Monday, October 5, 2009

Perjumpaan dengan Menteri Dato Mustapha Mohamed Di Doha









Semalam 4 Oktober 2009, pihak kedutaan Malaysia di Doha telah menganjurkan Majlis Dialog dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Bersama-sama Ahli-ahli Perniagaan dan Professional Malaysia di Qatar yang di adakan di Hotel Holiday Villa yang di uruskan oleh syarikat Malaysia. Peluang-peluang seperti ini harus di munafaatkan agar kita peka dengan perkembangan semasa di Malaysia tentang tindakan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Malaysia. YB dalam ucapannya menyatakan hasrat kerajaan tentang One Malaysia serta rangka model untuk menaikkan taraf gaji rakyat Malaysia.

Sessi dialog itu amat menarik di mana perbagai perkara di bangkitkan seperti mempromosikan Malaysia dari segi pelaburan dari Qatar, Tourist dan memilih Malaysia sebagai rumah kedua. Ada yang meyarankan agar product makanan Malaysia harus di pasarkan di Doha agar kita tak payah lagi mengumpul stok setiap kali balik ke tanah air. Ada juga yang menyaranakan agar syarikat-syarikat di Malaysia tidak mengamalkan polisi untuk tidak mengambil balik pekerja yang telah berhenti dan bekerja di luar negara... Hai kalau usaha ini berhasil ada lah peluang untuk saya rujuk balik dengan KLCC bila tiba masanya ye....

YB Dato sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir and Personally I find YB Dato Mustapha is approachable and listen to view raised by the audience. Di harapkan usaha kerajaan untuk memartabatkan Malaysia akan berhasil insyallah. Selepas sessi dialog kami di hidangkan dengan majlis makan malam Chinese course...



1 comment:

N A Z M I E S K I said...

gambar ke 5 tu menarik. semua org pakai cermin mata. Macam 4 sekawan yang Glamor gitu. :)

Nampak macam menteri pun ade gak. Kelas gitu. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com