Thursday, January 24, 2008

Kerjaya dan Anda Part 2- Interview Bersama IT Programmer, Nabiel dari Indonesia

Alhamdulillah setelah berjaya memulakan article tentang kerjaya minggu lepas, minggu ini dapat saya teruskan my sharing of knowledge dengan adik-adik yang masih di bangku sekolah tentang kerjaya apa yang sesuai di ceburi setelah tamat persekolahan.

Minggu ini saya rasa amat bertuah kerana dapat menemu-ramah seorang IT programmer dari negara jiran Indonesia, Nabiel Baawad. Nabiel seorang jejaka berdarah Arab telah di lahirkan di Amsterdam, Holland kerana menuruti kedua ibubapanya kedua-duanya rakyat Indonesia yang pada ketika itu berkerja dengan Persatuan Palang Merah bagi mengendalikan bahan-bahan perubatan untuk negara-negara yang memerlukan. Beliau adalah anak sulung dari 4 orang adik beradik. Beliau pulang ke kampung halamannya di Jemer, Jawa timur, Indonesia ketika usia beliau 7 tahun dan mulala beliau menjalani alam persekolahan seperti anak Indonesia yang lain.

Memang sedari kecil beliau amat berminat dalam bidang pengkomputeran and bercita-cita menjadi seorang Jurutera dalam Bidang IT. Beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di Sekolah Tinggi Informatika dan Komputer di Kota Malang, Jawa Timur, Indonesia. Semasa di Kolej beliau amat berminat dalam sukan basket ball dan telah berjaya memenangi beberapa pertandingan semasa di Kolej. Impian beliau menjadi keyataan apabila beliau berjaya membawa pulang segulung ijazah dalam bidang IT setelah 4 tahun pengajian. Berbekal kan ilmu yang ada , beliau telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang Jurutera IT di sebuah firma swasta di kota metropolitan Jakarta. Kerana bidang yang beliau ceburi amat beliau minati, ada ketikanya beliau terpaksa bekerja selama lebih dari 8 jam untuk menyiapkan kerja-kerja penting terutamanya apabila menyiapkan kerja untuk klien minyak yang besar. Tetapi kerana keseronokan kerja , semuanya kerja keras dan lebih masa itu telah menjadi biasa malah lebih menambahkan semangat beliau untuk menjadi lebih baik dan cemerlang.


Di masa lapang beliau banyak menghabiskan masa dengan hobi beliau yang berminat dengan sukan motosikal. Beliau kerap ke gelangang motosikal di Kota Jakarta di hujung minggu bersama-sama rakan-rakan seangkatan. Beliau juga mengimpikan untuk menubuhkan sebuah syarikat dalam membaik puih motosikal yang rosak.

Tetapi semuanya itu memerlukan modal. Memandangkan hidup di kota metropolitan seperti Jakarta amat mencabar, beliau terpaksa membuat beberapa kerja part-time untuk menyara hidup dan sebagai modal untuk membuka syarikat akan beliau tubuhkan satu hari nanti. Beliau juga ada berkecimpung dalam perniagaan melalui internet melalui iklan. Beliau juga sedang berusaha untuk mencuba nasib untuk bekerja di negara asal-usul nya iaitu di timur tengah. Moga suatu hari ianya akan menjadi kenyataan.

Bagi yang berminat untuk berkenal dengan lebih rapat dan bertukar-tukar pendapat tentang kerjaya dan minat Nabiel, boleh la hubungi beliau di websitenya Ninja Cyber Community atau Friendster.

Akhir kata saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana Nabiel kerana sudi bertemu ramah untuk keluaran Kerjaya dan Anda di Blog saya minggu. Moga dengan pengkonsian ini dapat para blogger yang singgah mengambil iktibar dan membakar semangat untuk berusaha dengan lebih gigih mengejar impian sehinggala ianya menjadi kenyaatan. Doa saya agar saudara Nabiel tetap fokus dan gigih mengejar cita-cita yang di impikan.

Di sini juga saya ingin berkongsi gambar-gambar beliau untuk tatapan blogger di ruangan ini.







Jika ade yang berminat untuk saya paparkan tentang kerjaya anda di Blog saya just leave a message dalam my chat box de sebelah kanan bawah dan insyallah saya akan hubungi anda. Terima Kasih again.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com