Thursday, January 17, 2008

Kerjaya dan Anda Part 1- Interview Esklusif Besama Seorang Pramugara

Sejak berkecimpung dalam bidang menulis Blog ni saya senantiasa cuba mencari satu kelainan. Di dalam Blog saya ini, saya banyak menceritakan tentang kehidupan yang berkisar dari persahabatan, kerjaya, hobi, aktiviti dan perlbagai perkara yang kita buat setiap hari. Belum selesai saya menghabiskan cerita tentang diri dan hidup saya, saya cuba membuat suatu kelainan dengan bercerita tentang kerjaya. Maksud saya ialah mempapar kerjaya individu di Blog saya.

Kerjaya yang mengisi ruangan Kerjaya dan Anda ini pada episod pertama ini ialah Kerjaya Pramugara dan Jejaka bertuah yang sempat saya temui serta bertemu bual ialah Syam yang berasal dari Tapah, Perak yang kini menetap di Bangi, Selangor. Selepas tamat persekolahan di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Uitm, Shah Alam dalam bidang pentadbiran. Walaupun semasa kecilnya beliau lebih berminat menjadi Polis untuk menjaga ketenteram negara katanya tapi semuanya tu berubah setelah dewasa.

Berasaskan segulung Diploma dalam bidang pentadbiran itu, beliau pada mulanya mencuba nasib dan menceburi bidang perniagaan di sebuah syarikat di KL sebaik sahaja tamat pengajian. Mungkin kerana minat beliau yang suka melancong dan impian beliau untuk keluar negara, beliau telah mencuba nasib dengan menghadiri temuduga terbuka MAS sebagai seorang pramugara. Alhamdulillah apa yang beliau idamkan menjadi kenyataan dan saat yang beliau tidak boleh lupakan di kala penerbangan sulong beliau iaitu perjalanan dari KL ke Ipoh. Itu lah saat yang bersejarah yang penuh nostalgia... seolah-olah mengingatkan beliau setinggi mana kita di udara... tanah tumpah darah masih tersemat di kalbu. ( Macam Resmi penyu ek...tau di mana tempat dia di lahirkan).

Semasa berkerja, beliau bukan saja berpeluang menjelajah seluruh tanah air bah kan ke luar negara seperti USA, Europe, Afrika Selatan dll. Memandangkan tugas beliau dengan MAS adalah dalam terma kontrak, beliau terpaksa meninggalkan MAS lebih setahun yang lalu. Beliau tidak pernah putus asa dan telah mencuba nasib dalam bidang perbankan. Allah maha kaya dan mungkin rezeki di pihak beliau, pengurusan MAS telah menawarkan kerjaya yang sama dalam terma tetap baru-baru ini. Sekarang ini beliau sedang sibuk menjalani ujian kelayakan sebagai prosedur untuk memulakan kembali kerjaya sebagai Pramugara.

Syabas Syam moga anda suksess dalam masa depan. Nasihat saya sejauh mana kita pergi dan setinggi mana kita berada, ingatlah asal usul budaya kita. Kenanglah jasa orang tua. Moga niat dan cita-cita murni anda untuk menghantar orang tuanya ke Mekkah untuk menunaikan Fardu Haji menjadi kenyataan. Amin...

Syam sempat juga berkongsi gambar-gambar semasa beliau di luar negara untuk tatapan blogger saya dan saya ingin dendangkan lagu kegemaran beliau Lagu No promises dari Shyane Ward.

(Click Play di You tube ni tapi jangan lupa to pause my main music kat esnips di kotak belah kanan)




Rome


Paris


Paris


Auckland





South Africa


Di Blue Mosque, Istanbul, Turki


London

Jadi jika anda dia luar sana ingin temu ramah saya dan ini saya paparkan kerjaya anda di blog saya ni, tinggalkan maklumat anda di chat box di bawah dan saya akan menghubungi anda. Segala pertanyaan tentang kerjaya ini boleh la masukkan ke ruang komen bagi post ini. Perhaps, Syam boleh memberikan balasanya kalau ade yg saya tak boleh jawab. So ape komen anda?

Again Thank you Syam kerana sudi di temu ramah dan sudi menghiasi ruang blog saya ni.



2 comments:

Anonymous said...

Salam!
3rd pic tu sebenarnya kat London... 1st time ke sana... x byk gambar di London.. sbb sebenarnya sy jenis x gemar bergambar...heheheh

fariz said...

hye abang,skrg adek berumo 17 tahun..bulan 7 ini baru masuk 18 tahun.adek bercita2 hendak menjadi pramugara suatu hari nanti tapi adek tidak tahu kemana adek harus tuju.bidang aper yg perlu adek amek untuk melayakkan adek menjadi pramugara suatu hari nanti.jika abg xkesah.abg bole amek no hp adek.
017-7866307..atpown email adek kentj_astinger@yahoo.com
adek pelu taw smue tntg bidg pramugara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com