Friday, May 8, 2009

Dua Rakan SePejabat Di Berhentikan...

Kandang kala kerja di rantauan ada risikonya. Masa titik peluh kita di perlukan kita di sanjung dan di puji dan bila kita tidak di perlukan maka satu bulan notis di beri... Begitu la lumrah alam.

Rata-rata semua yang datang bekerja ke sini terutama dari Malaysia adalah antara yang terbaik jika di bandingkan dengan mereka yang datang dari Negara Barat yang mana mereka tu adalah yang di reject. Hai siapalah yang nak berkorban dan datang duduk di Qatar ni...

Contract Manager yang berasal dari Australia yang mencuba nasib di Doha tapi malangnya tidak lama kerana di berhentikan dengan sebab dia menulis surat kepada pihak atasan kerana tak puas hati dengan cara pengurusan bosnya. Dan seorang lagi wargaIndia yang baru di tukarkan dari pejabat di Abu Dhabi juga menerima nasib yang sama... Di berhentikan dgn notis sebulan.

Mungkinkah mana-mana syarikat sekarang mencari asbab untuk memberhentikan mereka di sebabkan kegawatan ekonomi kerana hingga kini kebanyakkan Klien kami masih mempunyai sikap tunggu dan lihat sebelum memulakan pembinaan.

Dan bila di berhentikan; mereka terpaksalah menguruskan tentang hal rumah, bil air dan api , kereta sewa, exit permit dan macam-macam lagi. Dan bagi yang mempunyai commitment seperti telah membeli kereta itu dan ini.. Ianya akan lebih rumit lagi untuk menguruskannya dalam masa satu bulan. Simpati juga dengan nasib mereka kerana ianya boleh berlaku pada sesiapa saja. Itulah kadang kala kita perlu ada Plan A, B, C dan E atau sampai Z. Agar ada fall-back dan back up plan.

Hidup dan tinggal di sini mengajar saya terutamanya bertapa sementara hidup kita di dunia ini. Setiap tindak-tanduk yang saya lakukan selalunya untuk sesuatu jangka masa saja. Bagi saya, bukannya nak menetap lama di sini mungkin hanya sekadar 3 ke 5 tahun mengikut project dan untuk timba pengalaman dan dengan pengalaman itu saya boleh kongsi bersama dengan rakyat Malaysia yang lain agar rakyat Malaysia juga boleh setanding memberi perkhidmatan yang terbaik malah lebih bagi dari orang Barat. Kalaulah kita orang Malaysia boleh dan fasih berbahasa Arab sudah tentu kita dapat bertapak kukuh di sini. Tapi ini semua pengalaman hidup.

Moga saya dapat kekal di sini sehingga segala hasrat dan pengalaman tercapai hendaknya. Amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com