Monday, January 10, 2011

Berakhir sebuah impian

Hari ini saya di khabari dengan berita-berita yang sedih. Satu ialah kembalinya ke rahmatullah Bapa saudara sebelah isteri saya yang pertama kali saya jumpa di majlis pernikahan saya. Diala orang yang menjadi juru cakap bagi pihak keluarga isteri saya. Berlatar belakangkan sebagai seorang guru, beliau cukup mesra dengan kami dan having a loving character. Usually kalau jumpa mesti kena peluk dengan dia maklumlah saya ni anak saudara yang jarang balik dan jarang pula bertemu dengannya. Kalau jumpa pun masa hari raya dan kalau jumpa pun al maklum la sekejap aje... Saya dapat lihat kesihatan beliau telah berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ni... Saya masih ingat pesanan beliau semasa saya ingin mencuba nasib untuk bekerja di luar negara, di samping memberi semangat beliau juga memberi nasihat agar berkerja dengan tekun dah ikhlas... Kerana katanya hanya dengan membuat kerja yang ikhlas dapat membawa kebahagiaan kita di dunia dan akhirat.. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Al Marhum Ngah Majid....

Berita sedih yang seterusnya ialah berkenaan dengan kisah perceraian pasangan yang amat saya hormati yang juga merupakan pendidik kepada diri saya yang juga menjadi asbab saya meminati bidang kejuruteraan awam. Semasa saya belajar dulu, pasangan ini kami anggap amat ideal di kaca mata kami kemana pergi pun bersama dan terkadang teringin jika saya mendapat pasangan seperti mereka seiring dan sejalan. Walau pun telah tamat belajar dulu saya sempat juga berkunjung kerumah beliau dan mereka masih mesra seperti dulu.. Kadang-kadang terharu juga bila pendidik masih mengingati pelajarnya walau telah berpuloh-puloh tahun kami tidak berjumpa.

Berita yang saya terima dari seorang rakan tentang mereka amat mengejutkan. Apa kah puncanya hingga berlakunya perceraian. Tiadakah lagi ada jalan penyelesaian memandangkan anak-anak mereka telah besar dan ada yang sudah berumah tangga... atau hubungan itu hanya retak mencari belah... Adakah di sebabkan si suami ingin berkawin lain yang membuat si isteri pertama tidak mau di madu dan mau di lepaskan atau ada perkara lain??? Adakah si isteri berpangkat lebih besar dan tinggi dari suami sehingga si isteri ingin berkuasa di rumah seperti di pejabat. Adakah ini kerana ego si isteri dan inferiority complex si suami? Jawapan ringkas si suami ianya tidak boleh di selamatkan lagi...

Yang pasti kita di dunia tak sunyi dengan dugaan demi dugaan ada dengan suka, duka, pahit, manis, ceria dan derita...

Malah diri saya yang kerdil ini pun tak sunyi dengan dugaan terpaksa hidup berjauhan dari anak isteri tanpa melihat anak sendiri membesar.... Moga Allah memberi ketabahan mengaharungi segala dugaan di dunia ni.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com