Saturday, April 21, 2012

Aku dan Photography

Fotographi adalah sesuatu yang amat sinonim buat keluarga kami. Sejak dari kecil kami telah terbiasa di ambil gambar. Hampir setiap okasi dari sejak majlis perkahwinan, dari lahir hinggalah kami besar semua dapat di rakamkan. Arwah Abah rajin juga mengambil gambar. Saya dapat lihat banyak juga gambar2 arwah abah masa muda2 dulu. Memang seronok tengok. Dari situ la kami dapat lihat rupa dan kenal arwah2 tok yg telah meninggal lebih dahulu sebelum saya di lahirkan.

Memang tidak akan saya lupa sejak dari kecil setiap menjelangnya aidil fitri, kami akan bergambar beramai2. Dari kamera hitam putih hingga la the camera berwarna. Dari gambar2 tersebut Kami dapat lihat pembesaran kami tahun demi tahun dan perubahan warna baju raya pada setiap tahun. 

Bila zaman berlalu dan dgn penciptaan gambar berwarna kami pun tak ketinggalan. Tak salah pada ketika itu mungkin di awal 70han. Harga nak develop gambar colour pun mahal. Tak salah pada tahun itu kami bergambar hari raya dgn gambar berwarna dan abang ipar dah arrange panggil cina photographer suruh dia ambil gambar raya pada tahun tu. 

Dari situ timbul minat mendalam dalam dunia photography tapi malangnya nak miliki camera sendiri tak mampu. Masa tu Suka betul tengok gambar dan ambil gambar. Masa tu kalau nak ambil gambar aje pakai camera Arwah abah itu pun jadi photographer aje. Hai punya la sayang kamera dia nak pinjam pun tak boleh. Selalu lepas guna arwah abah akan simpan cameranya dalam almari yg berkunci. Jadi saya masa tu tukang petik gambar aje la. Arwah abah memang cermat barang dia, patutlah barang2 dia boleh tahan bertahun2. Kot la kalau di beri anak2 guna alamat cepat jaham la camera dia tu. 

Masa mula2 belajar mengambil gambar; arwah Abahlah yg mengajar bagaimana nak ambil gambar yg baik. Dia kata sebelum petik tarik nafas dan tahan nafas; baru la petik gambar tu. Tujuan nya agar camera/gambar tak goyang. Masa baru2 agak kekok juga tapi lama kelamaan kian mahir. Dia selalu kata hanya guna satu jari je; yg perlu digerakkan utk memetik gambar dan yg lainnya kena stay firm. Dan selalunya bila gambar di cuci dan siap, abah akan tunjuk setiap keping gambar dan bagi tau mana2 gambar yg goyang dan beritau sebabnya. Dari situ la saya belajar teknik memetik gambar.

Di sebabkan minat yg terlalu mendalam dan tak salah saya masa tu usia saya baru 10 tahun. Saya berazam untuk memilik camera sendiri. Sebagai budak sekolah darjah 4 mana la ada duit nak beli kamera. Tak salah saya masa tu harga sebuah kamera dalam RM50-RM70 sebuah. 

Orang kata kalau nak seribu daya dan tak nak seribu dalih. Pada tahun tu saya dan kawan2 sekolah bermain kutu atau undi. Seorang RM1 sebulan dan sepuloh orang jadinya RM10. Masa tu duit belanja sekolah saya hanya la 20 sen jadi kiranya tiap2 hari kena simpan 5 sen. Kadang2, untuk nak dapat duit tambahan saya jual jambu batu kat kawan2. Jadi dapat lan 30-50 sen tapi selalu nya memang laris la. Dengan main undi saya hanya dapat RM10 dan hasil dari jual jambu batu tu boleh la dapat lagi RM10 saja. Mana nak cari lagi RM30 -RM50? Saya berazam raya tahun tu saya nak buat collection cukup2. Tula masa kanak2 memang seronok masa raya. Selalunya dapat la RM 1 - RM 5 dari adik beradik yg dah kerja, lepas tu kenalah berkerja keras pergi la beraya umah mak saudara la dan rumah jiran2. Hampir habis satu kampung melayu tu di cover. Dan alhamdulillah tahun tu collection duit raya mencecah dalam RM80. Seperti pucuk di cita ulam mendatang, lepas raya saya pergi ke bandar johor beli kamera Kodak Instamatic 25. Kadang org tanya kenapa tak minta abah aje duit utk beli camera? Entah kan dulu saya ni tak reti nak minta kat org tua nak itu dan ini. Apa dia bagi terima aje alhamdulillah. Lagi pun  harga kamera tu mahal. Silap2 duit beli camera tu, abah boleh buat belanja makan sekeluarga untuk sebulan dgn jumlah duit banyak tu.  Ialah berapa sangat la gaji polis yg perlu menyara 10 org anaknya.. Akhirnya cita2 utk memiliki camera tercapai juga pada tahun tu.

Di situ la bermula saya berkecimpung dalam bidang photography. Tapi saya tak menjalani any formal training pun,  ambil dgn try and error and see the result and kept improving everything. Lama juga guna camera tu. Masa tu camera tu ambil gambar guna film 126 agaknya. Kemudian bertukar pula camera Instanmatic 77X agaknya dgn film 135. Yang risky nya camera guna film ialah kalau gambar tak jadi alamat malangla nasib bukan boleh replay semula pergi balik tempat2 tu. 

Apabila peralihan dunia photography ke digital, saya pun tak ketinggalan dan kamera pun bersilih ganti dari Kodak Easyshare LS633, ke Nikon D80, Cannon G11 and G 12  serta Handy cam HDR-XR500.

Ni camera pertama
Camera kedua guna film

Bila dah kerja beli pula camera digital

Ni setelah 12 tahun kerja dengan KLCC baru dapat beli camera ni


Handycam ni beli kat Doha utk capture the precious moment semasa bekerja di sana


Memangkan camera D80 dan handycam tu bulky saya beli Canon G11. Ada 2 in 1 video and boleh ambil gambar. Very practical and nice picture too

Lepas my G11 kena kebas kat JArir Bookstore Jeddah, I beli pula G12

I must say I ni tak la pro masih belajar lagi walau dah berpuloh tahun pegang camera tapi insyallah ada niat nak buat yg terbaik dalam bidang ini insyallah. Begitu la kisah saya dan photography. Rasanya lepas ni kena belajar teknik mengambar gambar yg baik.. insyallah.





3 comments:

saif hassan said...

assalam, bila nak update cerita lg?

Mohamad said...

Insyallah akan bermula tak lama lagi tapi cerita berkisar hakikat kehidupan di sini insyallah...

Abu Ikhlas said...

mat,

awat tak cerita yg aku setia menjadi juru kamera ko....hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com