Wednesday, September 2, 2009

Suasana Berpuasa di Doha, Qatar

Ini la pertama kali saya berpuasa di Qatar. Sebelum datang nya Ramadhan, hati ini berkata-kata macamana agaknya berpuasa di musim panas dengan suhu mencecah 40 darjah di tambah pun dengan kerja di site. Sebagai seorang muslim, segala suasana tak kira sejuk ke panas bila tiba masa perintah allah wajib la kita taati.

Alhamdulillah sekarang dah masuk hari ke 13 kita berpuasa. Biasa bulan Ramadhan di sini kebanyakan tutup awal. Ada yang hingga pukul 2 dan ada yang hingga pukul 3petang untuk memberi persiapan untuk iftar. Di pusat membeli belah pula kebanyakkanya tutup higga pukul 1 tengah hari dan di buka semula di waktu malam hingga la ke 1 pagi.

Rata-rata mesjid dan surau di bulan penuh alhamdulillah dan yang menakjubkan saya terutama surau berdekatan rumah saya; waktu subuh la yang paling ramai jemaah. Ada sekali terpaksa solat di tepi pintu kerana sampai lewat. Di sini rata-rata orang amat menilai kehadiran bulan Ramadhan. Kebanyakkan makmum yang hadir adalah orang asing yang terdiri dari Afganistan, PAkistan, India, Sri Lanka, Bangladesh dan beberapa orang arab yang bukan dari warga tempatan.

Bagi mesjid-mesjid pula saya di fahamkan; pihak kerajaan akan menyediakan makanan untuk berbuka puasa tapi kat surau sendirian berhad la ye.. Biasanya saya akan masak ala kadar aje. Maklum lah duduk sorang. Kalau masak banyak sayang takut membazir. Kalau malas sangat nak masak; alamat pergi kedai indon la. Kedai malaysia pun ada tapi agak mahal sikit. Sini warong2 tak de la. Cuma tiap2 hari Jumaat ada di buat bazar Ramadhan di Hyatt Plaza yang kebanyakkannya orang Malaysia yang menjual. Tapi.. memang pack dan kalau lambat habis.

Ada juga rakan-rakan sepejabat yang ajak buka puasa di rumah mereka. Seronok juga. Terfikir nak ajak orang datang rumah tapi tau-tau aje la skill masak ni dah lama tak asah. Kalau setakat goreng jemput-jemput tu memang boleh kejam mata buat .... Nanti la fikirkan cam mana..

Begini la serba sedikit suasa berpuasa di Doha ni....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com