Monday, June 2, 2008

Wedding in Kuala Kangsar





Well masa publish blog ni tak sempat tulis apa-apa Bukannya apa, saya nak tau pembaca setia blog saya Kak Ana kenal tak pengantin dalam gambar tu. Tu lah anak Pak Andak. Kami sekeluarga bertolak ke Kuala Kangsar bersama dengan ibu dan bapa mertua saya.

Kami bertolak jam 10 pagi dan sampai di sana dalam pukul 12 tengah hari. Memandangkan waktu masih awal so sempat singgah ke rumah di mana pengantin lelaki bersiap-siap. Pengantin pun terpaksa menyiapkan diri sendiri.

Rupanya kami la pengiring pengantin lelaki. Sampai di rumah pengantin perempuan, kami disambut dengan paluan kompang dan mercun di ikuti dengan azan zuhor yang turut berkumandang.

Siap ada acara silat lagi. Lepas makan kami pun beredar dan pergi solat zuhor di Mesjid Ubudiah. Cantik juga mesjidnya sekarang. Terkenang masa zaman persekolahan dulu. Mesjid Ubudiah menjadi cover untuk buku Bahasa Malaysia.

Kami pulang ke KL pada petang hari dan sempat singgah di Ipoh untuk beli Water Lily di Jalan Kuala Kangsar.. Biasalah saya ini pantang nampak pokok mesti beli.. tapi dah tak tau nak tanam kat mana lagi...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com