Wednesday, January 9, 2008

Wajah Baru Blog di Tahun Baru












Assalamualaikum Semua, Salam Maal Hijrah moga tahun baru ini membawa kita ke suatu perjalanan yang bermakna dalam hidup kita. Bagi saya penulisan blog ni adalah perjalan baru dalam hidup saya. Kalau saya singkap dulu, saya memang kurang arif tentang bloging ni sampai kadang-kala iris melihat sahabat-sahabat blog yang ade blog yang cantik dan menarik.

Dengan Azam dan tekad serta bantuan dari teman-teman makna lahir blog saya yang pertama iaitu Facts of Life atau Erti Sebuah kehidupan. Walaupun blog saya agak simple pada mulanya, saya tidak putus asa untuk menghasilkan bolg yang melambangkan diri saya, my interest and hobbies. Warna Biru dan Hijau adalah warna-warna kegemaran saya dan secara kebetulan warna logo syarikat saya juga berwarna Biru dan Hijau mungkin di sebabkan itu saya amat serasi dengan syarikat ini dimana saya telah berkhidmat selama 14 tahun...

Sebagai header saya mengunakan kombinasi bulu merak kerana ianya mempunyai warna yang amat menarik. My first encounter dengan burong merak ialah semasa saya dalam perjalanan dari Karachi ke Rawalpindi. They live wild in the desert of Pakistan. Pernah saya bercita-cita untuk menternak burong merak semasa di Ipoh tetapi ianya memerlukan sebuah kawasan yang besar. Mungkin satu hari nanti segala impian itu menjadi kenyataan.

Moga tahun baru ini suatu titik permulaan untuk saya menrancang insan yang dapat memberi munfaat pada diri, keluarga dan masyarakat. Salam Maal Hijrah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com