Sunday, March 9, 2008

International Business Scam - Satu Pesanan Penting Untuk Semua

Baru-baru ini saya telah di tegur oleh sesorang melalui Skype yang ingin berkenalan dengan saya yang berasal dari United Kingdom. Secara lumrahnya saya memang bersikap keterbukaan bagi sesiapa yang ingin mengenali saya baik dari dalam maupun di luar negara. Jadi saya terima dia seadanya.

Pada mulanya perbualan dan perbincangan kami adalah perbincangan biasa yang terdiri dari soal-soal semasa dan perbualan biasa. Lama kelamaan perbincangan kami berkisar pula ke arah perniagaan. Memang saya telah lama ingin mengusahakan perniagaan sendiri , dah banyak buku di baca tapi impian itu masih belum menjadi kenyataan disebabkan oleh tiada modal untuk memulakan perniagaan. Ada juga terfikir untuk mencuba nasib ke luar negara tapi bila terfikir terpaksa berjauhan dan keluarga serta anak-anak yang masih kecil, terasa berat hati ini untuk meninggalkan mereka.

Jadi di pendekan cerita, sahabat baru saya ni mengesyorkan agar saya menjadi orang tengah untuk perniagaan dia sekarang. Untuk meyakinkan saya, dia telah memberi website syarikatnya
OFFSHORE SOLID MINERALS LIMITED INT'L. Tanpa apa-apa syak pada mulanya dia pun memberi formula untuk perniagaan ini. Dia mengatakan dia adalah pengarah syarikatnya dan syarikatnya memerlukan sejenis bahan untuk membersihkan Berlian yang bernama Hamlin Oxide dan bahan ini boleh di dapati dengan murah di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Dia mengatakan bahan tersebut berharga 6,000 pound sterling di UK tetapi di Malaysia ianya hanya berharga USD 4,300. Dia mengatakan yang dia telah berbincang dengan syarikatnya yang dia boleh membeli bahan tersebut dengan harga 4,000 pound sterling dan syarikatnya telah bersetuju untuk membeli bahan tersebut dengan harga tersebut. Dia mengesyorkan saya menjadi orang tengah pembelian bahan tersebut dan keuntungan di kongsi 30%/70%. 30% untuk dia dan 70% untuk saya. Dia juga mengatakan dia memerlukan 100 carton sebulan dan bila saya mengira keuntungannya lebih kurang RM1 juta sebulan. Dia menambah yang dia akan menghantar wakil dari syarikatnya dan membayar secara tunai untuk membeli bahan tersebut.

Di fikiran saya mula la terfikir mungkin segala impian saya selama ini akan tercapai. Untuk membeli rumah, kereta idaman, memberi persekolahan terbaik untuk anak-anak, memulakan perniagaan dan membantu orang seperti Donald Trump bila telah berjaya...

Saya telah di suruh untuk menghubungi agent penjualan bahan tersebut di Malaysia. Walaupun sukar untuk menghubungi beliau, saya akhirnya dapat menghubungi beliau. Saya telah berbincang dengannya untuk membeli bahan tersebut. Walaubagaimanapun beliau mengatakan yang dia hanya menjual bahan tersebut dengan tunai. Puas saya berbincang agar kami boleh berniaga dan agar dia boleh menerima memberi kredit kepada saya agar boleh membuat urus niaga tersebut.

Puas saya berfikir apakah cara yang terbaik untuk berurus niaga dan pada masa yang sama saya mula syak tentang perniagaan ini secara keseluruhanya. Pelbagai persoalan di fikiran saya timbul. Adakah perniagaan ini legal? Adakah bahan tersebut bahan terlarang atau mungkin dadah? Adakah modes operandi yang sama di gunakan oleh golongan ini untuk memperdaya warga Malaysia sehingga mereka di penjara dan di beri hukuan mati di luar negara? Di manakah saya boleh merujuk untuk mengetahui bahawa urus niaga ini sah? Bagaimanakan wakil syarikat tersebut boleh membuat masuk duit berjuta dollar kerana ada had yang di tetapkan oleh pihak immigrasen untuk membawa masuk wang tunai? Bagaimana saya nak uruskan perniagaan ini dengan tunai? kerana jika benar, Bagaimana saya nak bawa duit yang berjuta-juta itu ke sana sini untuk membayar bahan tersebut pada agent di Malaysia dan kemudian membawa ke bank untuk peyimpanan? Bagaimana saya nak bank-in duit yang berjuta-juta tu? kerana mungkin pihak bank akan mengesyaki sesuatu... Mungkin kah setelah membuat urus niaga tersebut dan memberi saya wang tunai tersebut kepada saya ada pula orang yang menanti untuk merompak saya...

Macam-macam yang saya fikir, termasuk kalaulah perniagaan ini salah di sisi undang-undang dan saya di tangkap, bagaimanakah pula nasib keluarga saya yang masih membesar dan memperlukan kasih sayang dan tanggungan saya. Di dalam kebingungan ini saya bertanya abang saya yang ada perniagaan sendiri dan nasihatnya, " There is no easy way to get rich. It won't happen overnight. It takes a lot of hard work...". Dia tidak setuju dengan tindakan saya untuk berurus niaga cara itu tetapi dia juga berkata mungkin itu rezeki saya. Bagi saya, saya terima semuanya ini secara terbuka dan positif.

Akhirnya, saya menghubungi semula rakan saya di UK untuk mengesyorkan kepadanya agar dia sendiri datang ke sini untuk membuat urusniaga tersebut untuk membuat pembelian bahan tersebut atau membayar harga bahan tersebut untuk saya membuat pembelian bagi pihak syarikat beliau tetapi beliau membuat pelbagai helah untuk tidak ke sini. Ini membuat saya ada syak tentang ketulusan dan keikhlasan beliau.

Akhirnya saya membuat keputusan bersolat istikarah dan meminta petunjuk dari Allah. Dari penganalisaan saya, saya boleh rumuskan seperti berikut:-

  1. Bila saya menyiasat, dari permulaan chat kami lagi, dia telah mula membuat penyiasatan tentang diri saya sebelum mengesyorkan agar sayalah orangnya yang hendak di gunakan untuk membuat perniagaan itu.
  2. Saya ada meminta nasihat dari seorang sahabat yang mahir tentang internet, websitenya ada sesuatu yang tak kena. Tiada title pada websitenya bila di layari dan mungkin dengan sebab itu saya tidak boleh mencari sitenya bile saya mencari di google.
  3. Saya telah beberapa kali membuat panggilan kepadanya untuk membincang perniagaan itu. Nombor talipon yang di berikan kepada saya sama dengan nombor talipon di websitenya. Dan setiap kali dialah yang mengangkat talipon tersebut. Persoalaanya, bagaimana syarikat yang besar itu tiada setiausaha?
  4. Saya juga pernah berkata kepadanya bahawa pertuturannya tidak seperti orang British dan dia menjawab dia berasal dari France dan ibu bapanya adalah orang Perancis. Saya pun bertutur dengan bahasa Perancis tetapi dia berkata dia tidak boleh bertutur bahasa itu. Ini adalah mustahil dan tidak boleh di terima akal. Ini membuat saya lebih curiga. Bagi saya dia mungkin bangsa Africa dari segi pertuturannya.
  5. Saya bertanya bagaimana dia nak membawa masuk wang tunai keran ada had untuk membawa masuk wang tunai. Dia berkata syarikatnya ada political connection untuk membawa masuk wang secara tunai. Ini mencurigakan, sedang kan Muhammad Taib dulu kena tahan di Australia dan ada beberapa kes yang saya tahu yang ada orang yang di tahan kerana tidak declare yang dia membawa masuk wang tunai. Ini sesuatu yang amat mencurigakan.
  6. Saya bertanya, bagaimana saya tahu bahan yang di jual itu Hamlin Oxide. Dia berkata saya tidak perlu buka kotak dan bungkusan itu kerana dia pasti agent di Malaysia memang menghasilkan bahan tersebut. Saya bertanya lagi ada apa-apa ujikaji ke untuk hendak menguji bahan tersebut. Dia kata tak perlu. Ini mencurigakan.
  7. Apabila di beri nombor agent di Malaysia tetapi amat sukar untuk mendapatkannya. Selalunya pergi ke voice message dan akhirnya saya di beri nombor talipon yang lain. Saya hanya boleh berhubung dengan dia di waktu malam.
  8. Dari perbualan saya dengan agent di Malaysia, saya telah meminta catalog tentang product dia itu dan sample tetapi dia berkata dia tak boleh beri kerana nanti saya menutup periuk nasi dia. Dia berkata dia mendapat supply itu dari Bangkok walaupun bahan tersebut itu dari Korea Utara.
  9. Kerana sukar untuk menghubungi beliau, saya meminta email dia tetapi dia berkata dia jarang membuka emialnya. Saya bertanya lagi di manakah dia supply bahan tersebut dan dia berkata ke Pakistan, India dsb. Saya heran bagaimana dia berurus niaga berjut-juta ringgit juga sukar di hubungi?
  10. Dan lagi jika dia tidak bersungguh-sungguh bila saya nyatakan yang saya mungkin nak membuat perniagaan itu tiap-tiap bulan. Dia seolah-olah tidak excited langsung dengan pelawaan saya itu dan tidak berapa interested to make things work. Ini mencurigakan.
  11. Saya juga heran mengapa dia, sebagai pengarah syarikat, beliau tidak berupaya memberitahu pihak pengurusan untuk membuat urusniga itu dengan saya jika perniagaan itu membawa keuntungan syarikat.
  12. Dia sebalik mengesyorkan agar saya membeli berapa saja jumlah bahan tersebut atas apea yang saya mampu walaupun saya berkata kepadanya saya tidak mampu. Saya rasa jika sekiranya dia bersungguh-sungguh untuk membeli bahan tersebut, dia sepatutnya bersetuju untuk memberi advance untuk membuat urusniaga tersebut.
  13. Bila saya memberi kata dua dia terus tidak menghubungi saya. Mungkin dia tahu usaha dia memperdaya telah gagal....
Akhirnya setelah solat istikarah dan pengalisaan di atas, yang telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan urus niaga tersebut. Rumusanya berhati-hati la bila anda mendapat pelawaan untuk berniaga dari hubungan melalui internet. Buat lah kajian dengan teliti. Kadang-kadang kalau kita berfikiran pendek dan kerana desakan hidup, kita mungkin terjebak dan terpedaya seperti yang telah berlaku kepada saudara kita yang di tangkap dan di beri hukuman gantung di luar negara. Saya rasa kerajaan dan juga masyarakat perlu memberkongsi maklumat agar nasib warga kita terselamat dari di perdaya dan tali gantung. Bagi saya, saya tidak tau di mana saya perlu merujuk dan informasi ini juga kurang di perkatakan di media massa melainkan menuduh mangsa membuat kesilapan membawa dadah. I don'tthink they are stupid enough to do that. Kita perlu berkongsi agar warganegara kita yang orang lain tidak perdaya lagi. Dengan sebab inilah saya menulis blog ini agar ada sesiapa di luar sana yang mengalami peristiwa yang serupa boleh lah guna kan forum dan blog saya ini untuk berbincang. Saya harap pengalaman saya ini boleh di jadikan iktibar untuk menyelamatan warga kita di luar sana.

2 comments:

Saharul said...

Saya juga telah di hubungi oleh orang yang sama baru-baru ini. Cerita anda boleh dikatakan 100% sama dengan kes saya. Saya bersyukur kepada Allah kerana anda telah meletakkan maklumat ini di website. Jika tidak mungkin saya akan terperangkap.

Jazakalllah khair.

Anonymous said...

Thanks for your information, it helped me from wasting my time. I got the same mail.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com