Thursday, July 30, 2009

My Journey to Islam - Pierre Vogel

Semalam saya sempat mendengar ceramah bertajuk “My journey to Islam” dari seorang ahli tinju German bernama Pierre Vogel atau nama islam beliau Sheikh Salahuddin. Agama asal beliau ialah Christian Proteston memang cenderung pada agama sejak kecil lagi. Di usia 8 tahun beliau kerap ke gereja dan membaca dan mengkaji isi kitab Injil walaupun pada ketika itu penuh dengan tanda Tanya terutama tentang keesaan Allah. Walaupun setelah bertanyakan kepada Padri, namun tiada penjelasan yang memuaskan dapat di terima.

Menurut beliau setelah tamat sekolah tinggi, beliau di beri pilihan samada berkhidmat dengan masyarakat atau pun mendapat latihan tentera. Beliau memilih untuk berkhidmat dengan masyarakat. Setiap hari beliau akan pergi ke pusat rumah orang tua-tua atau dari rumah ke rumah untuk member makanan dan menolong apa yang patut kepada mereka. Ketika itu beliau terfikir kenapa la masyakatnya tidak seperti masyarakat orang islam yang mana semakin tua seseorang itu semakin di hormati.

Seperti biasa di setiap hujung minggu beliau akan berkumpul di satu pusat untuk melapurkan apa yang telah di lakukan di sepanjang minggu tersebut di samping mendapat latihan untuk perkhidmatan selanjutnya. Menurut beliau semasa di pusat itu ada seorang rakan yang beragama Kristian kerap mengutuk-ngutuk orang islam. Kerana tidak mau berbalah, beliau diam sambil membiarkan saja rakan nya berleter.

Di perjalanan pulang dari pusat tersebut, beliau terfikir apakah sebenarnya isi kandungan al Quran. Lantas beliau terfikir di manakah boleh dia dapat naskah Al Quran tersebut. Di takdirkan allah, semasa melawat kakaknya dalam perjalanan pulang, beliau ternampak senaskah terjemahan Al Quran yang di hadiahkan oleh rakan kakaknya; di rumah kakaknya. I membaca al Quran tersebut dari mula hingga akhir dan membuat perbandingan isi al Quran dengan isi Injil. Segala tanda Tanya beliau semuanya ada dalam al Quran. Semenjak dari itu beliau terus mengkaji al Quran dengan lebih mendalam dan kitab –kitab yang lain termasuk la sirah rasul, dan kitab sahih bukhari.

Walau pun beliau tahu islam adalah agama yang benar melalui pembacaan beliau sehingga beliau tau bacaan al quran, tau sembahyang walaupun masa itu beliau masih belum memasuki islam. Sehinggala pada satu ketika beliau terpaksa menemankan seorang Ahli tinju dari Amerika yang beragama islam untuk ke mesjid. Memandangkan beliau sudah sampai di mesjid, beliau pun duduklah di saf sembahyang seperti orang lain. Pada ketika itu datanglah seorang berbangsa Moroco solat bersebelahnya. Setelah bersolat, sahabat itu bertanya, “ Adakah anda seorang beragama islam dalam keluarga anda” dan dia menjawab “Yes” dan terus mengucap dua kalimah syahadah.

Begitu la sedikit kisah bagaimana allah ingin memilih orang yang ikhlas hatinya untuk memeluk agama islam yang suci. Moga-moga allah kekal kan kita dalam islam sehingga akhir hayat kita dan masukkan kita dalam golongan orang-orang yang di redainya.

Kini sheikh Salahuddin yang baru 8 tahun memeluk agama islam, amat bergiat dalam berdakwah untuk mengajak lebih ramai lagi orang memasuki islam. Beliau telah menuntut pengajian islam di Mekkah selama 2 tahun kini amat fasih berbahasa arab dan membaca ayat-ayat suci al Quran. Saya terasa agak malu membandingkan diri yang sejak lagi menjadi islam tapi banyak lagi ilmu-ilmu agama yang tidak tahu dan di praktikkan. Moga allah member kita hidayat dan kekuatan mengamalkan segala ilmu-ilmu tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com