Sunday, October 9, 2011

Asam Hidup Perantau.... perjuangan belum selesai... Episod 1

Pasti ramai orang akan mencemburi bila saya katakan yang saya bertugas di Jeddah, Saudi Arabia. Kata-kata seperti beruntungnya dapat berkerja di sana dekat dengan tanah suci yang menjadi impian setiap umat islam untuk berada di sini. Bagi saya ucapan alhamdulillah yg teramat saya panjatkan pada illahi kerana memakbulkan hasrat untuk berkerja di sini. Tapi hidup sebagai perantau ni juga ada pahit manisnya juga. Jiwa kena kental menghadapinya kerana kita berada di luar kawasan biasa (comfort zone) kita. Kesemuanya adalah berlainan dari segi budaya, bahasa dan sebagainya. Terkadang ianya boleh menguji kesabaran sesaorang tu...

Tapi apa pilihan yang saya ada? Teringat lagi sebelum saya mengambil keputusan untuk mencuba nasib berkerja di luar negara. Saya di himpit dengan situasi kewangan yang meruncing. Setiap bulan bila dapat gaji, duit keluar macam air, bayar bil hutang sana sini dan hanya yang tinggal beberapa ratus untuk sampai hujung bulan. Kadang bila duit short, kena la guna credit card untuk melangsaikan segala yang kurang. Memandangkan keadaan itu, isteri saya suri rumah sepenuh masa telah cuba buat bisnes kecil-kecilan menjual frozen food. Boleh la tampung duit belanja makan kami anak beranak. Tapi bila tiba crisis tenaga dan harga minyak melambung naik. Saya tiada pilihan lagi selain mencari jalan keluar.

Ada yang bertanya; dengan jawatan yang saya ada dan syarikat majikan yg kukuh masih tak cukup ke... Jawapan jujur saya tidak. Pada masa itu jawatan saya telah sampai ke tahap gaji mati. Bukan saya saja tapi kebanyakkan rakan2 sepejabat juga. Mungkin policy syarikat begitu. Telah beberapa kali saya utarakan pandangan jujur saya kepada pihak pengurusan tapi sebagai satu organisasi congromolate besar bukan mudah bagi pihak pengurusan membuat keputusan mengatasi masaalah sedia ada. Bila mengadu masaalah saya pada pihak atasan saya, kata-kata pengubatnya, bersabarla akan tiba masanya nanti kalau kau bersabar katanya. Tapi dalam hati kecil ini berkata "Nak bersabar sampai bila? Saya perlu cari jalan keluar.

Teringat lagi saya bila terpilih menjadi Pengurus Projek mencakar langit dia ibukota Kuala Lumpur. Saya terpaksa menjalani process temuduga di mana 7 orang telah terpilih dalam organasi saya untuk di pilih menjawat jawatan tersebut. Salah satu jawatan yg menjadi rebutan setiap professsional tapi dari gaya mereka kebanyakkan mereka tidak berminat kerana projek itu amat mencabar. Dan kebanyakan response mereka semasa temuduga itu tidak menampakkan minat mereka tapi sebaliknya bagi saya inilah satu cabaran buat saya untuk memajukan diri saya kerana ilmu dan pengalaman yg saya akan perolehi daripadanya; tiada siapa yg boleh mengambilnya dari saya. Semasa saya di pilih; Pengurus Executif saya berkata; you are the right person for this job and I have given my assurance to the Presiden on your potential and credibility. Dalam hati berkata alhamdulillah... tapi tak macam cerita The Apperentice Donald Trump setelah perseta berjaya dalam process penapisan dan interview akhirnya mereka di beri imbuan gaji yang lumayan dan kereta yang mewah. Bagi saya tatkala di pilih menjawat jawatan itu.. masih status quo. Dalam fikiran teringat kata2 ketua saya "sabar Mad... insyallah ada la nanti utk you kalau you bersabar... ".

Memang tugas ni amat mencabar. Segala masalah dalam pengurusan projek ada pada project ini. Daripada design, planning, construction you name it, it is all there. As a project person it is like my baby and I want to bring it to success.

At the same time saya mencuba untuk mendapat yang lebih baik dari segi kewangan. Ada sahabat saya berkata; after you complete the job, you will be marketable... but do I have to wait that long and by that time who want to hire me. Saya tiada pilihan lagi melainkan cari jalan keluar. Saya cuba apply di dalam dan luar negara.

Akhirnya umpan yang saya pasang mengena.... Saya di talipon oleh potential employer dari Qatar dan di adakan interview melalui talipon oleh Joseph dan Osama. They sounded very professional and saya di soal bertubi2 selama sejam. Dan kerana project management telah menjadi darah daging saya; saya menjawabnya dengan tepat dan straight to the point. Dan setelah sessi interview itu selesai, I for the first time felt very satisfied dan seterusnya saya serahkan pada allah. Kalau di takdirkan itu rezeki saya alhamdulillah...

Dan selang seminggu saya menerima email mengatakan saya berjaya dan di kehendaki menanda tangani letter of offer. Setelah berbincang dengan isteri saya, akhirnya dia merestuinya dan bermulanya perjalanan saya sebagi perantau, pengembara or what ever you may want to call it.

Mungkin darah yang ada dalam badan saya ialah darah pahlawan yang suka mengembara. Kalau di lihat dari salah silah keturuan, saya berasal dari negara China yang menjadi utusan China di zaman Hang Li Po agaknya dan orang pertama yang datang ke tanah melayu bernama Abdul Rahman dan tinggal di Melaka. Dari situ zuriatnya berkembang biak dan ada yg juga pergi ke Mentok sekarang di Indonesia. Semangat juang inilah yang ada dalam diri saya untuk bukan saya menyara keluarga tapi juga menyumbang kepakaran yang ada pada diri pada masyarakat luar negara yang memerlukan agar negara mereka juga boleh maju dan berjaya. To me it is a win win situation.

Kalau Mat Salleh boleh datang ke Malaysia sebagai expatraite dan di bayar gaji pulohan ribu ringgit kenapa tidak aku anak Malaysia yang mempunyai kebolehan yg sama mengapakan tidak layak menerima imbuhan yang sama di negara sendiri dan terpaksa keluar negara utk mengecapi imbuhan yg sama? Itu la percepsi orang kita yang harus di ubah?

Pengalaman di Qatar selama setahun setengah cukup mengajar saya asam garam hidup sebagai perantau.

Kini perjuangan masih belum selesai, objektif saya masih belum terlaksana.. walaupun baru-baru ini saya di kejutkan dengan beberapa perletakan jawatan org rakan2 utk pulang ke tanah air; tapi perjuangan saya masih belum selesai. Hanya harapan dan berkat doa pada illahi yang dapat memampatkan hati, jiwa dan raga ini agar berjaya mengecapi matlamatnya. Agar kembali saya nanti dengan berita gembira dengan mengharumkan nama negara dan keluarga demi pergorbanan saya yang sedikit ini...

Mak saya yang berusia 87 tahun pernah berkata tiap kali saya menalipon dia, "kenapa kau kerja jauh2, kesian kat anak2 yang masih kecil yang perlukan kasih sayang seorang bapa.. Kenapa dia orang pilih anak aku tak pilih anak orang lain..." Kadang terkedu juga mendengar soalan dari ibu yg tercinta yang sayang kan anaknya... Saya hanya boleh berkata "Mak ... dulu Arwah Bah terpaksa merantau ke seluruh Malaysia untuk mencari rezeki untuk membesarkan kami semua dan Mak selalu berada bersama kami memberi kasih sayang dan membesarkan kami.. Kita tiba masanya utk saya mencari rezeki untuk menyara hidup keluarga saya walau di mana ianya berada.... Hanya yang saya pohon dari Emak doakan la saya agar saya selamat dan berjaya insyallah..."

Begini lah asam garam hidup seorang perantau....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com