Thursday, July 17, 2008

Kisah Seorang Janda

Sejak kebelakangan ni saya ketandusan idea tak tau nak tulis apa di Blog ni. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca politik yang tak menentu. Kadang-kadang kecewa juga dengan sikap pemimpin yang bertelagah tentang kepentingan diri dan lupa tentang tanggung jawab pada masa depan masyarakat dan negara. Lupakanla sebentar hal tu kerana hari ni saya ingin menceritakan kisah yang menimpa seorang janda.

Dari perwatakan dirinya tampak dia seorang muslimah yang solehah. Telah berkawin lebih 15 tahun dan telah di kurniakan empat orang anak. 3 lelaki dan seorang perempuan. Suaminya nampak ciri-ciri suami yang soleh dan kerap ke mesjid. Kadang kala aku iri kerana tidak dapat mengikuti jejaknya yang sering solat berjemaah di mesjid dan tidak tinggal dengan usaha agama berdakwah kepada masyarakat. Anak-anak mereka pun amat berdisplin dan mengikut jejak langkah ayah mereka dan bagi saya merekalah keluarga yang mithali.

Rupanya air yang tenang jangan di sangka tiada buaya..... Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Rupa2nya dalam keharmornian rumahtangga itu hanya retak menunggu belah. Tapi semuanya di susun dengan rapi oleh sang suami atau ianya hanya secara kebetulan.

Lebih dua tahun yang lalu, si isteri menyuarakan hasrat untuk menjadi ayahnya yang telah uzur dan si isteri pun berpindahlah ke rumah ayahandanya di Banting dan si suami berulang seminggu sekali untuk melihat keadaan isteri dan anak-anak.

Entahlah dalam semasa setahun berjauhan dengan si isteri, hati si suami menjadi sepi dan secara kebetulan ada pun si gadis yang cuba memikat si suami yang sepi keseorangan. Di pendekan cerita, si suami itu telah berkahwin dengan si gadis pilihan hati itu tanpa pengetahuan si isteri yang pertama. Meyedari tanggung-jawab sebagai isteri pertama, si isteri telah mengambil keputusan untuk berpindah semula ke Sungai Buaya untuk bersama suami.

Tapi gerak-geri suami tampak telah berbeza dan lama-kelamaan dapat di hidu juga oleh si isteri. Apa lagi timbullah pertelingkahan dan dalam keadaan yang genting itu, si suami terus melafaskan talak pada si isteri. Hancur luluh hati si isteri. Kesetiaan dia selama ini telah di khianati oleh orang yang amat dia hormati dan cintai.

Setelah bercerai, hidup sebagai ibu tunggal bukan la mudah. Lebih-lebih lagi bila ingin membesar anak yang 4 orang. Si isteri itu terpaksa menjual kueh bahulu untuk menyara hidup mereka sekeluarga. Hidup mereka serba kekurangan.

Kalau dulu ada kenderaan kini telah tiada.... Itu pun atas tipu muslihat si suami. Dia katakan pada bekas isterinya yang dia nak pergi servis kereta. Dah dua tiga hari kereta yang di servis tidak di pulangkan. Bila di tanya pelbagai alasan yang di beri. Nak di jadikan sebab suatu hari si isteri dalam perjalanan ke bandar RAwang, terserempak dengan keretanya di Used Car. Rupanya si suami hendak menjual kereta yang di gunakan oleh si isteri tadi. Bak kata perpatah dah jatuh di timpa tangga.

Baru-baru ni pula, dengar berita rumah yang siisteri duduki sekarang pun hendak di lelong.... Hai apa la nasib yang menimpa mereka sekeluarga. Tergamak sang suami melakukan itu semua pada isteri dan anak-anaknya sendiri.... Entahlah tak sampai hati melihatkan hidup mereka sekeluarga. Apa yang kami boleh buat ialah membantu setakat yang mampu. Tapi bagaimana masa depan anak-anak mereka yang kian membesar.... Tapi mereka sekeluarga tetap sabar walaupun yang akan mereka tempuhi....

Moga kisah ini menjadi iktibar kepada kita. Anak-anak adalah harta kita, baik didikan kita, insyallah dapat kita kutip hasilnya bila kita di alam barzakh.

Moga allah melindungi kita dari segala bentuk dugaan yang tak tertanggung oleh kita. Amin

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Mohd

Kak Ana memang selalu datang jengok blog ni. Rasanya memang ramai yg dah muak dgn telatah politikusx2 M'sia. Akak baca blog chedet hampir tiap hari.

Memang kesian pada sister ni. Patutnya dia serah anak-anak pada bapa. Ataupun sue bekas suami kat mahkamah syariah, suami dia ni sebenarnya cemburu pada bekas isterinya yg masih bersabar dlm menempuhi dugaan Allah. Muga-muga Allah memberikan hidayah pada semua yg terlibat, Amin.

Kak Ana

Anonymous said...

Mohd, boleh tak Kak Ana copy and paste this entry for my STF old girl group. Manalah tahu ada sisters yang tahu resources for this sister atau ada yg tergerak hati nak menolong.

Insya Allah, akak akan cuba tolong bila balik M'sia nanti, masa Ramadhan sebelum Raya.

Kak Ana

Mohamad said...

Boleh aje kak ana. I pun kesian kat dia dan tolong apa yang mampu. Dah la tak bekerja... jadi kita bantu la setakat yang mampu ....

noor.. said...

salam.. apabila saya baca cerita ini..seperti apa yg terjadi pada saya..saya diceraikan ketika sedang hamil 5 bulan.. kerana suami berkahwin lain tanpa pengetahuan dan menipu sain saya....saya setia tapi suami curang... saya tak tau bgaimana hendak mengharungi hidup sebagai ibu tunggal..dgn ank 4.. sedih dan pilu hati ini..tapi masyarakat tetap akan mengutuk kami..kami yg bersalah..lelaki yg benar.. mana keadilannya di sini.....

Mohamad said...

assalamualaikum Che Noor, bersabarlah menempuh dugaan dari allah. semuanya yg berlaku ada hikmahnya dan hanya dia yg maha mengetahui... puan boleh memaparkan kisah puan di ruangan DCKK www.dcckmona.com agar memdapat maklumbalas dari pembaca. Atau kalau puan sudi boleh email kepada saya utk mengetahui kisah sebenar dan bagaimana puan mengharungi hidup puan se hari-hari. Moga allah mengurniakan jiwa yang tenang buat Puan. Terima Kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com