Sunday, October 12, 2008

Keluahan Rasa Semasa BerHari Raya


Memandangan saya telah kesuntukan masa kerana dalam beberapa hari lagi saya akan berangkat ke Qatar. Saya mengambil kesempatan Cuti hujung minggu untuk menziarahi sanak-saudara di Kuala Lumpur. Sebaik saja saya keluar dari rumah di Rawang hujan baru mula turun dan ianya semakin lebat sepanjang perjalanan. Mujurla tatkala tiba di rumah pertama di Bukit Damansara, hujan telah berhenti sepenuhnya.

Dalam kegirangan berhari raya, saya sempat juga menziarahi sepupu di sebelah ibu dan bapa saya di Taman Tun Dr. Ismail. Memandangkan rumahnya berdekatan jalan utama amatlah sukar untuk mendapat tempat letak kereta. Mujurlah ada ruang kosong di tepi jalan di hadapan rumah teres yang nampak terbiar. Saya pun meletak kan kereta di sana. Sesudah beraya, saya terperanjat melihatkan di handle pintu kereta seolah-olah terkena najis burung.... Jadi saya pun cuba beralih ke pintu yang lain. Dan lebih terperanjat saya dapati kesemua pemegang pintu telah di salit dengan sesuatu yang nampak seperti daging busuk. Hai siapakah la berhati busuk yang tergamak membuat demikian. Dalam hati geram pun ada. Saya cuba mengawal marah saya dan terus mencuci pemegang yang kotor itu. Saya ambil keputusan meyamak pemegang pintu tu takut kalau-kalau di sapu dengan daging khinzir.

Dalam saya sibuk mencuci kereta orang yang meyalit daging tu keluar dan berkata yang saya telah menghalang dia untuk masuk ke rumah pada hal kenderaan saya tidak langsung penghalang keluar masuk kereta ke rumahnya.

Rupanya jiran-jirannya pun selalu bergaduh kerana isu yang sama. Ada ketika dia memancitkan tayar kereta yang meletakkan kereta di depan rumah nya. Seolah-olah kawasan jalan di depan rumahnya miliknya.

Kalau ikutkan hati nak bergaduh dan bertumbuk tapi fikir-fikir ... saya ni nak beraya nanti spoil mood raya pula. Dan dengan semagat hari raya. Saya katakan kepadanya Saya minta Maaf. Saya rasa orang tu pun pelik dan terus memandu keretanya keluar entah ke mana. Mungkin dia tak sangka dengan reaksi saya. Walaupun telah di perlakukan begitu aku masih mampu tersenyum, berjabat salam dan minta maaf tapi dalam hati tuhan aje yang tahu.

Mungkin ini dugaan untukku kena belajar mengawal perasaan lebih-lebih lagi saya yang akan berhijrah ke Timur Tengah. Kenala lipat gandakan kesabarakan saya itu...

Kerana semangat raya, walau apa yang berlaku, raya perlu di teruskan. Rata-rata 8 buah rumah kesemuanya dan sampai di rumah jam 12 malam.... Syukur dapat bertemu sanak-saudara dan sahabat handai. Agar hubungan silatur-rahim akan tetap MESRA...



2 comments:

Rush Murad said...

Salam Aidilfitri to u n family... dah nak berhijrah ke Qatar? pasti blog ini akan ada byk cerita pengalaman di sana... wish u all the best!

yazrie said...

BUSUKNYA PERANGAI ORG YANG MAIN PALITKAN DAGING BUSUK TU..kalau i, sure dah kena makan penampar je org tu..ishh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com