Sunday, January 13, 2008

Trip ke Kota Kinabalu








Trip ke KK kali ini memang telah di rancang beberapa bulan lebih awal untuk mengambil kesempatan harga tambang murah RM8 tapi total cost campur tax dsb menjadi RM165. Perjalanan kali ni saya berkesempatan pergi bersama suri saya. Last year kami pergi ke Bangkok dan kali ni ke KK pula. Just wanna treat her and give her some time off... walaupun pada mula nya kami hampir-hampir nak cancel trip kerana tak de sesiapa yang boleh jadi anak-anak. Mujur la ada jiran yang bertimbang rasa yang sudi menjaga dan menghantar anak-anak kami kesekolah.

Kami menyewa di Promenade Apartment. Walaupun tempat penginapan kami biase saja tapi nyenayk gak tidur. Hari pertama kami pergi ke Pulau Sapi, tak berapa jauh dari bandar KK. Kami menaiki bot dari Tanjung Arudan tempat amat menarik berbandingkan Pulau Manukan yang pernah saya lawati sebelum ini. Coral dan ikan-ikannya menarik tapi masih tak boleh lawan Pulau Tioman. Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, rasa tak puas nak snorkelling kerana hari hujan dan kami terpaksa balik ragu-ragu kalau hujan terlalu lebih kami mungkin tak boleh balik langsung.

Sebelah petang pula, kami menyewa kereta supaya mudah untuk kami bergerak. Malam tu kami pergi ke Gayang Seafood Resturant. Tempatnya agak jauh dari bandar KK.. Wah sedap betul masakan dia dan seafood ni fresh betul. Berbaloi rasanya travel jauh-jauh.

Keesokkan harinya saya ke Pasar Filipino untuk membeli oleh-oleh seperti mutiara, crystal dan tak lupa ikan bilis dan udang kering. Macamlah kat semanajung tak de kan..

Di sebelah petangnya saya pergi berenang di Stadium Likas. So far this is the best pool that I have been. Covered swimming pool dan ramai juga lihat anak-anak yang belajar swimming yang bakal menjadi ahli perenang negara.

Di sebelah malamnya pula kami pergi ke Tanjung Aru dan makan malam di sana sampai melihat sun set. Intersting.

Akhirnya pada hari ketiga kami ke swimming pool likas sekali lagi dan terus ke Wetland kayu bakau untuk lihat burung-burung.

Walaupun masanya singkat saya rasa cukup puas hati dalam trip kami kali ni....




3 comments:

Unknown said...

sakan nampak berjalan..
hehe...nie yg wat x sabar nak g Sabah nie..

Anonymous said...

apa yang direnungkan....
hingga tak berkelip mata dan fokuskan pada camera jer...
anyway.... gambar separuh jer..kan lebih elok lah penuh dari atas sampai ke kaki..ehhehheh

Mohamad said...

tu la bile dah berjalan tu biarlah sakan.. dan bagi menjawab kaki renang, tu la teknik2 phtotgraphy yg baru di pelajari . Apa macam makan gambar tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com