Monday, January 26, 2009

Happy Birthday Nur Batrishya




12 tahun yang lalu pada hari ini ialah hari yang amat mencemaskan buat Daddy dan Mummy kerana hari tu la angah lahir ke dunia ni... dan di sambut oleh daddy sendiri. Mungkin salah Daddy juga minta yang bukan-bukan di bulan puasa dan ternyata Allah makbulkan. Niat Daddy agar anak yang Daddy sambut sendiri menjadi anak yang bijak... menurut pakar motivasi yang Daddy dengar di TV.

Mungkin dengan sebab itu Daddy rasa Angah ni special sikit fasal lahir Daddy yang sambut. Dari kecil Angah tak banyak kerenah dan senang di jaga... Angah tau tak bila Angah kecil-kecil Angah dah mula isap jari... Tapi Daddy tak bagi. Tiap kali Angah isap Daddy tak bagi... tapi Mummy biarkan aje... Mummy kata kalau dia hisap jari dia baik... Tapi ianya dah jadi tabiat kan... So jangan salahkan Daddy kalau tabiat tu lekat sampai sekarang...

Daddy ingat lagi masa Angah mula-mula pergi ke sekolah darjah satu. Mummy kata di sekolah tak boleh hisap jari... tapi sebaik saja Angah masuk kereta ... hmm tau-tau aje la kan tak payah nak cerita.

Tahun ini ada lah tahun yang penting bagi Angah di mana Angah akan menduduki peperiksaan UPSR. Memang lah penat, letih susah dsb... Tapi Angah kena ingat tak de benda di dunia ni yang senang. Kita kena lalui kesusahan untuk mengecapi nikmat sesuatu kejayaan. Di dunia ni orang yang berjaya adalah orang yang berilmu. Dan Angah kena betulkan niat Angah ke sekolah ialah untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin. Kelak dengan ilmu yang Angah perolehi itu boleh memunafaatkan insan sejagat..

You have to remember you can be whoever you want to be. Nothing is impossible. All you need to do is to have a Dream and have a Goal in life, visualize your dream and work hard on it. dan buatla kerja dengan seikhlas mungkin. Daddy cakap ni pun melalui pengalaman. Dulu masa Daddy kecil-kecil macam Angah Daddy teringin sangat nak pergi overseas. Masa tu uncle anjah yg bekerja dengan MISC berpeluang mejelajah ke serata dunia. Bila tengok gambar dia teringin sangat nak pergi ke tempat-tempat itu. Masa itu jauh di sudut hati Daddy berkata insyaallah satu hari Daddy akan sampai juga.

Allah yang maha kaya mengaturkan hidup kita akhirnya segala impian Daddy itu tercapai Alhamdulillah.

Dan kini mungkin Angah rasa rindu fasal Daddy tak de nak celebrate birthday Angah kali ini. Maafkan Daddy tapi ketahui la sebenarnya ini semua adalah satu pengorbanan seorang Ayah untuk masa depan anak-anaknya....

So sempena ulang tahun angah yang ke 12 tahun, Daddy nak ucapkan Selamat hari jadi moga di kuatkan iman, di murahkan rezeki, di panjangkan umur, sihat tubuh badan, di jadikan anak yang solehah dan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR amin insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com