Friday, April 18, 2008

Another SMS Scam


TAHNIAH Simcard and memenangi undian bertuah cek tunai RM 20,000 dari peraduan CELCOM sila hubungi Call Centre 006285241601122 Penghantar: CELCOM

Pernah kah anda menerima SMS seperti tertera di atas. Jika ada AWAS!. Baru-baru ni, my brother call me. Dia tanya samada I ada account Maybank. SO I kata ada dan bertanya kenapa?
DIa kata dia menang RM20K peraduan Celcom. I kata wah untungnya. Mungkin itu rezeki anak-anak. So I pun beri la dia account Maybank saya. Selepas dua jam dia call lagi. Dia kata dia nak jumpa secepat mungkin fasal katanya wang tu akan di masukkan ke dalam account tetapi orang tu kata my brother dan saya kena pergi ke ATM machine dan talipon dia semasa di ATM mesin utk arahan selanjutnya. I dah mula syak mesti ada sesuatu yang tak kena.... I suruh my brother sms the text. So dia pun sms la. Tengok aje I dah tau itu Scam. I pun pernah terima sms begitu dan I tak layan pun. So untuk nak memastikan saya talipon kawan yang berkerja di Celcom ada ke pertandingan sebegitu. Dia kata itu semua TIPU!. Saya pun pelik cam mana kita ni mudah sangat terpedaya dengan skim-skim cepat kaya cam ni? Hakikatnya tiada jalan mudah atau pintas untuk menjadi kaya. Kita kenalah kerja kuat dan berusaha.

So I told my brother alasan-alasan itu satu penipuan...
1) kalau ianya betul dari CELCOM kenapa celcom tak call sendiri. Selalunya benda2 cam ni celcom ada bagi promosi panggil akhbar lagi dan bergambar dgn cek besar tu.
2) kenapa guna no indonesia? mungkin kerana mereka akan sukar di kesan. Fasal no di tu di daftarkan di Indonesia.
3) Kita pun perlu berhati-hati kerana Panggilan kita ke no itu sama seperti kita talipon Indonesia!
4) Dan lagi kot la kita pergi ke ATM machine tu.. Entah apa-apa di manderemnya kita terus keluar semua duit masuk ke account si PENIPU tu.

Hai ada juga orang yang cam ni ye? Haraplah pihak berwajiba membuat sesuat bagi orang yang menipu macam ni. Tidak membangun minda langsung

So my blogger berhati-hati la. Jika anda mengalami perkara yang serupa. BErkongsi la bersama..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com