Pada hari raya kedua, keluarga kami mengadakan majlis Doa Selamat dan Raya Gatering di tempat kami di besarkan iaitu di Jalan Berkat. Rumah yang dulunya di dirikan dari hasil titik peluh Arwah Abah kini telah di alihkan kepada abang saya HAJ. Hasrat abang HAJ membina rumah agar dapat di kongsi bersama orang tua tak kesampaian apabila, arwah Abah meninggal belum sempat melihat rumah itu siap di bina. Tahlil Arwah itu khusus untuk arwah Abah, Arwah Long dan Arwah Kak Yan. Doa Selamat pula agar Allah memberi keselamatan kepada saya semasa bertugas di luar negara. Majlis itu di ketuai oleh abang saya yang sulung Tuan Haji Arshad yang kini menetap di Muar.
Selepas Majlis Talil Arwah dan Doa Selamat kami di jamu selera di luar rumah dengan konsep Garden Party.
Antara juadah yang di hidangkan adalah Kambing Golek.. Hmm Yum Yum.. Mana yang tak dapat rasa tu jilat aje la tapak tangan ye...
Ini puding kegemaran saya. I wouldn't miss this. Memang suka sangat.....
1 comment:
grilled lamb tu my fav. dah lama tak makan Kambing Kuzi...
Post a Comment