Monday, April 6, 2009

Back to Square One

Jumaat lalu, saya hantar orang rumah ke airport setelah bercuti di Doha selama 2 minggu. Enjoy juga bila ada orang tolong masak tiap kali balik pejabat. Rasa terurus diri ini. Main order je la nak makan apa. Laksa Johor, Soto.. ehmm sedap dan cookies favourite quaker oats.

Tapi kesian tak sempat nak bawa dia jalan rata-rata kerana tiap kali nak jalan hujan. Lebat pulak tu macam kat Malaysia. Siap guruh lagi. Mungkin berkat orang Malaysia agaknya... Tapi sempat la bawa dia pergi tengok kedai-kedai yang saya selalu pergi barang-barangan dapur, Souq Waqif, kedai jual pokok-pokok bunga ( hai biasa la saya kalau tak de pokok cam tak sempurna) Sekarang ni dah penuh gak la pokok kat balcony, tinggal tunggu dia tumbuh dan besar.

Itula dah berjauhan begini dan bila jumpa sesekali cam ni, rasa macam di alam percintaan pulak.. Boleh la nanti buat filem Kisah Percintaan Dua Benua... Ni nak kena cari Erma Fatimah ni suruh dia buat shooting kat Doha...

Dah sekarang saya back to square one... pagi makan roti sapu butter dan jem, tengah hari makan kat kedai... malam ikut mood dan weekend baru masak.... Hmm nak cari chef la masak hari-hari atau hujung minggu... Ingat nak belajar masak la balik....

1 comment:

mamadou said...

Assalamualaikum

Thats Fact of travellers, always back to square one

Anyway, good luck to you as you able to have your wife visits....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com