Tak berapa lama selepas tu ada jiran yang ternampak Kiara di longkong. Saya pun pergi mencari dan betula Kiara. Dia amat comot sekali dan keadaan nya amat kurus.

Saya mandikan dia dan kesihatannya masih macam tu juga. Saya ingat lagi di sehari sebelum dia meninggal; dia seolah-olah ingin berkata sesuatu dengan says semasa saya hendak keluar rumah, saya cakap dengan dia esok kita pergi klinik ye... Keesokkan harinya saya tercari-cari mana Kiara tapi tak kelihatan; dan jiran saya berkata cuba tengok ada kuching mati dekat padang sebelah rumah saya tu. Dan sah la itu mayat Kiara.. Inalillah hi wainnal illahirajiun......


1 comment:

Zimah said...

Klau tak silap saya penah jumpa Kiara ni kn, masa A.Mat buat open house di Tmn Koperasi Polis dulu. Waktu tu kita kt PFAA g.Cuma saya tak ingat g camne rupa si Kiara ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com