Tuesday, November 3, 2009

Simpati pada mangsa kebakaran


Semalam saya menerima sms dari Abang Ipar saya di Johor memaklumkan yang adiknya Abang Ibrahim yang tinggal di Butterworth Pulau Pinang telah di timpa musibah kebakaran rumah yang beliau tinggal dan kini tinggal sehelai sepinggang. Hasrat beliau agar ada yang ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban yang di tanggung adik beliau yang kini menumpang sementara di rumah jiran-jiran.

Teringat saya masa mula-mula saya mengunjungi rumah beliau di Butterworth ketika itu lepas SRP Rata dia bawak berjalan sehingga ke Bukit Bendera. Walaupun dia setakat berkerja kilang tapi beliau mempunyai hati yang besar untuk meraikan tetamu. Tapi kini dia dah bersara dan saya boleh bayangkan dengan musibah yang berlaku adalah satu dugaan yang amat berat bagi dirinya. Moga allah memberi keinsafan kepada kita dengan membantu yang memerlukan.. Kerana Hari ini hari dia mungkin esok lusa... kita tak tau. Saya berdoa agar beliau tabah menerima dugaan ini dan jika ada yang ingin membantu dan memberi sumbang boleh la email ke saya dan saya akan memberi maklumat account Abang Ibrahim.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com