Sunday, April 26, 2009

The coming of Mahadi

Selalunya setiap jumaat saya pergi ke mesjid yang berdekatan dengan apartment saya. Tapi semenjak 2 minggu yang lalu saya telah pergi menunaikan fardu jumaat di Al Fanar. Satu-satunya mesjid di Doha yang saya tahu membaca khutbah daalam bahasa Inggeris.

Setiap kalau imam berkhutbah sure tak akan mengantuk kerana topik khutbah amat menarik. Tajuk khutbah minggu lepas ialah mengenai Dajjal, Nabi Isa di turunkan, Hajuj & Makjuj. Imam menerangkan yang dajal mempunyai mata satu, rambut wavy dan fair complexion. Dia akan cuba menyesatkan manusia dan kehadirannya hanyalah 40 hari. Tapi hari pertama seumpama setahun, hari kedua seumpama sebulan, hari ketiga seumpaya seminggu dan hari berikutnya seperti hari-hari biasa. Imam memberi perumpamaan yang dajal akan berada di seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata dan hanya dua tempat yang dajal tak boleh masuk ialah Mekkah dan Madinah. Dajjal akan memperdayakan manusia dengan menyuruh mereka meminum satu dari dua anak sungai satu yang jernih dan satu lagi yang berapi. Maka menurut imam berkata kejamlah mata dan minum la dari sungai yang berapi. Maka tatkala kamu minum kamu akan merasa kesejukan air seta kemanisannya. Begitulah Dajjal memperdaya manusia. Imam berkata makan orang-orang mukmin masa itu hanya la dengan zikrullah.. Subhanallah, Alhamdulillah, Wa la illa ha illah. Dan Dajal akan mempunyai pengikut sebanyak 70,000 orang yahudi. Dan lantas Nabi Isa akan di turunkan di Damascus untuk membunuh Dajjal dan Dajjal di bunuh di Palestine. Nabi Isa akan hidup sehingga lebih kurang 40 tahun untuk mengajar manusia untuk kembali ke ajaran islam. Begitu la serba sedikit khutbah Jumaat minggu lalu. Imam memesan agar kita menceritakan kepada anak-anak kita kerana kita tidak tahu samada ianya akan berlaku pada masa kita, masa anak-anak kita atau anak cucu cicit kita. Agar kita bersedia dan tidak terjurus dan terpedaya dengan tipudaya Dajjal. Moga kita dapat mengambil iktibar dari kisah ini dan sampaikan pada yang lain agar kita beroleh munafaat. Segala yang baik itu dari allah dan yang kurang itu adalah kelemahan diri saya sendiri.



















3 comments:

Mr Final said...

Salam..

bro, kalo rase berminat tonton laa siri Dokumentari "The Arrival" sangat mengejut dan mengujakan boleh tgk separuh2 kat youtube x pun terus je ke laman webnyer...

http://wakeupproject.com/

Fairul said...

The best thing kalo solat jumaat kt fanar is right after the solat itself..ada sesi soal jawab with the khatib...ur post reminds me that berbulan dah x singgah ke fanaar..

cool blog bro :)

shat mashuri said...

xtau la dh ade ke blum.. tp rse mcm dh dekat je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com