Wednesday, October 22, 2008

Transport

Nissan Tida kereta yg aku tumpang ke pejabat

Alhamdulillah dengan pertolongan driver office Pasquel, saya dapat orang yang nak hantar saya pergi dan balik dari hotel ke office. Harganya QR 500 sebulan. What choice do I have. Dari naik taxi yang limited dan tak tentu sampai office pukul berapa atau naik bas yg mempunyai pelbagai aroma serta jadual masa yang tak menentu. Lebih baik la kejam mata bayar QR500. Kalau naik taxi mungkin dalan QR15 tapi susah nak dapat taxi pagi-pagi untuk pergi kerja. Kalau taxi limosine QR25 satu hala. So fikir2 QR 500 dah kira resonable la ikut standard sini.

Sekarang ni masih terfikir lagi nak beli kereta apa. Samada second hand atau sewa atau beli terus kereta. Kira murah la juga kereta kat sini. Nanti la fikir macam mana bila tiba masanya.

So berkenalan dengan driver baru I tu, rupanya dia tu satu office dengan saya juga tapi dia di site. Dia dari Bangladesh dan biasanya orang-orang India, Pakistan dan Bangladesh will do any odd jobs to improve their income. Menurutnya dia plan nak bawa keluarga dia ke Doha. Sempat juga I tanya macamana tentang sekolah anak-anak? Katanya, ada sekolah di kelolakan oleh orang India tapi mengikut syllabus British. Tak taula pula macam mana curriculum la pula. Jangan nanti bila I hantar anak-anak kat sana dapat belajar bahasa baru la pula.


2 comments:

Latif said...

Beli jangan tak beli... senang nak bergerak.. keperluan tu.. lagipun lama dok sana

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Mohd.
Kalau nak beli kereta tu and kalau budget mengizinkan, belilah yg baru sebab insyaallah for the first few years tu tak payah fikir tentang kereta rosak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com