Monday, August 8, 2011

Going Back for Good

Lately ni ramai kawan-kawan yang 'going back for good'. Ada yang masaalah family ada yang resign dan ada yang hendak lebih dekat dengan family. Sebenarnya bukan la mudah untuk merantau bekerja di luar negara mencari rezeki sesuap nasi. Banyak faktor yang perlu di fikirkan. Memang terpaksa bergolak dengan hati perasaan dan emosi lebih2 lagi jika kita ni dah berkeluarga. Bukan la senang berjauhan dengan yang tersayang dan terpaksa mendidik anak-anak secare remote control. Tidak dapat lihat dia org membesar dan hanya dapat melihat pembesaran mereka melalui facetime dan cerita2 mereka yang mereka paparkan di FB dan Blog. Kalau dapat peluang balik tu, memang la terlalu gembira tak terperi dan terlalu berat pula setiap kali bila tiba saat terpaksa berpisah dengan mereka di hujung percutian yang singkat.

Tapi terpaksa gagahikan diri demi untuk menyara kos perbelanjaan dan persekolahan anak-anak yang semakin meningkat agar mereka tiada halangan untuk mengecapi setiap cita-cita mereka hingga ke peringkat Universiti. Teringat lagi semasa saya kecil2, kakak2 dan abang2 terpaksa berkorban dalam mengejar cita-cita mereka hanya kerana memberi peluang kami adik2 meneruskan persekolahan. Dari situ tersemat di hati agar saya akan berkorban demi untuk keluarga seperti arwah abah saya yang terpaksa pergi outstation dan transfer ke merata tempat di semananjung Malaya untuk keluarga.

Di pandangan masyakarat kita; wah best duduk kerja overseas, gaji besar, duduk dekat dengan Mekkah dan Madinah senang nak buat haji dan umrah tapi dalam hati kami yg bekerja di sini solo tanpa keluarga... Allah aje yang tau hati dan perasaan kami. Macam-macam yang terpaksa kami lalui dalam pelbagai aspect dan kami hanya terpaksa bersabar. Kadang-kadang melihat diri kami ini; kami rasa kami ni tidak ubah macam pekerja warga asing yang di tanah air kita. Berjauhan dari keluarga, pergi ke kompleks2 & KLCC pada hujung minggu dan pada tiap2 bulan hantar duit ke kampung untuk saraan keluarga.

Baru2 ni saya ada berjumpa dengan seorang tukang urut warga indonesia yang telah merantau bertahun2 di tanah arab. Katanya dia dah bertahun2 merantau dan anak dia yg paling tua dah 15 tahun tapi katanya dia 10 tahun dah tak balik dan hanya berhubung melalui surat dan telephone aje. Itu la namanya pengorbanan.

Sebenarnya saya ni bukannya tak nak membawa keluarga tinggal bersama tapi kos persekolahan amat mahal lebih kurang SR 16,000 - SR 18,000 setahun seorang dan kalau dah 5 orang tu kena kira aje la. Jadi memang la kena fikir banyak kali kalau nak relocate family kat sini. Samada sesuai tak dengan kerja, boleh ke bertahan dengan syarikat ni, ada ke projek dan sebagainya. Bukan mudah untuk relocate mereka ke sini.

Mengenangkan sahabat kami yang membawa keluarganya dia sini dan resign baru-baru ni yang mungkin mempunyai masaalah kesesuaian di tempat kerja; maka terlalu banyak kosnya untuk membawa keluarga dan barang2 pulang ke tanah air untuk memulakan hidup baru di tanah air sedang anak2 semua dah besar2. Itula kadang2 ingatkan nak mengumpul tapi sebaliknya jadinya.. Itu la kita hanya merancang dan allah yang menentukan...

Harapkan allah bagi saya kekuatan untuk bertahan di sini dan menambahkan lagi rezeki agar saya berpeluang untuk membawa keluarga kami ke sini agar we can live as one happy family insyallah..



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com