Thursday, October 23, 2008

Happy Birthday Kak Uda

Birthday wishes to my daughter Kak UDA....







Walaupun Daddy jauh di perantauan Daddy tak pernah lupa tarikh lahir Kak Uda. Daddy masih ingat lagi masa Mummy nak lahirkan Kak Uda, bila Mummy buat check up di Hospital Ampang Putri dengan Datuk Dr Jemilah Mahmood ( Presiden Mercy), Dr terus tahan Mummy di hospital kerana takut Mummy terberanak kat umah macam Angah. Dan tak lama setelah di masukkan di hospital, Kak Uda pun di lahirkan dengan selamatnya Alhamdulillah.

Kami namakan kamu Nur Balqis sempena mengambil nama isteri Nasi Sulaiman... Ratu Balqis. Moga Kak Uda menjadi insan teristimewa mencontohi sifat perwatakan Ratu Balqis..Amin.

Kak Uda ingat tak bila Kak Uda di masukkan di Hospital Ipoh kerana penyakit Kawasaki. Satu penyakit yang Daddy sendiri tak pernah dengar. Masa tu Kak UDa baru 3 tahun. Tapi Daddy pasrah dengan dugaan Allah.... Daddy senantiasa berada di sisi Kak Uda di hospital. Daddy ingat lagi Kak Uda cakap kat Daddy, yang Kak Uda nak Daddy tunggu Kak Uda. You behave yourself very well bila Daddy terpaksa mengambil Tok Abah kat stesen bas Medan Kid.. Masa tu Allah saja yang tahu perasaan Daddy. Tapi Daddy tak pernah putus asa dan terus berharap dan berdoa pada Allah agar Kak Uda cepat sembuh. Alhamdulillah Allah terima doa Daddy dan Kak Uda sembuh seperti sediakala. Sebab itu Daddy selalu nasihatkan Kak Uda agar jangan tinggalkan solat kerana Allah senantiasa bersama orang yang dekat dengannya. Dia akan dengar segala rintihan kita. Dialah yang maha pengasih lagi Maha Penyayang. Pintala darinya samada kita dalam susah dan senang kerana kepada dia sajala tempat Daddy bergantung harap lebih-lebih lagi Daddy kini di perantuan...

Sempena ulang tahun Kak Uda yang ke 10 ni, Daddy doakan Allah tenangkan jiwa Kak Uda selalu, agar banyak sabar, sihat tubuh badan, di tetapkan iman, di panjangkan umur, di berkati dan di murahkan rezeki serta menjadi anak-anak yang solehah dan taat kepada kedua ibubapa. Amin.

Nak birthday gift tak? Kalau nak kena minta Mummy. Daddy dah belikan dan pesan pada mummy untuk bagi pada Kak Uda pada Hari Jadi Kak Uda. I hope you like my gifts and moga Allah makbulkan segala cita-cita Kak Uda hendaknya. Amin...

Salam dari Daddy Doha, Qatar...

I always Love you...






3 comments:

mnra said...

Happy Birthday Nur Balqis. May All Your Dreams Come True...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Mohd
Menitiskan air mata bila baca your ucapan untuk Balqis. Itula ye, pengorbanan ibu dan bapa kepada anak-anak. Hopefully semua anak-anak di dunia ini ingat pengorbanan ibu bapa mereka.

Mohamad said...

Itu la kan bila dah berjauhan barula terasa... Ini la pengorbanan ayah dan ibu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com