Friday, June 26, 2009

Kisah Tentang Kehilangan Orang Yang Tersayang

Baru-baru ini saya bersembang dengan kawan lama yang baru berjumpa setelah lebih 20 tahun. Maklumlah dah lama tak jumpa dan tak bersembang... Tapi perjumpaan kali ni pun hanya sekadar di Alam Cyber. Alhamdulillah dengan berkat teknologi terkini dapat kami memunafaatkan dan menjalin kembali silatur rahim yang telah sekian lama terputus.

Kami jumpa bercerita dan kisah lalu maupun kisah semasa dan saya menyarankan beliau untuk menonton video hari bapa saya. Bercakap tentang bapa; beliau dengan suara yang rendah memberitahu yang beliau adalah anak yatim piatu. Dan saya memberitahu beliau yang saya juga anak yatim...

Saya bertanya apakah sakit ayahnya itu dan berapa umur semasa beliau meninggal. Beliau memberi tahu yang ayahnya meninggal secara tiba mungkin di sebabkan oleh serangan sakit jantung ketika usia 50 han. Rasa usia yang masih mudah telah di panggil menemui illahi.

Beliau menceritakan beliau telah memesan isteri beliau untuk mengejutkan beliau untuk solat subuh bersama. Memang telah menjadi amalan beliau sedari muda mengerjakan amalan malam dengan solat-solat sunat dan zikir ke hadrat illahi. Seperti biasa malam itu beliau telah bangun lebih kurang jam dua pagi, solat tahajuj, berzikir dan berdoa. Selepas berdoa beliau berzikir dengan membaca fahtihah sebanayk 41 kali dan di penghujung zikir tersebut, seorang lelaki dengan pakai serba putih duduk di sini nya dan belum sempat beliau mengucapkan apa-apa lembaga tadi hilang dari pandangan...

Beliau lantas mengejut isteri beliau untuk solat subuh kerana waktu subuh sambil menceritakan kita yang berlaku terhadap dirinya sebentar tadi... Beliau menanya isteri beliau adakan lembaga itu iblis yang hendak menghasut dirinya tapi ungkap isterinya yang solehah; mungkin kedatangan lembaga itu atas niat yang baik. Lalu beliau terus menunaikan solat subuh...

Setelah solat; beliau tiba-tiba terasa sakit dan terus mengungkapkan perkataan Allahhhhhhh hingga habis nyawa di kandung badan di atas pangkuan isterinya....

Adalah lembaga yang datang menziarahnya itu malaikat maut? Kadang-kadang orang yang dekat dengan Allah mereka tau bila akan tiba masa mereka.

Moga Allah mengampunkan segala kesalahan kita dan mengolongkan kita di dalam golongan makhluknya yang akan menduduki syurganya insyallah....

Saya pun bertanya teman saya tadi, apakah amalan-amalan bapa beliau, beliau menceritakan sejak dari muda lagi beliau minat tentang agama hingga pergi mengaji di pondok dan amalan solat malam telah menjadi lazimnya...

Moga allah memberi kita kekuatan untuk melakukan amalan-amalan malam yang di redai. Amin.

Moga yang baik dari kisah ini boleh kita jadikan iktibar hendaknya insyallah.

1 comment:

Nur Batrishya said...

kesian kwn daddy ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com