Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru Georgarian 2011. Pada tarikh ini tahun lepas saya sambut di Dubai itupun kerana terpaksa kerana seminggu sebelum tu saya pergi ke Dubai bersama keluarga setelah sebulan mereka menziarah saya di Doha. It was just a day break. Sempat la bawa mereka ke Burj Khalifa.

Pada Malam New YEar Tahun lepas saya pergi ke rumah Mac untuk jemputan makan malam bersama cousin Hanif. Mac adalah Warga British yang telah memeluk agama islam dan berkahwin dgn wanita melayu. Selepas makan malam, saya pergi ke tepi laut untuk melihat bunga api di Burj Al Arab menanda kan detik 12 malam...

Tahun ni juga saya berpeluang melihat bunga api di tempat yang tidak asing bagi saya... walau pun tidak bersedia untuk mengambil gambar tapi saya seronok melihat ruang udara yang di hiasi dengan mandian bunga api...

Setiap tahun orang akan bertanya apakah azam baru untuk tahun ni..

Nak ikutkan banyak lagi azam-azam yang lepas-lepas yang masih belum tercapai. Tapi secara ringkas, ingin memperbaiki diri dgn menambahkan lagi amalan2, berusaha mendalami dunia business dan belajar menguasai dunia wang.

Moga impian dan harapan untuk tahun ini terlaksana hendaknya...

Salam Satu Malaysia dan Selamat Tahun BAru...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com