Thursday, April 19, 2012

Teman Seperjuangan Ku

Ku rasa bagaikan semalam aku bersenda aku bergurau aku bincang aku memnasihati aku berjalan mejejaki tanah arab dengan dia... Semua bagaikan mimpi. Kini ku harus lebih tabah meneruskan perjuangan di perantauan.

Ku kenal Shuhaidi semasa di KLCC lagi walaupun kami berlainan department, aku di Tronoh dia di Putrajaya tapi kami sering bertemu semasa perjumpaan yang di anjurkan oleh KLCC. Semasa aku menjawat jawatan menguruskan projek Lot C, dia yg ketika itu di tugaskan ke projek Mekkah sering mengunjungi kami di Site Office di Lot D. Kalau datang tu ada aje oleh2 yg di bawa, kadang2 air zam-zam, tasbih dan yg paling tak lupa di berikan ku sejadah. Katanya "Ni Bos oleh2 dari Mekkah". Aku sambut oleh2 tersebut dgn gembira sambil sering mengatakan padanya,  "Kau duduk Mekkah tu doa2lah kat kawan2 kat sini agar dapat kerja di sana" Jawabnya "Insyallah Boss". Sejak mendapat sejadah tu aku sering mengunakannya utk solat dan utk pergi ke Mesjid Assyakirin utk solat jumaat.

Setiap kali aku bersolat teringat aku pada orang menghadiahkannya dan terkadang terfikir bila pula giliran aku ke sana. Maklumlah dengan komitment yg banyak dan gaji yg sedia ada, ingin rasa bebas dari beban hutang.

Bulan berganti tahun, akhirnya aku meninggalkan KLCC setelah berkhidmat selama 14 tahun untuk mengadu nasib serta menguji kepakaran di peringkat antarabangsa iaitu di Doha, Qatar setelah pihak syarikat enggan menghantar saya utk bertugas di luar negara walau aku telah volunteer beberapa kali, atas alasan, khidmat saya amat di perlukan untuk menyiapkan projek yg sedia ada memandangkan saya mempunyai latar belakang dan pengalaman yg mendalam. Jadi saya tiada pilihan lain utk berhenti untuk mengejar apa yg aku citakan dalam hidup dan career.

Memang berat meninggalkan KLCC.. banyak kenangan manis dan pahit tapi saya amat2 bersyukur kerana KLCC banyak mengajar mendewasakan saya dgn memberi exposure dalam bidang saya dan saya amat berterima kasih pada pengurusan syarikat alhamdulillah.

Setelah berada lebih kurang 2 tahun di Doha dan di sebabkan ke gawatan ketika itu saya telah mencuba nasib pula di KSA dan secara kebetulan Shuhaidi pun berada di syarikat yg saya hendak masuki. Siapa sangka dari sehelai sejadah kini menjadi teman sepejabat. Antara kami memang amat serasi dan dia amat memaahami segala kehendak saya, ini menjadikan kerja kami semakin mudah. Cakap aje buat macam itu dan ini, nanti siaplah dia buat alhamdulillah. Lain kalau bekerja dengan orang yg tau dan sama frequency.

Di waktu lapang kami sering ke Mekkah sekali dan dia selalunya jadi dreber kerana almaklumlah faktor usia .. saya ni cepat mengantuk. 

Tapi itu lah bak kata orang langit tak selalu cerah, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Pada awal bulan lepas; Dia pada mulanya ingin bercuti ke Malaysia dan ingin mengunakan kemudahan tiket percuma dari syarikat. Tetapi dalam process tersebut dia dengan secara mengejut menerima surat dari syarikat mengatakan yg perkhidmatannya tidak di perlukan lagi. Aku juga amat terkejut tapi apa kan daya aku tak dapat berbuat apa2, pengurus mengamalkan sikit tutup pintu dan ramai juga yg menjadi mangsa. Setelah syarikat di tubuhkan seramai 29 telah di berhentikan atau berhenti. Kadang kala kami yg tinggal pun tak tau bagaimana nasib kami pula dan bila.

Dia amat kecewa dan aku amat memahaminya tapi apa kan daya kalau pihak pengurusan tidak mau berbincang langsung. Apa yg aku mampu ialah menasihatinya agar lebih tabah dan banyakkan bergantung harap pada allah dan buat istikarah kerana dia lebih memahaminya.Semuanya adalah ujian dari nya. Aku syorkan padanya agar kita ke Mekkah mengadu hal pada Allah. Dia akur dan buat pertama kali aku kata padanya biarlah aku bawa kereta fasal aku faham fikirannya kusut. Banyak yang di fikirkan tu, dgn komitment yg ada serta menyaraan keluarga dgn kerja yg tiada semua tu boleh membingungkan. Dalam perjalanan ke Mekkah hari tu, nasihat punya nasihat aku hampir terlupa isi minyak dan hampir kekeringan, mujur sempat sampai di setesen minyak alhamdulillah. Setelah kami pulang dari Mekkah dan setelah seharian dia bergelora dgn permasaalahan yg di tanggungnya;  aku nampak dia kembali reda  dan redza.

Setelah aku pulang bercuti, dia seolah2 telah boleh menerima qada dan qadar dan telah juga pergi temuduga di beberapa syarikat. Alhamdulillah chances utk dapat tu ada tapi biasalah la process tu kadang mengambil masa.

Minggu lepas kami bercadang ke Madinah kerana katanya nak pergi ziarah mesjid rasullah sebelum pulang. Sayu hati aku di buatnya tapi itulah kehidupan kadang kita tak tau bila dah balik Malaysia kita tak tau bila lagi kita berpeluang menjejaki bumi hijaz....

Perjalanan kami kali ni amat seronok kerana kami memunafaatkan masa kami di Madinah dengan pergi ke bukit magnet dan tempat2 ziarah yg lain. Minggi akhir dia tinggal dgn aku tapi dia masih tetap dgn routine pergi jogging tiap2 petang lepas waktu pejabat. 

Semalam 18 April 2012, dia pulang ke Malaysia for good, aku hantar dia ke airport dan tak dapat tunggu sehingga dia check in fasal aku terpaksa mengambil kawan yg baru sampai dari Malaysia.  Lagi pun hati aku terrasa hiba kehilangan kawan dan teman sepejabat yg setia serta selalu ceria. 

Walauapa pun perjuangan masih perlu di teruskan selagi khidmat aku di perlukan di syarikat kerana aku yakin Allah akan memahami setiap makhluknya dan akan memberi yg terbaik utk semua.

Utk Shuhadi, thank you for being my dedicate staff, understanding friend and moga we meet again in the future... I like your statement masa speech farewell "Insyallah we will meet again in the future if not Heaven insyallah.

Allah the best to you Shuhaidi..
 




1 comment:

Abu Ikhlas said...

amboi semua dah jadi arabia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com