Sunday, August 16, 2009

Amalan Baik 1 - Khidmat Pada Pokok

Saya rasa saya nak mulakan topik baru dalam blog ni yang bertajuk Amalan Baik iaitu amalan baik yang saya lihat sepanjang kehidupan saya di Doha ini. Moga ianya menjadi contoh kepada kita agar mencontohi amalan-amalan tersebut yang mana memang di sarankan oleh agama kita islam.

Seperti semua sedia maklum cuaca musim panas di Doha ni memang panas dan kadang kala mencecah hingga ke 50 darjah Celcius. Kalau nak tau macam mana panasnya 50 darjah, cuba on kan oven hingga ke tahap suhu tersebut dan kemudian buka. Begitu la bahang nya panas di sini. Di Doha ni pokok-pokok amat berkurangan kalau di bandingkan di Malaysia. Kebanyakannya pokok-pokok di sini terdapat sistem irrigasinya untuk bertahan. Peluang untuk pokok hidup di sini dan mengharungi musim panas kadang kala tipis.

contohnya, pokok-pokok ros, serai, lengkuas yang saya tanam masa musim sejuk lalu dan kekeringan dalam beberapa hari saja. Tapi ada juga pokok-pokok yang tahan musim panas macam frangpani tapi kehidupan nya tak la sesegar macam pokok-pokok yang di tanam di Malaysia. Memangla kita harus bersyukur ke hadrat Allah kerana melahirkan kita di bumi yang subur.

Apa yang saya nak cerita kan ialah semalam setelah selesai saya bersolat isya; saya ternampak seorang tua berbangsa arab yang sama-sama bersembahyang di mesjid nampak macam sedang mengambil air sembahyang di luar mesjid. Tapi bila saya teliti; rupa-rupanya dia sedang meyiram pokok-pokok yang hidup di tepi tempat air sembahyang tersebut. Murni sungguh hati orang arab itu, bukan aje dengan sesama manusia kita harus berbaik tetapi juga pada makhluk allah yang lain seperti pokok-pokok dan tumbuhan2.... Moga allah memberi kita iktibar agar dapat mencontohi amalan orang tua itu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com