Monday, January 26, 2009

Kelas Bahasa Arab

Hari ni dah 5 kali saya hadir kelas bahasa arab di Al Fanar. Memandangkan saya masuk di Level 1, saya belajjar balik dari mengenal huruf-huruf macam belajar muqadam. Tapi ada juga belajar perkataan dan mengenal benda bagi setiap huruf tersebut.

Di dalam kelas, kami berbilang bangsa dan agama, antaranya Melayu ( saya la dan sahabat dari Singapura), India& Pakistan( paling ramai) dan ada juga mat salleh, Aaron dari South Africa dan seorang lagi dari Greece.

Guru kami berbangsa arab berasal dari Syria bernama Okla. teknik pengajaran dia bagus dan senang faham. Kadang-kala ada seorang lagi guru secara suka rela mengajar kami kalau Okla berehat sebentar. Maklumla mereka ni adalah guru sambilan bukan sepenuh masa. Siang hari bekerja dan malamnya mengajar memandangkan kos hidup di sini agak tinggi.

Tapi nampak kedua-duanya amat ikhlas mengajar kamu. Mengajar dengan bersungguh-sungguh dan penuh ceria. Okla pernah berkata, I be the happiest person if all of you can speak arabic well. Patut sikap macam tu la sepatutnya ada pada setiap pendidik kita di Malaysia.

Mungkin ini la saham akhirat mereka.... Bila tengok Cikgu bersungguh-sungguh, murid pun belajar bersemangat....

Itu la serba sedikit coretan hari ni...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com