Tuesday, April 22, 2008

Murtabak Singapura



Pernah kah anda merasa Murtabak Singapura? Dari saya kecil lagi jika saya pergi ke Arab Street mesti saya tidak ketingalan singgah ke kedai Murtabak yang terletak di hadapan Masjid Sultan. Ada tiga buah kedai di situ dan masing-masing akan berebut-rebut memanggil dan menarik pelanggan untuk singgah di kedai mereka. Saya sering ke kedai Zam-Zam yang terletak di tengah-tengah. Selalunya kedai tu lebih laris dari yang lain nya. Selepas duit Singpura meningkat saya jarang sekali ke Singapura melainkan kalau ada majlis-majlis kenduri saudara-mara yang masih tinggal di sana. Jadi selalunya masa balik tu mesti la singgah kedai Zam-Zam tu. Tapi sekarang dah ada jual Murtabak tu di Johor Bahru dekat Jalan Sungai Chat. Selalunya kalau balik kampung memang tak miss untuk order. Best.... berlainan dari Murtabak yang di jual di mana-mana di merata negara... so yang terliur tu jilat aje la tapak tangan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com