Friday, October 17, 2008

Hijrah 1- Masa Untuk Berhijrah

Tanggal 15 Oktober adalah tanggal keramat buat saya kerana pada tarikh ini mulala penghijrahan saya ke dunia yang baru iaitu Qatar. To be honest I don't really know what to expect. Seperti mana penghijrahan Rasulullah saw dari Mekkah ke Madina dalam mengembangkan Agama, penghijrahan saya adalah untuk mengislahkan serta memperbaiki diri, menimba pengalaman baru dalam kerjaya saya serta memperbaiki kehidupan keluarga. Mengimbau kembali perjalanan hidup dan pegalaman kerja yang telah saya timba selama ini. Sudah tiba masanya bagi saya untuk menimba pengalaman baru agar nanti apa saja pengalaman yang saya perolehi akan saya kongsi bersama untuk anak bangsa Malaysia. Moga niat yang suci dan murni ini di berkati Allah hendaknya.

Pada siang harinya saya telah ke Kuala Lumpur untuk menguruskan segala urusan yang masih belum selesai. Saya sempat juga singgah ke office lama saya. Rakan saya bertanya "Bila flight ke Qatar?" Jawab saya "Malam Ni" Dia berkata "Kau ni pergi Qatar macam nak balik Seremban dari KL je" Aku tersenyum saje...

Dalam kesibukan itu saya bergegas pulang kerana hendak re-pack barang-barang yang di dalam beg. Re-packing selesai pada waktu magrib dan terus solat magrib. Semasa hendak solat Isya hujan turun seolah-olah merestui pemergian saya ke Qatar dan apabila selesai solat, hujan pun berhenti. Saya ingat lagi bila setiap kali saya ingin memulakan sesuatu yang baik hujan akan turun... Moga ianya memberi petanda baik Amin. Saya sempat juga solat musafir memohon agar perjalanan ini di berkati serta selamat. Saya keluar rumah dalam jam 9.30 malam. Saya hanya membawa 3 beg dan setiap satu beg tu boleh tahan beratnya. Sesampai di KLIA dalam jam 11.00 malam dan suasana di KLIA amat tenang sekali. Rakan taulan serta ahli keluarga yang lain telah pun hadir untuk menghatar saya.




Antara rakan-rakan yang hadir di Airport ialah Zaquan, Khairil, Jalal, Nizar, Zulkifli, Nozulul



Tidak ketinggalah Ahli Keluarga, Bonda, Arshad, Maznah, Mariam, Che Mat, Hamdan, Azman, Adha, Azrol, Reeza, Abdullah serta Isteri dan Anak-anak.


Flight QR621 adalah twin sharing dengan United Airlines dan MAS. Sesampai saya di airport saya pergi ke tempat bungkusan beg agar beg lebih terpelihara. Kauter di buka dalam jam 12.30 malam. Apabila saya check-in, saya di beritahu yang beg saya tu terlalu berat iaitu 40 kg dan saya terpaksa asingkan agar tiap satu beg itu tidak melebihi 32 kg. Terpaksalah saya berikhtiar untuk mencari jalan penyelesaian. Mujurlah ada tempat bungkusan kotak di KLIA dan saya terpaksa ikhtiar sendiri asingkan barang-barang yang berat. Apabila saya check-in semula, saya terpaksa membayar excess luggage dan kerana itu terpaksa membayar RM1259 kerana excess 16 kg. Itu baru bawa baju aje. Kadang-kadang rasa tak berbaloi membayar sebanyak itu. Lebih baik aje cari baju-baju di Doha.

Setelah itu saya pun beredar ke immigresin. Semasa ingin beredar ke situ, hati saya semakin saya dengan lambaian anak-anak dan ahli keluarga. Setiap tapak di langkah suara mereka semakin perlahanan. Walaupun berat kaki ini menlangkah tapi ku gagahi juga. Hendak rasanya buat macam filem hidustan berpatah balik dan memeluk mereka erat-erat sekali lagi. Tapi kerana pokoknya saya di Malaysia bukan di Bollywood saya terpaksa la kontrol macho dan teruskan langkah demi langkah.

Bila tiba di balai berlepas, carry-on beg saya yang lagi satu terpaksa di letakkan di tempat letak barang kerana terlalu berat sebagai cary on. Dalam fikiran saya jangan la kena bayar excess luggage lagi. Mujurlah tak kena bayar.

Lebih kurang jam 3 lebih, saya pun memasuki pesawat Qatar Airways QR621 dan tempat duduk saya ialah 11A.

Tunggu Sambungan seterusnya....

2 comments:

Kaki Renang said...

Sebak yang perlu di lalui....Yang Penting Adalah Niat Kita Utk Perbaiki Keluarga Kita...Itu Yang Lebih Mulia...di Sisi Allah.
Setiap Manusia akan Melalui Detik-Detik Perpisahan....Tetapi bagaimana kita hadapinya.. terpulang kepada individu sendiri.....

Anonymous said...

Sebak juga baca bos , ermmm nak buat cam mana dah demi tugas... rindu juga ngan bos punya leter heheheh kalau tak ari2 dengar .. so bos tak ader rasa sunyi pulak ,

anyway bos hope u enjoy there n work hard okay ..

Saiful Lot 171

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com