Tuesday, March 24, 2009

Sketsa Pulang Bercuti Part 1

Saat di nantikan telah tiba untuk pulang bercuti ke tanah air. Bila tiba saat- saat macam ni boleh jadi sensitive, lebih-lebih lagi bila kawan-kawan di Malaysia asyik perli aje... Tak sabar nak balik dsb. It is a know fact siapa la tak rindu kat keluarga. Kadang-kadang berbulan-bulan kita menahan rasa rindu kat keluarga dan kadang kala terpaksa buat-buat sibuk agak tak selalu home sick. Tapi itula kenyataan yang tak boleh di elakkan.

Masa hari nak balik pun masih sibuk dan siapkan kerja agar nanti sepanjang ketiadaan saya di pejabat boss tak bising. Tepat jam 6 petang dan setelah menyiapkan segala kerja saya pun pulang ke apartment. Masa tu selera makan pun dan tak de dan seperti yang di janjikan dengan Sofi teman sepejabat, dia pun datang jam 10.30 malam untuk menghantar saya ke airport. Kunci kereta saya serahkan pada security guard berbangsa Nigeria yang juga pencuci kereta saya agar dia boleh hidupkan injin kereta.

Sampai di airport tampak terlalu ramai orang beratur di immigrasin. Mungkin semua nak pulang bercuti. Sepanjang perjalanan saya tidur saja sehinggala tiba masa di Kuala Lumpur. Tak makan apa pun kerana nak puasa agar keesokkan hari nya boleh terus ke Klinik untuk check cholesterol. Maklum la di Qatar rawatan perubatan mahal. Jadi sementara di Malaysia gunakanlah peluang yang ada.

Sampai di KLIA saya sewa kereta dengan Hertz supaya senang nak bergerak harga RM240 kereta Toyota Vios.

Destinasi pertama saya ialah pejabat lama dan saya sempat berjumpa, Jalal, Nizar, Zuraimi, Shivani dan Tan Lin tapi tak sempat nak sembang panjang. Sayang tak sempat jumpa Zaim, Krish dan Rudi. Lepas membuat pemeriksaan di Klinik saya terus ke Wangsa Maju untuk ke Klinik gigi pula. Habis di cuci bersih gigi saya.

Memandangkan masih ada masa saya terus ke IKEA untuk membeli serba sedikit barang untuk apartment baru saya. Kalau ikut hati nak borong semua tapi bila fikirkan hanya 25 kg yg boleh bawa kenala sedar diri.... Saya sempat jumpa Zak dan Amir di IKEA dan bercerita tentang Zahir dan politik di Malaysia. Sebenarnya Zak nak belanja makan tapi saya dah terlalu kenyang dan tak boleh nak masuk lagi. Maklumlah rezeki dia lebih bisnes OK.

Balik dari IKEA saya sempat berjumpa dgn Boss lama yang juga akan berangkat untuk bekerja di luar negara. Sempat la bersembang sekejap dan selepas tu terus balik ke Sungai Buaya.

Di Sungai Buaya, saya terus ke rumah Masnoor sahabat baik se kelas masa di Thames yang bertugas di Turkmenistan dan secara kebetulan pulang bercuti. Di rumah Masnoor saya di hidangkan dengan Mee goreng.. Hai nikmat yang amat. Maklum la kat Doha ni bukan boleh dapat mee macam kat Malaysia.

Ada sekali bila dah teringin sangat nak makan mee dan tiada perencah lain yang ada; saya cuba resipi sendiri dengan tumis bawang dan udang kering dan masukkan mee maggie... Hmm hasilnya rasa macam mee bandung johor. Tak percaya cuba lah. Balik dari rumah Masnoor agak lewat dan terus pulang dengan keletihan.

Keesokan pagi Masnoor call dan ajak pergi tengok rumah lelong dekat Sungai Buaya. Murah juaga RM90K untuk end lot double storey teres. Hmm biarlah dulu nanti kalau ada rezeki ada lah nanti. Lepas balik dari tengok rumah sempat beli nasi lemak kedai biasa dan lepas makan pergi tengok pokok-pokok bunga di laman. Kebanyakkan pokok-pokok yang di tinggalkan berbunga. Yang paling menarik ialah Birds of Paradise pun berbunga. Thank you to Nazmie for taking care of the plants.

Saya kemudian menuju semula ke KLIA untuk pulang ke Johor. Mujur ada Enrich card dan points yang banyak. Saya hanya perlu bayar airport tax sebanyak RM36 saja berbandingkan tiket sebanyak RM290. Saya memang dah pakat dengan isteri agar tidak memberi tahu anak-anak akan kepulangan saya. Saja nak kasi surprise... Dalam pada tu isteri saya asyik sms kerana anak-anak asyik tanya kenapa nak pergi airport, nak ambil siapa dsb.... Pandai juga isteri saya menepis soalan-soalan anak-anak itu.

So bila sampai aje di Senai airport dan bila saya keluar dari ruang bagasi saya terserempak dgn isteri dan anak-anak. Wah memang macam film hidustan. Meluru mereka berlari ke arah saya. Cuma TV3 aje yang tak de untuk merakamkan saat itu. Siaplah berpeluk-pelukkan dengan anak-anak... Hmm masing-masing sibuk bertanya apakan jawaban teka-teki yang saya berikan di blog....

Jadi saya katakan memandangkan Along mempunyai bibir yang kecil dan terkadang sukar nak senyum, saya berikan Along Smiling Red Lips, Angah pula Star agar dia dapat aura jadi Star dalam akedemik dan sukan, Uda pula giraff kerana dia tu tinggi dan suka color pink, Jeehan pula butterfly kerana suka berangan dan bear untuk Wawa kerana dia suka mengendung dolls dia.

Memandangkan Kak Uda ada tuition masa tu, kami terus ke tempat dia tuition dari Senai Airport. Dalam perjalanan saya kata nak bagi surprise untuk dia dan terpaksa pinjam tudung angah untuk menutup muka agak dia tak nampak. Bila dah sampai, Along siap pesan kat Wawa dan Jeehan agar jangan pecah rahsia.... so bila Kak Uda naik aje kereta dia terus tanya ni siapa yang pakai tudung ni macam hantu....terus selak tundung dan terus jerit.. Daddyyyyyyyyyyyyyyy!.

Memang.. saya tau anak-anak rindu kan saya. Hai seperti biasa macam-macam la cerita dan celoteh mereka. Dari situ kami ke Nong Chik untuk ziarah mak dan Kakak saya. Macam-macam la juga sembang sementara tunggu Angah habis tuition dengan Cikgu Farah. Sambil tu sempat la juga tengok AF sesi baru. OK la juga persembahan dia orang tu.


Rasa kena sambung Part 2 fasal nak pergi makan tengah hari ni... Nantikan kisah seterusnya

2 comments:

Kaki Renang said...

Itulah saat-saat yang paling bahagia dan rasa sangat kasih sayang anak-anak kat daddy dia yer....
semuga cekal dan terus maju berada di perantauan yer..

Nur Batrishya said...

dadddy,sketsa tu apa???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com