Wednesday, October 22, 2008

Konvokesyen Universiti Teknologi Petronas




Baru-baru ni sempat saya membaca Blog Chedet.com yang menceritakan konvokesyen UTP yang di adakan pada 24 Ogos. Saya amat terharu dengan komen atau komplimen Tun tentang projek saya itu.

Petikan dari catatan Tun di laman web chedet.com antaranya adalah seperti berikut:-

"1. Pada 24hb Ogos saya, sebagai Canselor U.T.P. telah menyampaikan ijazah-ijazah kejuruteraan kepada 1,086 graduan. Saya amat tertarik dengan kampus U.T.P yang terletak di Tronoh, Perak di atas bekas tanah lombong yang amat luas. Lanskapnya begitu cantik dan udaranya nyaman dengan dihiasi pokok-pokok besar dan pokok-pokok kecil. Saya fikir kampus yang begini cantik dan tenang, jauh dari bandar besar amat sesuai untuk menuntut ilmu.

2. Penuntut yang dapat masuk universiti ini amat bernasib baik kerana lebih daripada 10,000 yang pohon untuk masuk tetapi hanya 500 sahaja yang diterima. Ramai yang diterima mendapat biasiswa daripada Petronas, JPA dan lain-lain agensi Kerajaan dan juga syarikat-syarikat petroliam. Lebih 10% daripada graduan terdiri daripada penuntut luar negeri.

3. Dewan Besar amatlah cantik dan dapat menampung sebilangan yang besar daripada graduan dan ahli keluarga mereka."

Ini adalah salah satu projek yang menjadi kebanggaan saya didalam pembinaan projek UTP. Penglibatan saya dari peringkat masterplanning hinggalah ke pembinaan Kompleks Canselor adalah satu pengalaman yang berharga yang tidak dapat saya lupakan. Agar warga UTP serta penuntut-penuntut dan graduan-graduan dapat merealisasikan aspirasi pembinaan Universiti tersebut agar menjadi Universiti bertaraf dunia.... 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com