Friday, October 16, 2009

Kisah Kehidupan Bagi Mereka Yang Perihatin...

Saya menerima email dari seorang sahabat lama semasa zaman bujang dulu. Walaupun dah lama tak berhubung tapi ada la bertanya khabar dari sahabat yang lain. Sejak dia berkahwin saya terus lost contact... sehingga hari ini saya dapat email darinya yang di forwardkan kepada saya mengenai nasib yang menimpa dirinya mengharungi dugaan Allah. Moga beliau tabah dan moga ada yang bermudah hati boleh la hubungi beliau terus. Saya sekadar menyediakan ruang untuk kita membantu sesama manusia dan agar kita mengsyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita sekarang. Email dari beliau berbunyi begini...



Assalamualaikum,

Buat sahabat yang dikasihi dan diingati selalu ....
Moga sihat sejahtera dan sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya..

Anakku .... Muhammad Fathullah adalah satu-satunya anugerah istimewa dan amanah dari Allah swt kepada ku dan telah menjadi tanggungjawabku untuk memelihara dan memberi penghidupan yang terbaik dan termampu oleh ku kepada nya.

Fathullah, anak down syndrome - Trisomy 21 telah beberapa kali dimasukkan ke UMMC/PPUM - Pusat Perubatan Universiti Malaya sejak Mei 2008 ketika berusia 10 bulan dan yang terkini admitted pada 9 Feb 2009 sehingga kini masih menjalani rawatan di hospital. Fathullah menghidapi congenital heart disease with large ASD - 7mm and VSD - 10mm - jantung berlubang dan chronic lung disease yang kerapkali dijangkiti kuman paru-paru seperti RSV, bronchopnemonunia, asthma. Jangkitan kuman menyebabkan dia akan mengalami sesak nafas yang teruk sehingga perlu diberikan bantuan alat pernafasan (BIPAP ventilation) hingga sekarang.

Routine check-up di IJN sejak dilahirkan tak pernah miss...Sudah banyak kali ke IJN namun keputusan pemeriksaan ke atas jantungnya - ECHO .... tidak menyelebelahinya .. ... pembedahan tidak dapat dijalankan kerana Fathullah juga menghidapi PHT - pulmonary hypertension - tekanan darah tinggi ke paru-paru. Sekiranya pembedahan yang berrisiko tinggi ini diteruskan peluang untuk hidup adalah 50/50, akan hanya menyebabkan condition nya menjadi lebih kritikal.

Justeru itu, cadangan dan peluang untuk membawa Fathullah pulang ke rumah agar dia dapat menikmati kehidupan seperti kanak-kanak lain hanya dengan adanya bantuan alat pernafasan - home BIPAP ventilation. Dengan penjagaaan yang rapi di rumah, insyallah Fathullah dapat merasai suasana berada di rumah yang dapat membantu perkembangan mental dan pembesaran yang sihat seperti kanak-kanak normal yang lain walaupun dengan tahap kesihatan yang berrisiko tinggi.

Jabatan Kebajikan PPUM sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan dari Tabung Bantuan Perubatan dibawah Kementerian Kesihatan dengan anggaran kos mesin bantuan alat pernafasan (model : VIVO 40) tersebut dalam linkungan RM48,000 lengkap dengan SPO2 monitor, suction machine, oxygen concentrator, oxygen tank & humidifier.

Buat masa ini keadaan Fathullah dengan tiada jangkitan kuman di paru-paru nya, sekarang Fathullah telah boleh duduk sendiri dan bangun sendiri (berpaut dipagar katil) dan dalam proses untuk diajar 'bertateh' (berjalan). Walaupun begitu Fathullah tidak boleh terlalu aktif kerana walaupun dengan bantuan alat pernafasan 24 jam, ia akan cepat penat dan sesak nafas disebabkan masalah jantung akan menyebabkan Fathullah menjadi 'biru' akibat kekurangan oksigen walaupun jangkitan kuman di paru-paru tiada.

Sekarang Fathullah berusia hampir 2 thn 2 bulan dilahirkan pada 18.08.2007, sebagai ibu tunggal, aku hanya mampu berdoa agar aku diberi peluang oleh Allah swt untuk membesarkan dan memberi kasih sayang yang termampu olehku agar dia dapat menikmati hidup seperti kanak-kanak lain... ajal dan maut Allah yang menentukan .... bila tiba masanya dia akan pergi jua hanya...Allah yang lebih Mengetahui setiap sesuatu kejadian ..... Allah Maha Pengasih Lagi Penyayang...Insyallah.....

Aku mohon kepada rakan-rakan yang kuingati agar dapat meluangkan sedikit waktu mendoakan kesihatan Fathullah.... 'special baby'

Salam,

En

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com