Thursday, April 16, 2009

Layang-layang Putus Tali and My Trip to Tioman with Kak Mas & The Geng





Sambil melayar lagu-lagu di Youtube.. Saya terjumpa lagu ni dari Alleycats yang memberi 1001 nostalgia bagi diri saya. Memang setiap lagu-lagu Alleycat kena pada diri dan jiwa saya. Saya menyingkap kembali kenangan masa lagu tu mula-mula dikeluarkan.....

Masa tu saya memang frust habis kerana baru di buang kerja dek kegawatan ekonomi.. Dalam kebuntuan dan kekusutan fikiran saya terpaksa pasrah dengan suratan takdir. Untuk mengisi masa lapang dan diri yang terasa kosong dek mendapat title Penganggur, saya telah menerima pelawaan abang saya yang ketika itu mengajar di UTM untuk pergi ke Tioman bersama-sama student-student dia. Saya kata kalau dia sponsor no problem. Mak pula kata; "Engkau ni Dan manja kan sangat student-student kau bawa jalan sana-sini. Bila masa dia orang nak belajar?". Begitu la angappan orang tua...

So kami bertolak dari Johor ke Mersing dengan menaiki bas. Sesampai di jeti Mersing kami menunggu bot nelayan yang di tempah untuk ke Tioman. Masa tu jam 3 pagi. Suasana sunyi sepi dek keheningan malam memberi ketenteraman pada jiwa saya yang dalam kekusutan. Dan di sepanjang perjalanan dalam bas dan juga di atas bot, saya mengulang-gulang mendengar lagu Alleycats tu dengan walkman saya, fasal masa itu saya masih belum mengenali student2 abang saya. Di atas bot, saya berbaring dan hanya memandang ke arah langit yang gelap gulita dengan hanya bunyi bot dan lagu Alleycats ... Di benak fikiran saya masih memikirkan kemanakah arah hidup saya seterusnya yang tiada kerja dan menganggur seolah-olah seperti Layang-layang terputus talinya...

Anyway untuk tak nak spoil the trip, saya lupakan masaalah diri sementara dan cuba enjoy. Dulunya, saya memang pemalu orang nya... Lebih-lebih lagi dengan orang yang tak saya kenal tapi bila dah kenal terover la pulak ramahnya. So dalam ramai-ramai student abang saya tu. Kak Mas la yang paling senior, so she break the ice nak pinjam kaset. Dia siap kata, "kau ni tak de lagu lain ke Mad asyik2 Alleycats dari atas bas sampai atas bot...". Dari dari situ kami mula bersuai kenal dengan Kak Mas dan geng-geng lain. Setelah mengenali mereka, mereka berkata. "ENgkau ni Mad berlainan dari Abang kau". Hai entahlah apa yang lain nya...

Well banyak kenangan manis masa di Tioman, dapat kawan baru dengan pantai yang indah dan suasana yang penuh menceriakan. Lupa segala masaalah buat sementara.

Balik dari Tioman saya seolah-olah mendapat semangat dan azam baru, agar terus mengejar kejayaan hingga berjaya.... Selepas trip ke Tioman saya sering ke UTM tempat abang saya mengajar dan bertemu dengan kawan-kawan baru Noraida, Kak Mas, Nor, Chik dan Yatie. Kadang-kadang jeles juga tengok orang-orang ke menara gading. Masa di UTM tu sementara menunggu kawan-kawan baru habis kelas, saya tolong jaga anak Kak Mas. Maklumlah penganggur, dan yang paling best sekali mereka akan upah saya dengan masak cekodok dan karipap. Hai entah la apa cerita Zaid sekarang anak Kak Mas yang saya jaga dulu tu, dah besar agaknya.

Di pendekkan cerita, dengan berkat kesabaran saya dan ketabahan mengharungi ujian allah; tak beberapa lama selepas itu, saya telah berjaya mendapat tempat dan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Syukur alhamadulillah allah maha kaya dek kesabaran dan kegigihan saya dapat juga melanjutkan pelajaran ke UK didalam bidang Kejuruteraan Awam dan akhirnya berjaya... Syukur alhamdulillah.. Itu la sedikit kisah saya yang menjadi kenangan terindah dalam hidup saya. Thank You Dan for being such a Caring Brother, Kak Mas and the Geng for enlighten my life when I was down. May Allah bless you all. Amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com