Sunday, March 9, 2008

Keputusan Pilihanraya Malaysia 2008


Keputusan Piliharaya kali seolah-olah suatu tsunami politik yang amat mengejutkan semua. Walaupun BN di beri mandat memegang tampuk kerajaan, Parti BN telah gagal untuk memperolehi majority di DUN untuk mentadbir negeri dan telah tewas di lima buah negeri iaitu Penang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan.

Anda boleh layari keputusan di SPR atau bernama di Bernama.

Ini memberi suatu cabaran kepada tampuk pemerintahan untuk lebih telus di dalam pemtadbiran dan menyelesaikan segala isu-isu berbangkit. Mungkin kali ini rakyat benar-benar mengunakan hak mereka untuk memilih wakil mereka yang di fikir boleh memyuarakan segala ketidak puasan mereka. Banyak isu-isu berbangkit dari kenaikkan harga barang dan rakyat rasakan tidak di tangani secara bijak.

Ramai tokoh-tokoh politik besar yang telah tewas termasuk S Samy Vellu, Tan Sri Koh Su Kon, M Kaveas. Mungkin rakyat ingin melihat darah-darah muda yang lebih bertenaga untuk membela mereka di zaman yang serba canggih dan mencabar ini. Isu kenaikkan harga minyak, tol dan kenaikkan harga barang amat ketara. Lebih menyedihkan rakyat terpaksa menghadapi semuanya itu dengan tabah walau hidup menjadi menjadi lebih sempit untuk menyara hidup keluarga.

Dengan keputusan ini, tampuk memerintahan perlu mencari formula yang terbaik untuk mentadbir negara dengan sebaik-baiknya agar negara ini akan lebih terus di hormati di seluruh dunia. Terasa negara kita yang pernah di gelar 'Asian Tiger' seolah-olah telah hilang taringnya. Sesuatu yang drastik perlu di lakukan bukan saja untuk memberi keyakinan semula rakyat tetapi juga dapat mengembalikan semula maruah kita sebagai sebuah negara membangun contoh.

Akhirkata setiap parti-parti politik yang telah di beri tanggung jawab oleh rakyat perlu duduk semeja dan berbincang tentang apa yang terbaik di lakukan untuk negara untuk tempuh masa lima tahun akan datang agar hasrat wawasan 2020 masih tetap dapat di kecapi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com