Thursday, April 2, 2009

Pergorbanan Seorang Ayah kepada Anak-Anaknya


Memandangkan penulis seorang bapa, saya ingin nukilkan kisah tentang pegorbanan seorang Bapa kepada anak-anaknya.


Menyingkap pengalaman silam.. saya masih ingat lagi apabila arwah Abah yang telah bersara dari perkhidmatan polis dan masa itu tiga lagi adik beradik kami yang masih bersekolah termasuklah saya.... Kalau nak mengharapkan pencen arwah Abah yang hanya RM300 mungkin kami tidak kesekolah agaknya... Tapi arwah Abah, telah berusaha mencari kerja di kilang kertas. Kerja di situ mengikut shift. Kadang siang kadang malam... Gaji masa tu mungkin dalam RM175 sebulan dan cukuplah untuk tokok tambah apa yang patut dan kurang di samping menampung perbelanjaan sekolah kami tiga beradik. Abang saya dapat tempat di MRSM yang di tanggung penuh oleh kerajaan manakala saya dan adik saya ke sekolah menengah di Johor Bahru.

Disekolah kami tiap-tiap hari bawa bekal kerana belanja sekolah hanya dalam RM1 saja sehari jadi kenalah berjimat. Tambang bas 60 sen pergi dan balik dan selebihnya duit belanja. Itu pun kena jalan kaki lebih kurang dalam 2 km untuk mendapatkan bas untuk pergi dan balik sekolah. Kadang masa di sekolah tu tengok aje kawan-kawan berbelanja dan masa rehat saya akan cari tempat di bawah pokok di kawasan untuk memakan bekal yang di bawa kerana malu makan di kantin, lagi pun tak nak rasa terliur dengan makanan orang lain yang di beli di kantin. Selalunya kalau dah terlalu lapar bila balik sekolah, saya akan pergi ke rumah Datuk saya yang berdekatan dengan sekolah. Di situ memanglah saya buat muka tak malu makan kenyang-kenyang sebelum pulang kerumah.

Masa sekolah pun kena la belajar sendiri nak pergi tuition pun tak mampu Cuma masa tingkatan 4 aje pergi tuition additional mathematics kerana test asyik merah saja. Nak minta arwah Abah pergi tuition pun kena leter panjang kerana nak duit bayar tuition. Tapi saya jawab saya memang tak faham pelajaran tu. Akhirnya arwah Abah akur dengan permintaan saya tapi saya terpaksa pindah ke rumah arwah kakak saya kerana tempat tuition tu jauh dari rumah saya. Dan untuk ke tempat tuition tu pulak jaraknya dekat 5 kilometer dan saya pergi menaiki basikal dan terpaksa mengharungi bukit, sungai dan landasan keretapi. Tapi dengan keperihan dan kesusahan tu saya berazam untuk bukitkan yang saya nak berjaya dan Alhamdulillah keputusan yang merah telah kembali hijau.

Kembali kepada cerita arwah Abah, dari kilang kertas arwah Abah bertukar kerja ke kilang plastic kepunyaan syarikat Jepun sebagai Jaga. Alhamdulillah gaji di situ lumayan sedikit di bandingkan di kilang kertas kepunyaan Taukeh Cina. Saya masih ingat lagi kadang-kadang kami terpaksa hantar makanan kepada arwah Abah yang terpaksa kerja di shift malam. Masa tu saya asyik merungut kerana asyik saya aje yang kena hantar ke kilang merentasi ladang getah. Adik dan abang; Mak tak suruh tapi kerana selalu sangat saya merungut; Mak pernah berkata “Abah kau tu berkerja kerana nak menyekolahkan kau, kalau nak harapkan pecen Abah kau tak sekolah la engkau… Tak kan nasi dia pun kau tak nak hantar..” Lepas Mak cakap macam tu saya tidak lagi membantah dan akur setiap kali Mak suruh. Dan selalunya bila bertemu Arwah Abah di kilang selalu Abah akan tersenyum bila lihat saya datang menghantar makanan dan memberikan saya gula-gula atau biskut untuk saya makan dalam perjalanan pulang.

Pernah lepas peperiksaan SPM; sementara menunggu keputusan, saya berkerja di kilang arwah Abah sebagai buruh. Memanglah penat kerja sebagai buruh, lagipun saya ni tak biasa kerja berat dan paling tak tahan kerja di kilang tu bila kena marah dengan penyelia. Di situ saya belajar bertapa susahnya untuk nak dapat duit dan selama bekerja di situ saya berazam untuk memperbaiki hidup saya dan tidak mau kerja menjadi buruh lagi. Pengalaman selama 3 bulan cukup memberi kesan pada diri saya, saya kena erti persahabatan dan hidup golongan bawahan yang majoritinya melayu.

Mengenang kembali kisah itu, saya sedar dari hasil titik peluh itulah dan pergorbanan arwah Abah, saya sampai berjaya masuk Politeknik, Uitm dan Universiti di United Kingdom.

Dan sekarang bila dah jadi bapa, baru la saya tau macam mana hidup dan tanggung jawab sebagai Bapa. Setiap usaha dan titik peluh hanya lah untuk keluarga dan anak-anak. Agar anak-anak berjaya dalam hidup agar setiap keperluan anak-anak dapat di penuhi dan nasihat saya pada anak-anak patuhi la perintah ibu dan bapa kerana segala perintah mereka adalah untuk kebaikkan dan kesenangan kita di kemudian hari. Janganla banyak complain bila di suruh buat itu dan ini; jangan la sakiti hati mereka kerana apa saja perintah mereka adalah proses pembelajaran untuk kita. Kerana jika kita buat setiap perintah mereka dengan jujur tulus dan ikhlas insyallah hidup kita akan lebih berkat.

Alhamdulillah mungkin dengan berkat akur dengan perintah ibubapa saya lah, saya berada di mana saya sekarang. Saya amat-amat bersyukur kepada kedua ibu bapa saya yang telah membesarkan saya, menyekolahkan saya dan mendidik saya hingga berjaya….Thank you Dad..( Moga allah cucuri rahmat pada roh Abah) and Thank you Mom for being such a patience person and gave us good guidance ( Moga allah panjangkan umur bonda tersayang).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com