Saturday, December 6, 2008

Debaran Menanti....

Dalam masa 72 jam saya akan pulang ke tanahair bercuti menyambut Aidul Adha. Rata-rata Doha telah mula sunyi kerana pejabat kerajaan telah mula bercuti dari hari Khamis lepas. Masing-masing telah mula meninggalkan Doha kedestinasi masing-masing. Alhamdulillah cuti yang di kumpul sebanyak enam hari dapat memberi peluang yang singkat untuk saya pulang menemui anak-anak dan isteri serta keluarga dan taulan.

Sebenarnya masa di Malaysia nanti pelbagai perkara yang perlu di selesaikan dan di bereskan terutama penghijrahan keluarga dari Bandar Sungai Buaya dan Setia Tropika di Johor. Rasanya lebih sesuai untuk mereka tinggal di Johor dan berdekatan dengan keluarga agar kehadiran saya di Doha tidak begitu terasa oleh anak-anak.

Bukannya mudah untuk bekerja di luar negara, pelbagai perkara yang perlu di fikir, di timbang dan di putuskan. Semuanya itu perlukan pengorbanan. Di harapkan pengorbanan saya ini dapat memberi sinar cahaya yang lebih cerah untuk masa depan mereka. Inila erti pengorbanan buat saya di tahun ini..

Selamat Hari Raya Aidil Adha Hari Raya Qurban Maaf Dzahir Batin.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com