Friday, November 21, 2008

Qatar Driving License


Setiap orang pernah mengalami kegagalan dalam hidup. Ada gagal dalam peperiksaan, percintaan dan berbagai-bagai la lagi. Dan kadang kala kita tertanya-tanya mengapa la Allah duga kita begini.... Tetapi semuanya itu ada hikmahnya....

Saya ingin berkongsi pengalaman saya. Mula-mula saya belajar membawa kereta ketika umur saya 25 tahun di Johor Bahru tapi gagal kerana terlanggar tiang masa buat reverse parking. Yang geram tu masa saya belajar tukang ajar tu dia biar ajar saya reverse sendiri tapi masa test tu dia ganggu consentrasi saya sampai terlanggar tiang. Maklum la orang dah panic dan nervous masa tu. Lepas gagal saya bertekad yang saya tak kan ambil lesen di Malaysia dan akan ambil di UK kerana masa tu saya dalam persediaan untuk ke UK untuk melanjutkan pelajaran saya.

Semasa di UK saya pun mula mengambil latihan di sekolah memandu. Belajar memandu di UK ni cool sikit dan tenang. Tak macam Malaysia. Kalau nampak kereta L makin di potong laju-laju buat orang seriau.Berlainan di UK mereka akan tunggu sehingga kita selesai untuk buat three point turn ke ape. So bila ambil test saya fail fasal saya tak menyabar dan potong belah kiri.

Dan bila saya mengambil ujian sekali lagi akhirnya saya lulus. Di UK selepas lulus dan saya di beri lesen penuh dan tarikh luput lesen tersebut ialah tahun 2032. So bila habis belajar dan pulang ke Malaysia saya hanya perlu convert aje lesen UK saya ke lesen Malaysia.

Memandangkan saya telah berhijrah ke Qatar, saya ragu-ragu samada lesen Malaysia saya di terima. Malangnya lesen Malaysia tidak di terima di sini dan kita di kehendaki menjalani latihan memandu sekali lagi. It is really a hassle. Dengan klas memandu yang memakan belanja QR1000 lebih dan transport pergi balik untuk belajar memandu, kos keseluruhan boleh mencecah sehingga QR 2000 lebih.

Tapi saya rasa bertuah apabila saya ketahui lesen UK saya boleh di convertkan ke Lesen Qatar - alhamdulillah dan pada hari Rahu lepas 19 November 2008 saya dapat Lesen Memandu Qatar. Dan sekarang saya dah boleh mula cari kereta...

Kegagalan saya pada usia 25 tahun dulu rupanya hikmah nya Allah mudahkan sekarang...So the moral of the story, tak bermakna bila kita gagal Allah tak sayang atau tak adil pada kita, tetapi sebaliknya ada hikmah yang Allah simpan untuk kita di masa akan datang dan permudahkan hidup kita di masa yang akan datang. Mungkin ini boleh di jadikan iktibar untuk kita semua.

So bagi mereka-mereka yang ingin berhijrah ke Qatar, make sure you apply for international license. International license boleh di gunakan kalau tak salah selama 6 bulan. Bagi lesen US, UK, GCC dan beberapa negara eropah, mereka boleh convert tanpa mengambil ujian tapi bagi lesen Malaysia perlu mengambil lesen semula. Tetapi jika sekiranya syarikat yang menawarkan pekerrjaan itu syarikat kerajaan, ada kemungkinan anda boleh menukar ke lesen Qatar tanpa mengambil ujian dengan syarat anda perlu mendapatkan surat sokongan dari Majikan. Tapi di Qatar ni peraturannya senantiasa berubah-ubah.... Moga selamat hendaknya...

3 comments:

Abd Latif said...

SALAM .. maj... maaf tak sempat nak view gambar2 tu.. sibuk sgt sampai tak sempat.. BErcerita tentang gagal tu ... kekadang takut jugak gagal tapi kena berusaha... utk pengetahuan MAJ sekarang ni, LUKIS dan rakan membuat keputusan drastik membuka Art Galleri sendiri... InsyaAllah pembukaan galleri tersebut .. yg berada di area U2 TTDI shah alam..... akan dibuka dalam bulan satu.. doakan kejayaan kami... dah tak larat asyik kena tipu dan jadi hamba abdi dengan ular ...

Mohamad said...

Moga suksess hendaknya. Nak harapkan Manager, Manager dah keluar negara jadi kena la ikhtiar sendiri. Nanti i tengok kalau ada peluang kat sini....

NaazVenture Photography said...

Congrats..... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com