Friday, October 9, 2009

Open House and Visiting Rumah Malaysia

Alhamdulillah hari ini saya mendapat beberapa undangan open house sempena Hari Raya Aidil Fitri. Al maklum saja la bila tinggal berjauhan dan keluarga; kadang kala tekak ini teringin nak makan itu dan ini.

Rumah pertama selepas solat Jumaat saya mengunjungi sahabat yang pernah kerja satu pejabat semasa di KL dulu dan yang best dapat makan ketam.... Rumah kedua pula hidangan Mee Kari dan rendang dan akhir sekali dengan menemani sesorang sahabat Encik Ridzwan; kami telah mengunjungi ke rumah Duta Besar Malaysia ke Qatar di West Bay. Hai macam-macam makan hari ni dan sedap-sedap belaka semuanya. Hilang segala pantang.... Pantang jumpa. Alhamdulillah....

Semasa di kediaman Duta Besar dan dengan keizinan Datin; saya sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan kerana bukan selalu mendapat berpeluang ke Rumah Malaysia dengan hisan dalamannya yang nampak anggun, cantik dan tersusun rapi serta hiasan yang unik dan menarik. Terima Kasih Datin.




















1 comment:

siti ajar bt yaakob said...

Tahniah kerana dapat mengabadikan sketsa dunia dalam visual yang amat indah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com