Monday, February 23, 2009

Kelas Bahasa Arab

Hari ni belajar huruf Al Ya'. Cikgu Ogla dari Syria kurang sihat kerana ribut pasir melanda kembali dan beliau sakit tekak. Jadi Cikgu Hassan dari Sudan mengantikan beliau. Nampaknya kelas ni bila nak sampai hujung dah makin berkurangan murid-muridnya. Dari 25 orang pada mula sessi hanya tinggal dalam 15 orang saje dah. Kiranya yang tinggal ni kira yang hardcore yang memang nak belajar Bahasa Arab. Moga Allah kuatkan semangat kami semua untuk menammatkan pembelajaran Bahasa Arab hingga ke Level 5 dan dapat bertutur, membaca dan menulis dengan fasih dan baik ... Amin

Kadang tengok Cikgu Ogla dan Hassan mengajar. timbul semangat nak belajar. Mereka sungguh-sungguh ajar kita orang bahasa Arab. Cikgu Ogla pernah berkata. Saya rasa bersyukur dan berbangga kalau semua anak didiknya dapat bertutur bahasa Arab. Itulah azam dia. Sebab tu la dia cuba pelbagai cara untuk mengajar agar mudah difahami dan menarik agar anak didiknya tak mengantuk. Maklum aje la kelas bermula dari pukul 7 hingga 9 malam pada hari kerja pulak tu. Jadi banyak la cabaran bagi anak murid mau pun guru. Dalam kelas ni ada murid dari Greece, Malaysia, Singapura, Pakistan, India dan Nepal. Tapi majority adalah dari India.

Azam diri saya tahun ni kalau boleh, insyallah nak habiskan belajar bahasa dan boleh baca dan bertutur dengan fasih bahasa Arab. Kekadang tercabar bila duduk dalam mesyuarat dengan konsultant atau auhtority bila dia orang berbincang dengan rancak, dia orang macam tak sedar diri dok cakap bahasa arab. Kita yang tak tahu bahasa arab ni melopong ajela. Yang bestnya pulak kitala yang kena tulis minit mesyuarat. Jadi hentam saja la... Tetapi so far minit yang saya tulis bila bos review 90% betul. Kita teror juga la kan. Walau pun tak paham bahasa Arab tapi boleh la mengagak apa yang di bincangkan...


1 comment:

Kaki Renang said...

wow..hebat-hebat.
mcm gitulah nak tuntut ilmu..kena rajin dan berusaha....
kalau lah boleh buat minit mesyuarat hampir 90% betul....so kaki renang caya this year...boleh ckap dan tulis arab lah.....hehehehhe
TANNIAH......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com